Showing posts with label ulasan buku. Show all posts
Showing posts with label ulasan buku. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Pemilik Cintaku



Buku ini ditulis Fatimah Syarha Nordin dimana beliau berkongsi pengalaman menemui jodohnya. Kisahnya bermula di kampus, dimana diapproach oleh muslimin-muslimin, namun demikian semua ditolak. Mungkin berbunyi sedikit agresif tetapi ustazah Fatimah mempunyai sebabnya tersendiri.

Buku ini menarik bagi dan boleh dijadikan pedoman untuk sesiapa yang sedang mencari jodoh. Semoga perkongsian beliau boleh dijadikan iktibar dalam kita menentukan milik siapakah cinta kita.

p/s Understand the story, there is some tips how to approach muslimat... kalu nak personal advice pun boleh; cara-cara meragut hati wanita =)

Tuesday, June 30, 2009

Siapakah Iskandar Zulkarnain?

"Jangan rujuk riwayat Israeliyat!" peringatan seorang ustaz yang membawa usrah kami baru-baru ini.

Memang benar, terdapat penyelewengan dalam riwayat tersebut.

Contoh dalam dua buah buku yang ditelaahi baru-baru ini, saya didedahkan dengan banyak penyelewengan mereka terutama melibatkan Iskandar Zulkarnain seorang watak yang disebutkan dalam AlQuran. Beliau seorang yang beriman dan diberi Allah kekuasaan sehingga menakluk dari satu hujung dunia ke satu hujung dunia.

Menurut ahli sejarah, beberapa watak dikatakan dan dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain dan salah satu daripadanya Alexander The Great.

Tapi sayang wataknya adalah seburuk-buruk manusia jika mengikut fakta sejarah Israeliyat.

Alhamdulillah wujud orang Islam yang cuba membuktikan sebaliknya.

Bagaimana? Dengan mencari Yakjud dan Makjud.... menarik bukan?

p/s Try these books... mungkin dapat menjawab persoalanan di atas.
1)Yakjuj & Makjuj..Bencana Di Sebalik Gunung
2)Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

Saturday, February 28, 2009

Syahadat Cinta



"Jarang orang laki baca novel terutama di site.." seloroh seorang penyelia Gas Malaysia.

Saya tersenyum malu sambil cuba menyembunyikan tajuk novel Hijab Sang Pencinta.

Minat membaca novel sejak akhir-akhir ini mula serius apabila terjumpa dengan tulisan
novel-novel mempunyai unsur-unsur keislaman.

Terbaru ialah Syahadat Cinta. Seperti Ayat-ayat Cinta ia dah mempunyai movie.

Check it out.

Sunday, February 8, 2009

Hijab Sang Pencipta



Antara novel yang saya ikuti, kisah tentang Laksamana Sunan, seorang hulubalang melayu yang berkhidmat dengan kerajaan acheh. Pengembaraan kali ini yang ketiga dan terakhirnya dimana kali ini, Laksamana Sunan kembali ke kampungnya di Tanah Melayu dan berhadapan dendam Sultan Melaka yang suatu ketika dahulu berkenan dengan seorang puteri jawa tetapi dilarikan oleh Laksaman Sunan...

p/s Tak nak ulas nanti hilang feeling pembaca...watak laksamana sunan adalah watak yang menginspirasi cerita prince sulu.

Friday, January 2, 2009

Titisan Berdarah Rakyat Palestin




Dalam Seni Peperangan Szu Tzu antara element terpenting dalam memenangi suatu peperangan ialah mampu bertempur dan bertahan pada suatu jangka masa yang lama.

Bagi rakyat Palestin mereka telah lama dizalimi Israel tetapi sehingga hari ini mereka masih berjuang... enam dekad atau enam puluh tahun bukan waktu yang singkat.

Hanya Hamas terus mengangkat senjata mempertahankan setiap nyawa di Palestin. Kesungguhan mereka dilabel sebagai penganas oleh media-media yang ditajai Yahudi.

Membaca buku Dari "Beirut Ke Jurusalem" karangan Dr Ang Swee Chai dapat memberi gambaran sebenar bagaimana keadaan rakyat Palestin. Walaupun buku ini ditulis pengalamannya 20 tahun dahulu, tetapi kekejaman zionis masih tidak berubah.
Terlalu ramai yang mati mangsa kerakusan Israel yang tidak dapat dikawal walaupun oleh United Nation.

Dr Ang Swee Chai adalah doktor yang menyertai sukarelawan Red Cross di Lubnan dan Palestin. Beliau adalah antara individu yang memainkan peranan yang bukan sahaja membantu memberi rakyat Palestin dari sudut perubatan tetapi juga mendedahkan kejahatan Israel bagi mendapat pembelaan masyarakat dunia terhadap Palestin....

Apakah masyarakat dunia tidak mengerti bahawa gencatan senjata hanya memberi peluang kepada Israel reloading peluru-peluru canggih dari Amerika, manakala rakyat Palestin terpaksa bergilir menggunakan tubuh badan sebagai smart bom dan seterusnya meletupkan diri di pos-pos tentera Israel.

Persoalanya sampai bila Palestin terpaksa menderita?

Alangkah baiknya jika ada Khalifah yang membela nasib muslimin, menggerakan tentera-tentera Islam yang suatu ketika dahulu pernah mengerunkan orang-orang kafir.



