Thursday, September 25, 2008

Turki- Negara Dua Wajah - episod 1

"Novel ke?" tegur seorang sahabat sambil mengambil result OTDR.

" Tak, sejarah..." jawabku.
...... dia terpinga-pinga mungkin berasa pelik apabila membaca buku sejarah.
Tetapi pada diri saya, ia adalah buku yang menarik apabila menceritakan bagaimana jatuh sebuah empayar iaitu sistem khalifah islam yang terakhir.

Attaturk nama yang diagungkan barat, adalah pengkhianat yang bertanggungajawab mensekularkan Turki.

Islam baginya adalah jumud dan punca kepada kemunduran.

Budaya barat pula adalah simbol kemodenan sesuatu bangsa.

Sehingga di akhir hayatnya, sewaktu nazak, dia memanggil duta Inggeris dan ingin menyerah kuasa presiden kepadanya.

Bertapa taksubnya kepada barat sehingga seolah-olah tiada seorang pun boleh diharap termasuk bangsanya untuk mengambil-alihtempatnya.

Setelah kematiannya, nur keislaman di Turki mula menyinar, walaupun sering kali dihalang oleh tentera sekular tetapi gelombang islam terus melanda dan mula mekar bertopengkan demokrasi.
Mungkin inilah bentuk dakwah hadhari yang tidak pernah terfikir oleh barat mahupun kita.

Thursday, September 18, 2008

Days Of Glory?


Bangga tentera kita menjaga The Queen of England...begitulah artikel sebuah majalah pertahanan kita.


Terdetik di hati saya, kenapa kita perlu menhantar tentera untuk melindugi The Queen?...


Apakah yang dimaksudkan dengan perhormatan melindungi istana baginda?

Kita bukan di zaman penjajah... we don't serve the British anymore.

Teringat sebuah wayang kontrovesi "The days of glory" yang mengkisahkan tentera Islam yang berasal dari Algeria, Arab dan Afrika berkhimat untuk tentera Perancis semasa perang dunia pertama menentang Tentera Nazi, mungkin sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita bagaimana tanggapan orang barat terhadap kita.

Tentera Islam ini terus mara di barisan pertama, dijanjikan perhormatan tetapi sebaliknya. Disriminasi terus berlaku, kelengkapan seperti boot dilambatkanpadahal mereka berperang di kawasan salji, kenaikan pangkat yang terhad dan mempunyai kuota dan banyak lagi. Mereka berada di medan perang pada jangka masa yang lama tetapi tentera bangsa perancis pula dihantar pulang dan digilir-gilirkan.

Untuk mendapatkan perhormatan Perancis, tentera ini terus berjuang sehingga mengadaikan nyawa mereka. Namun pergorbanan mereka tidak dihargai. Sebagai contoh pencen berbeza rendah dengan pencen tentera Perancis. Nyata wujud disrminasi terhadap tentera native ini.

Adakah mereka benar-benar memandang tinggi kita atau hanya kita menyangkakan demikian?
Hari ini kita masih mendewa-dewakan penjajah barat, termakan pujian mereka atas nama honour and proud..Kita terus tenggelam apabila dianugunerahkan pingat keberanian dan lain-lain walhal suatu ketika dahulu kita pernah diperbodohkan dan dipecah belahkan.

Bukan niat saya meremeh-temehkan tentera kita, tetapi apabila isu kedaulatan dan maruah negara,kita perlu menjadi sensitif...

p/s WE ARE NO LONGER BECAME THE PUPPET OF THE EMPIRE

Tuesday, September 9, 2008

Adat dengan pimpinan


Apabila mendapat sms jemputan usrah kali ini ialah Us. Nasruddin Tantawi, saya terus bergegas bersiap.Kelakornya hanya ada baju merah teramat sgt seolah-olah warna parti dua keris tu....dengan seganpakai lo, dah takdo baju yang bersih kat umah sewa ni.

