Wednesday, January 4, 2012

Prince Amjad 2012

Alhamdulillah Amjad sudah setahun empat bulan. Semakin lama semakin aktif... dan lasak. Macam-macam gaya ada. Amjad suka bermain sembunyi-sembunyi, tiba-tiba muncul kejutkan daddy... layan je la. Amjad juga suka buku dan belajar nama-nama baru. Menariknya Amjad dah mula memorize names. Dari semasa ke semasa, daddynya suka uji " Where is elephant?". Maka Amjad akan pinpoint gambar elephant. Mulutnya dah pandai pokpek pokpek.... layan jugala daddynya.

Friday, December 2, 2011

Masa Adalah Emas

Geramnya jam G-Shock hilang. It was a good watch. Tahan lasak. Mine was G9000MS-1. Tertinggal di dalam toilet....jawabnya bye bye.
Saya suka jam camni since most of my work are technical. Kalau jam biasa jawabnya tak tahan la. Mana taknya, panjat tiang, masuk lurang ... maklumlah I'm an ODN engineer. So survey through net apa yang sesuai jadi replacement. Terjumpa jam ni G9300 GB. Canggih sesuai untuk aktiviti lasak. Dual sensor, thermometer n compass. Plus ada Moon data, boleh tahu bulan penuh or crisent.... basically sesuai untuk aktiviti malam... tapi tak boleh check bila datang bulan huhhuhuhu.
Bought it through online, mahal sikit since limited stock. But outcome very sastified. Siap test mandi dalam swimming pool lagi. Ok la, alhamdullilah memang lasak. Kalau tuan-tuan nak survey boleh check through FB, just search Gshock.

Wednesday, November 9, 2011

Kasturi Idaman

Alhamdulillah, rezeki Allah SWT, saya dapat memiliki sebuah apartment di Kota Damansara.
Walaupun hanya rumah PKNS, namum ok la buat rumah pertama. Ia adalah pelaburan yang baik untuk jangka masa yang panjang di sebabkan berada di tempat strategik seperti berhampiran pusat seksyen 8 dan sebuah stesen MRT akan dibina berhampiran. Cumanya banyak kelemahan apartmen PKNS, design yang lemah, maintenance yang teruk dan semua ini adalah pengalaman yang baik untuk rumah yang pertama. Lagipun rumah PKNS hanya boleh dibeli sekali.... so second house kena cari developer lain. And of course lepas ini nak beli rumah atas tanah ( ade ke rumah atas langit? ). Sekurang-kurang boleh Amjad main-main kat depan rumah dengan adiknya. =)

Tuesday, October 4, 2011

Nerf Stampede ECS

Amjad: " Daddy, daddy... nak, nak, nak ."

Wednesday, August 24, 2011

Shenzen Part II


Shenzen asalnya adalah perkampungan nelayan. Namun ia dibangunkan menjadi sebuah bandar pelabuhan. Uniknya, bandarnya adalah sepanjang persisiran pantai.


Dengan popolasi 20 juta, ia hampir menyamai Malaysia.

Menariknya, tiada motorsikal di sini kecuali polis sahaja. Orang kebiasaan pula hanya menunggang basikal elektrik.




Saya sempat merasa mee yg dicampur dengan minyak sayuran dan rasanya seakan-akan mee segera. Unik tapi terlalu berminyak. Makan pula dengan chop stik, kadang-kala dapat mee kadang dapat chop stik je dalam mulut.


(to be continued)

Thursday, August 11, 2011

Jalan-jalan Cari Ilmu Di Shenzen


FTTC atau Fiber To The Curb, adalah network access yang memaksimakan panjang fiber hingga satu node dan disambung dengan copper. Berbeza dengan FTTH atau Fiber To The Home, fiber mendominasi keseluruhan network sehingga ke dalam rumah.

Equipment yang menggunakan FTTC untuk UNIFI dikenali sebagai MSAN. Lebih khusus sebenarnya MSAG@ Multiple Service Access Gateway dan teknolgi yang digunakan adalah VDSL2.

Sebab utama kenapa kita masih menggunakn FTTC adalah disebabkan existing network copper yang telah wujud lama terutamanya di high raise building. Kedua kos penukaran copper kepada fiber amat tinggi dan menyusahkan di bangunan-bangunan tinggi. Namun demikian pada masa hadapan, bangunan yang baru akan disertakan dengan network fiber.

Kembali kepada MSAG,saya antara terpilih untuk pergi training MSAN/MSAG di Shenzen,China selama dua minggu.


(to be continued)