Friday, January 2, 2009
Titisan Berdarah Rakyat Palestin
Dalam Seni Peperangan Szu Tzu antara element terpenting dalam memenangi suatu peperangan ialah mampu bertempur dan bertahan pada suatu jangka masa yang lama.
Bagi rakyat Palestin mereka telah lama dizalimi Israel tetapi sehingga hari ini mereka masih berjuang... enam dekad atau enam puluh tahun bukan waktu yang singkat.
Hanya Hamas terus mengangkat senjata mempertahankan setiap nyawa di Palestin. Kesungguhan mereka dilabel sebagai penganas oleh media-media yang ditajai Yahudi.
Membaca buku Dari "Beirut Ke Jurusalem" karangan Dr Ang Swee Chai dapat memberi gambaran sebenar bagaimana keadaan rakyat Palestin. Walaupun buku ini ditulis pengalamannya 20 tahun dahulu, tetapi kekejaman zionis masih tidak berubah.
Terlalu ramai yang mati mangsa kerakusan Israel yang tidak dapat dikawal walaupun oleh United Nation.
Dr Ang Swee Chai adalah doktor yang menyertai sukarelawan Red Cross di Lubnan dan Palestin. Beliau adalah antara individu yang memainkan peranan yang bukan sahaja membantu memberi rakyat Palestin dari sudut perubatan tetapi juga mendedahkan kejahatan Israel bagi mendapat pembelaan masyarakat dunia terhadap Palestin....
Apakah masyarakat dunia tidak mengerti bahawa gencatan senjata hanya memberi peluang kepada Israel reloading peluru-peluru canggih dari Amerika, manakala rakyat Palestin terpaksa bergilir menggunakan tubuh badan sebagai smart bom dan seterusnya meletupkan diri di pos-pos tentera Israel.
Persoalanya sampai bila Palestin terpaksa menderita?
Alangkah baiknya jika ada Khalifah yang membela nasib muslimin, menggerakan tentera-tentera Islam yang suatu ketika dahulu pernah mengerunkan orang-orang kafir.
Pergantungan kepada kuasa-kuasa barat bagi keamanan dunia adalah mitos. Apatah lagi idea mengimbangi kuasa-kuasa itu dengan Rusia mahupun China. Ini disebabkan sikap orang kafir yang tidak redha terhadap umat Islam selagi kita tidak tunduk kepadanya.
Seterusnya kita akan diperlaku sesuka hati, bagaikan boneka yang dikawal tuannya.
Jika kita perhatikan, zaman ini terbangkitnya jemaah-jemaah Islam di seluruh dunia, yang menggunakan demokrasi sebagai medium untuk mengembalikan daulah islamiah.
Dimanakah peranan kita? Sekadar berdemostrasi membantah kekejaman Israel. Walhal apa yang mereka perlukan pembelaan di negara mereka bukannya di hadapan kedutaan Amerika, Israel ataupun kedutaan Palestin.
Apa yang Hamas perlukan ialah bantuan dari sudut ketenteraan.... mereka sudah lama bertahan, peluru dan roket mereka sudah kehabisan.
Hanya senjata sahaja dapat menyekat pembunuhan oleh Israel. Ia adalah satu-satu bahasa yang difahami oleh mereka.
Dimanakah tentera Islam mahupun khalifahnya? Tolonglah kembalikan sistem khalifah ini dengan menyokongnya melalui jemaah-jemah Islam.
Labels:
ulasan buku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment