Tuesday, December 14, 2010

Amjad vs Ayam




Tiga minggu sebelum, ibu Amjad dijangkiti chicken pox. Rasanya berpunca daripada salah seorang kanak-kanak di nusery Amjad.

Sebaik sahaja ibunya recover, Amjad pula kena... adoiiii!!!!

Kesian Amjad, meraung-raung apabila nak makan ubat. Malam pula menangis memanjang. Dan malam tadi fevernya dah datang. Ini baru hari keempat, harap-harap Amjad cepat sembuh. Insya Allah.

What to do?
1) Dapatkan rawatan susulan dari doktor. Kemungkinan selepas seminggu ia adalah bukan deman campak.
2) Sementara itu, bekalkan Amjad dengan dengan ubat deman dan gatal. Ruam akan merebak ke badan dalam masa 4 hari. Transaksi dari hari pertama ke hari keempat ruam akan bertambah serius. Tapi jgn bimbang ia adalah sebahagian dari proses badan membina antibodi dan melawan kembali virus tersebut.
3) Dalam waktu itu, Amjad mestilah memperolehi rehat yang secukupnya. Ia akan mempercepatkan proses recovery.

p/s Tips tersebut dari infosihat. gov =)

Thursday, December 2, 2010

Once Upon A Time...




Its has been few weeks still I'm writeless, so soryy cannot write anything on Mail... perasan ini menjadi sedih.

p/s Berehatlah sahabatku. Semoga Allah meletakmu di kalangan para syuhada... Amin

Tuesday, November 9, 2010

Wednesday, October 6, 2010

Perkongsian Sahabat

Perkongsian dari sheikh firdaus @ seorang sahabat.. moga kita mendapat manfaat.

satu point menarik nak kongsi dari ustaz nik zawawi dalam forum tarbawi....



katanya : jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu umno dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya... maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini



point dari dato' bentara setia tuan guru haji nik abdul aziz nik mat



ambe meninggalkan pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu

1. baca quran setiap hari

2. qiamulaill

3. solat dhuha





point dari ustaz yahya othman, murabbi pas pusat



tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya



pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi



pemuda hendaklah

1. memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat

2. naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah



pesanan kepada pemuda

1. mesti berilmu

2. mesti mengamalkan ilmu

3. bercakap benar

4. bermaaf-maafan

5. baca quran



jikalau nak masuk syurga , sertailah PAS dan jujur, ikhlas, tidak khianat (amanat terakhir ustaz yahya othman)





point dari ustaz nasharuddin mat isa , timbalan presiden pas



kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam pas



pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran!



kunci beramal dengan quran

1) membaca al-quran

2) melihat terjemah al-quran

3) melihat tafsir quran

4) beramal dengan al-Quran

5) istiqamah dengan Al-Quran





Khalid Mesyal (hamas, palestin) kata akan belajar dengan PAS atas penubuhan DHPP , jadi , berbanggalah menjadi ahli PAS!







point dari ustaz nasrudin hasan at-tantawi, ketua pemuda pas pusat



berintima dalam pas ini ada kerana beberapa perkara, antaranya kerana



1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu

2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas

3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas



tetapi yang perlu ialah kita mestilah intima kerana aqidi (aqidah)





point dari ustaz ahmad yahya, ketua pemuda pas kedah



tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi



rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang



soalan untuk semua? apa yang dirasai selepas solat?

jika kata rasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi ....







point dari ustaz zulkifli ismail, ketua dewan ulama pas melaka



pemuda pas hendaklah menguasai



1.fiqh marhali

2. fiqh aulawiyay

3. takzim al waqt (memuliakan waktu)

4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadai untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan



point dari ustazah nuridah salleh, ketua dewan muslimat pas pusat



pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja, hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam pas





point dari tuan guru dato seri hj hadi, presiden pas



abdullah b mubarak menulis surat kepada fudhail b iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatannya dan pergi ke medan jihad



berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cubaan/dugaan

Rindu Serindunya



Sungguh rindu kat Amjad. rindu kaan tangisannya yang meminta susu atau tidak selesa dengan uk uk uknya.

Disebabkan Amjad bayi breastfeeding, dia sentiasa mudah terkejut dari tidur.

Fuhh.. kalu malam, jadi zombi kampung banggol la jawabnya (ibu dialah)..
daddynya hanyut dibelai mimpi.

Takpe-takpe bab uk uk uk serah pada daddy=)

Sabtu lepas, Amjad dibawa dijumpa pakar dan Alhamdulillah kuningnya semakin kurang.
Namun demikian, sebagai langkah berjaga-jaga darah amjad diambil untuk pemeriksaan lanjut. Insya Allah semua ok.

Dan Insya Allah, next week akan pulang ke kampung untuk ambil Amjad kembali ke KL.

Nanti kita boleh pi jalan-jalan ke tasik ye sayang Amjad anak soleh lagi comel =)

Friday, September 10, 2010

Raya Pertama Amjad Bersama Ibu Mithali



Ibu Mithali Wan Mas Wan Ibrahim menatap kecomelan cicitnya, Amjad Syafiy.

~Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir & Batin~