" Merah anta ni." tegur ustaz syafie.

"Huhuhuhuu,"senyum saya.

Tajuk perbincangan mlm itu ialah hizbu tahrir tetapi ia bukan perkongsian dalam entri kali ini.

Perlunya adat dengan pimimpin begitu apabila mengulas tentang muktamar baru-baru ini.

Isu ini mungkin timbul apabila orang bawahan mempertikaikan keputusan pimpinan.

Setiap keputusan adalah musywarah dibawa berbincang, tetapi terdapat setengah-tengan golonganyang sering kali menimbulkan dengan cara terus mempertikaikan dan seterus memburukkan pimpinan. Seolah-olah keputasan yang diambil adalah salah.

Ingin saya kaitkan dengan jemaah kita.

Orang sebegini sememangnya wujud di mana sahaja. Adat terbaik ialah berbincang terus dengan pimpinan secara tertutup. Tidak perlula kita menjaja sesuatu isu ke sana kemari, memperbodohkan kewibawaan pimpinan.

Wujud juga orang pandai berdebat dan optimis kehadapan, tapi sayang tidak realistik.
Manis mulutnya berkata, ayatnya tersusun rapi tetapi dibenci orang. Mungkin hakikat dirinyadiketahui ramai cakap tak serupa bikin. Memandang rendah orang disekeliling dengan ilmunya yang tinggi. Dengan angkuh menolak pendapat menolak idea idea muda yang boleh diasah dan digilap.

Sebagai pimpinan dan yang dipimpin ada cara kita beradat antara satu sama lain.
Kita perlu hormat dan bantu antara sama lain. Jemaah perlu diutamakan bukan hal peribadi yang sentiasa tidak puas hati.

Jika wujud percanggahan pendapat, berbincang SECARA ELOK, keluarkan hujah, kemudian decide bersama, jika tidak buatlah undian...worst come to worst GUNA kuasa veto pengerusi.

Setelah keluar keputusan mohon perlindungan kepada Allah supaya keputusan itu membawa keburukan kepada kita.

Negaraku


Amaran daripada panglima angkatan tentera agar politician jangan bermain dengan isu perkauman yang amat sensitif.Hmm.. akhirnya tentera telah bersuara setelah sekian lama berdiam diri yang suatu ketika pernah mengaum ketika era darurat 13 MEI. Berbeza dengan negara- negaraasia tengara yang lain, tentera tidak terlibat dengan poltik.

Di Thailand dan Filipin sering kali demokrasi diambil alih.Indonesia dan Singapura pula tentera menjadi ahli politik berbeza dengan Malaysia.

Seperti Hang Tuah dahulu taat pada sultan, tetapi sekarang mereka taat pada pemimpin negara? Apakah kerana Malaysia yang selama kini aman dan makmur maka tentera memilih untuk mendiam diri?

Tentera berpegang prinsip kerajaan kita untuk rakyat dan ditakbir oleh rakyat". Tentera pulabertanggungjawab memastikan kedaulatan negara tidak dicerobohi oleh mana-mana pihak yang berniat jahat.

Persoalananya dimanakah taat setia tentera selepas 16 September jika mitos tarikh ini benar? Kepada Perdana Menteri atau rakyat?

YDA selaku ketua tertinggi negara juga perlindung rakyat merupakan ketua angkatan tentera. Maka taat setia tentera adalah pada YDA.

Apakah YDA akan perkenan perubahan kerajaan melalui parlimen? Sudah pasti kali ini bukan reformasi jalanan rakyat tetapi permindahanmajoriti ahli parlimen kerajaan kepada pembangkang atau dikenali PAKATAN RAKYAT.

Isunya kini mampukan PAKATAN RAKYAT memimpin kerajaan?

Kami rakyat jelata menyerahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menentukan apa halatuju kerjaan kita selepas ini... Semoga Allah memberi pertunjuk/guidance kepada baginda dalam membuat keputusan yang amat berat ini.