Thursday, September 18, 2008

Days Of Glory?


Bangga tentera kita menjaga The Queen of England...begitulah artikel sebuah majalah pertahanan kita.


Terdetik di hati saya, kenapa kita perlu menhantar tentera untuk melindugi The Queen?...


Apakah yang dimaksudkan dengan perhormatan melindungi istana baginda?

Kita bukan di zaman penjajah... we don't serve the British anymore.

Teringat sebuah wayang kontrovesi "The days of glory" yang mengkisahkan tentera Islam yang berasal dari Algeria, Arab dan Afrika berkhimat untuk tentera Perancis semasa perang dunia pertama menentang Tentera Nazi, mungkin sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita bagaimana tanggapan orang barat terhadap kita.

Tentera Islam ini terus mara di barisan pertama, dijanjikan perhormatan tetapi sebaliknya. Disriminasi terus berlaku, kelengkapan seperti boot dilambatkanpadahal mereka berperang di kawasan salji, kenaikan pangkat yang terhad dan mempunyai kuota dan banyak lagi. Mereka berada di medan perang pada jangka masa yang lama tetapi tentera bangsa perancis pula dihantar pulang dan digilir-gilirkan.

Untuk mendapatkan perhormatan Perancis, tentera ini terus berjuang sehingga mengadaikan nyawa mereka. Namun pergorbanan mereka tidak dihargai. Sebagai contoh pencen berbeza rendah dengan pencen tentera Perancis. Nyata wujud disrminasi terhadap tentera native ini.

Adakah mereka benar-benar memandang tinggi kita atau hanya kita menyangkakan demikian?
Hari ini kita masih mendewa-dewakan penjajah barat, termakan pujian mereka atas nama honour and proud..Kita terus tenggelam apabila dianugunerahkan pingat keberanian dan lain-lain walhal suatu ketika dahulu kita pernah diperbodohkan dan dipecah belahkan.

Bukan niat saya meremeh-temehkan tentera kita, tetapi apabila isu kedaulatan dan maruah negara,kita perlu menjadi sensitif...

p/s WE ARE NO LONGER BECAME THE PUPPET OF THE EMPIRE

No comments: