Monday, December 1, 2008

Aku Dalam Trauma


Antara pengalamanku yang tidak dapat dilupai dan kini masih menjadi TRAUMA!!!

Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan menghantar dokumen ke Telekom.

Hujan lebat sehingga mengganggu pandangan depan dan tiba-tiba.... dummmm!!! Terlanggar sebuah iswara merah.

Dengan susah payah saya cuba ketepi disebabkan trafik yang sesak... bertambah teruk tiada emergency lane dan terpaksa berhenti di exit lane.

Saya cuba keluar tetapi pintu sebelah pemandu tidak dapat dibuka, tersempit rupanya...saya semakin cuak!

Sebaik sahaja keluar dari pintu kiri kasut bootku tenggelam dalam limpahan air hujan dari lebuhraya.

Pemandu iswara adalah seorang wanita cina yang tidak fasih berbahasa Melayu. Dengan hanya memberi business kad dan berjanji untuk mengganti rugi, wanita itu meninggalkan
saya terkandas di federal highway.

Keretaku tidak dapat bergerak kerana skirting kemek rapat di tayar.



Kesusahan disusuli dengan kemudahan, alhamdulillah, panggilan kepada bos membuahkan hasil, satu skuad "Wonder Pets" (begitulah mereka menggelarkan diri mereka...datang sambil menyanyi lagu temanya) menyelamatkan saya dan disusuli sebuah kereta tunda.

Akhir cerita Mustangku ditunda ke bengkel manakala saya dihantar kembali ke kediamanku di Vista Komawel.

Alangkah baiknya kereta saya seperti ni..




p/s I sound silly when write in Malay.

2 comments:

^saifullah^ said...

tulaaa.. klu yer pun nk transform... cari jalan yg x sibuk. kan da langgar kete org. huuhu

zulu delta said...

betul2, komputer dah rosak lak, skrang hanya ble tranfom jadi lori sampah pulak, waduh2 habis mustangku....