Setiap makhluk adalah Allah? Begitu kata-kata seorang insan saya kenali.
Ditambah lagi jasad Nabi Muhammad tidak pernah ke langit ketika menerima perintah solat, kecuali hanya mindanya.
Begini akibatnya apabila manusia cuba menggunakan logik akal akan bagi menerangkan peristiwa-peristiwa luar biasa seperti Israk Mikraj dan lain-lain.
Saya cuba menerangkan iblis suka mengambil kesempatan ke atas manusia-manusia sebegini, memutar belitkan akal manusia sehingga menjejaskan akidah muslim. Dengan senang dia menjawab syaitan tidak wujud dan ia sebenarnya adalah hawa nafsu......
Perbualan atau perbincangan kami terhenti dengan saya mengatakan saya tidak dapat menerima perkongsiannya.
Dengan ilmu yang cetek ini, saya rasa kesal tidak dapat berhujah...cuma hanya menimbulkan persoalan-persoalan membuatkan hujah-hujah bertentangan antara satu sama lain... huuhuuhuu
"Hidayah diberi oleh Allah."
"Ooo bukan manusia ke bang?"
" Bukan.."
" Tadi abg kata manusia ni Allah?"
"..........." ( kelu kerana terperangkap)
Semoga Allah menyelamatkan hamba-hamba Nya dari ajaran pemikiran yang menyeleweng.
Guru harus dipilih dan dirujuk dengan guru-guru lain, taksub dengan ajaran-ajaran akan membawa kepada perpecahan dan membuka ruang serangan dari puak-puak kafir.
No comments:
Post a Comment