Tuesday, September 9, 2008

Negaraku


Amaran daripada panglima angkatan tentera agar politician jangan bermain dengan isu perkauman yang amat sensitif.Hmm.. akhirnya tentera telah bersuara setelah sekian lama berdiam diri yang suatu ketika pernah mengaum ketika era darurat 13 MEI. Berbeza dengan negara- negaraasia tengara yang lain, tentera tidak terlibat dengan poltik.

Di Thailand dan Filipin sering kali demokrasi diambil alih.Indonesia dan Singapura pula tentera menjadi ahli politik berbeza dengan Malaysia.

Seperti Hang Tuah dahulu taat pada sultan, tetapi sekarang mereka taat pada pemimpin negara? Apakah kerana Malaysia yang selama kini aman dan makmur maka tentera memilih untuk mendiam diri?

Tentera berpegang prinsip kerajaan kita untuk rakyat dan ditakbir oleh rakyat". Tentera pulabertanggungjawab memastikan kedaulatan negara tidak dicerobohi oleh mana-mana pihak yang berniat jahat.

Persoalananya dimanakah taat setia tentera selepas 16 September jika mitos tarikh ini benar? Kepada Perdana Menteri atau rakyat?

YDA selaku ketua tertinggi negara juga perlindung rakyat merupakan ketua angkatan tentera. Maka taat setia tentera adalah pada YDA.

Apakah YDA akan perkenan perubahan kerajaan melalui parlimen? Sudah pasti kali ini bukan reformasi jalanan rakyat tetapi permindahanmajoriti ahli parlimen kerajaan kepada pembangkang atau dikenali PAKATAN RAKYAT.

Isunya kini mampukan PAKATAN RAKYAT memimpin kerajaan?

Kami rakyat jelata menyerahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menentukan apa halatuju kerjaan kita selepas ini... Semoga Allah memberi pertunjuk/guidance kepada baginda dalam membuat keputusan yang amat berat ini.

No comments: