Showing posts with label Pathfinder. Show all posts

Thursday, August 11, 2011
Jalan-jalan Cari Ilmu Di Shenzen
FTTC atau Fiber To The Curb, adalah network access yang memaksimakan panjang fiber hingga satu node dan disambung dengan copper. Berbeza dengan FTTH atau Fiber To The Home, fiber mendominasi keseluruhan network sehingga ke dalam rumah.
Equipment yang menggunakan FTTC untuk UNIFI dikenali sebagai MSAN. Lebih khusus sebenarnya MSAG@ Multiple Service Access Gateway dan teknolgi yang digunakan adalah VDSL2.
Sebab utama kenapa kita masih menggunakn FTTC adalah disebabkan existing network copper yang telah wujud lama terutamanya di high raise building. Kedua kos penukaran copper kepada fiber amat tinggi dan menyusahkan di bangunan-bangunan tinggi. Namun demikian pada masa hadapan, bangunan yang baru akan disertakan dengan network fiber.
Kembali kepada MSAG,saya antara terpilih untuk pergi training MSAN/MSAG di Shenzen,China selama dua minggu.
(to be continued)
Tuesday, June 29, 2010
Ku Ucapkan Selamat Tinggal
Sehari sebelum gaji masuk, hanya ada seringgit je di dalam wallet. Betul-betul Allah SWT menguji. Dua minggu sebelum itu, saya sudah berjimat cermat, no outside food. Jadi terpaksa berbekal setiap hari. Kawan sepejabat hairan melihat perubahan gaya hidup rakan sepejabat mereka ini... tapi pujian demi pujian dibuat sahabat-sahabat kepada isteri kesayangan susah payah bangun di pagi hari untuk menyediakan makanan. Mereka kagum barangkali...
Sehari selepas gaji masuk, kereta Iswaraku lumpuh. Maka terpaksa hantar ia ke bengkel. Kereta yang berusia 17 tahun itu betul-betul bermasalah.. dari bateri RM210 sehingga timing belt, water pump etc, dimana akhirnya RM1030 terpaksa dihabiskan. Subhanallah...
Kesimpulan akhirnya dibuat, tidak berbaloi untuk menyimpan dan menggunakan kereta ini... Buget diriku over burst.
Demi survival, beberapa effort perlu diambil apatah lagi dengan bakal baby yang dijangka beberapa bulan lagi. Sekarang saya telah memulakan second side income demi memperolehi sesuap nasi( istilah syahdunya).
Apapun setiap bulan sekeping RM50 akan disimpan untuk baby. Sekurang-kurang dapat menampung kos pendidikannya nanti. Jadi setahun RM600, lima tahun kemudian RM3000.... dan seterusnya.
Manakala untuk diri ini, simpanan untuk persaraan nanti hanya bergantung kepada simpanan KWSP.
Basically terdapat dua akaun KWSP, akaun pertama adalah sumbangan majikan dan akaun kedua adalah dari caruman gaji sendiri. Akaun pertama hanya boleh disentuh selepas bersara manakala kedua bergantung kepada keperluan yang dibenar oleh KWSP ( etc: membeli komputer, downpayment loan perumahan dll). Setelah dua tahun bekerja, nilai akaun pertama adalah hampir tiga kali ganda akaun kedua...Hmm boleh tahan.
Apapun, kena mulakan simpanan walaupun sedikit. Caranya sebaik sahaja gaji diperolehi, mestilah diasing awal-awal. Kedua kena konsisten dan pantang-larangnya tidak boleh disentuh sama sekali.
Untuk memiliki asset, ia sepatut dibuat pada umur yang muda agar apabila kita bersara, tiada lagi hutang dan kita dapat menikmati saat akhir hidup wang persaraan kita sepenuhnya.
~to be continue~
p/s Next time kita bincang tentang asset.. anyway good-bye to DY, you have been a good friend all this time=)

Saturday, March 20, 2010
Wednesday, February 24, 2010
Pathfinder
Bagi tentera, Pathfinder adalah skuad khas bersaiz kecil yang ditugaskan untuk mencari landing zone bagi operasi besar-besaran.
Definasi pathfinder saya pula adalah halatuju bagi career saya.
Buat masa ini saya amat selesa dengan kerjaya sebagai jurutera telekomunikasi.
Walaupun di bahagian training, saya dilimpahi dengan pelbagai technical knowledge.
Cuma yang penting mencari dan berusaha menggunakan knowledge tersebut.
On job training- adalah sebahagian daripada pratikal kami dalam mendalami pengetahuan tersebut. Jadi semuanya adalah perfeksi!!!
Kepuasan seorang engineer adalah apabila kita membuat sesuatu pekerjaan dan dapat mengaitkannya dengan ilmu-ilmu kejuruteraan. Seterusnya akan menambahkan lagi kefahaman dan pengalaman kita.
Namun demikian, kepuasan dan minat tersebut terpaksa dikorbankan kerana tanggungjawab.
Salah seorang trainee saya merupakan Kapten dalam tentera darat. Beliau dikurniakan 6pingat daripada Sultan dan dengan resumenya itu, masa hadapan amat cerah bersama tentera.
Tetapi beliau terpaksa korbankan kerjayanya itu disebabkan kasih-sayang terhadap ibunya yang sedang sakit. Beliau diberi kebenaran khas oleh panglima tentera untuk menamatkan kerjaya walaupun tidak menjangkau tempoh wajib perkhidmatannya.
Bagi saya, persaraan awal adalah satu idea yang baik. Namun demikian memerlukan perancangan yang rapi, dari sudut kewangan dan aset diri sendiri.
Jadi saya menjadikan pengalaman diri sendiri sebagai uji-kaji dan saya akan kongsikan dalam entri Pathfinder seterusnya. So check it out!

Subscribe to:
Posts (Atom)