Pergantungan kepada kuasa-kuasa barat bagi keamanan dunia adalah mitos. Apatah lagi idea mengimbangi kuasa-kuasa itu dengan Rusia mahupun China. Ini disebabkan sikap orang kafir yang tidak redha terhadap umat Islam selagi kita tidak tunduk kepadanya.

Seterusnya kita akan diperlaku sesuka hati, bagaikan boneka yang dikawal tuannya.

Jika kita perhatikan, zaman ini terbangkitnya jemaah-jemaah Islam di seluruh dunia, yang menggunakan demokrasi sebagai medium untuk mengembalikan daulah islamiah.

Dimanakah peranan kita? Sekadar berdemostrasi membantah kekejaman Israel. Walhal apa yang mereka perlukan pembelaan di negara mereka bukannya di hadapan kedutaan Amerika, Israel ataupun kedutaan Palestin.

Apa yang Hamas perlukan ialah bantuan dari sudut ketenteraan.... mereka sudah lama bertahan, peluru dan roket mereka sudah kehabisan.

Hanya senjata sahaja dapat menyekat pembunuhan oleh Israel. Ia adalah satu-satu bahasa yang difahami oleh mereka.

Dimanakah tentera Islam mahupun khalifahnya? Tolonglah kembalikan sistem khalifah ini dengan menyokongnya melalui jemaah-jemah Islam.

Thursday, September 25, 2008

Turki- Negara Dua Wajah - episod 1

"Novel ke?" tegur seorang sahabat sambil mengambil result OTDR.

" Tak, sejarah..." jawabku.
...... dia terpinga-pinga mungkin berasa pelik apabila membaca buku sejarah.
Tetapi pada diri saya, ia adalah buku yang menarik apabila menceritakan bagaimana jatuh sebuah empayar iaitu sistem khalifah islam yang terakhir.

Attaturk nama yang diagungkan barat, adalah pengkhianat yang bertanggungajawab mensekularkan Turki.

Islam baginya adalah jumud dan punca kepada kemunduran.

Budaya barat pula adalah simbol kemodenan sesuatu bangsa.

Sehingga di akhir hayatnya, sewaktu nazak, dia memanggil duta Inggeris dan ingin menyerah kuasa presiden kepadanya.

Bertapa taksubnya kepada barat sehingga seolah-olah tiada seorang pun boleh diharap termasuk bangsanya untuk mengambil-alihtempatnya.

Setelah kematiannya, nur keislaman di Turki mula menyinar, walaupun sering kali dihalang oleh tentera sekular tetapi gelombang islam terus melanda dan mula mekar bertopengkan demokrasi.
Mungkin inilah bentuk dakwah hadhari yang tidak pernah terfikir oleh barat mahupun kita.

Thursday, November 29, 2007

Hari-hari Dalam Kehidupanku

"Hari-hari dalam kehidupanku"~Zainab Al Ghazali,
Terbitan :Pustaka Salam.

Secara umum, buku ini mengenai perjuangan beliau dalam menyebarkan dakwah di Mesir sehingga ditangkap oleh pemerintah ketika itu dengan tuduhan terlibat dengan
pakatan untuk membunuh Presiden MesiR, Jamal Abdul Nasser.

Klimaks buku ini menceritakan bagaimana beliau ditangkap dan diseksa semasa dalam tahanan.

Bentuk-bentuk seksaan keatasnya adalah suatu yang amat kejam kerana beliau hanyalah seorang muslimat, perilaku terhadapnya adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.

Siapakah Zainab Al Ghazali ?

Beliau merupakan pimpinan muslimat berbaiah kepada Iman Hassan Al Banna, dimana ketika itu Ikhwan Muslimin sedang meluaskan agenda dakwahnya di bumi Mesir.

Jamaah Muslimat(1937)yang diasasakan oleh Zainab Al Ghazali, berfungsi sebagai sebuah pertubuhan yg memberi pendidikan kepada kaum wanita dan bantuan kepada keluarga2 yg dipenjara oleh pemimpin Mesir ketika itu. Keupayaan muslimat ini tidak dapat dinafikan sehingga Presiden Mesir sanggup menawarkan jawatan menteri kepada jika berkerjasama kerajaan Mesir untuk menyekat pengaruh Ikhwan mUSlimin ketika itu.

My rating for this book is 4 stars out of 5.

So dont forget to read this book, Insya Allah worth it.

Tuesday, November 27, 2007

Islam dan Demokrasi


Bacaan terbaru saya ialah Islam dan Demokrasi, karangan Dato Seri Abdul Hadi Awang, seorang pemimpin politik masakini. Syabas saya saya ucapkan, antara buku politik yang menarik pernah saya baca. Sudah lama saya tercari-cari kebenaran dimana dalam buku ini berjaya menjawab beberapa persoalan yang timbul antara Islam dan demokrasi.

Sebelum ini, buku-buku yang pernah ditatapi saya sering kali mempersoalkan akan peranan siasah Islam dalam demokrasi dan gambaran yang diberikan kurang menyenangkan sehingga di akhir konkulsinya demokrasi ciptaan barat adalah lebih baik dari siasah Islam.


Tetapi dalam buku ini, berjaya menjawab tujahan-tujahan tersebut dengan baik dan pada masa yang sama membawa bukti-bukti akan kesempurnaan Islam menerusi Al Quran dan sirah-sirah Rasulullah.


Dengan kejatuhan sistem khilafah, Islam terus valid menerusi celahan-celahan siasah barat yang disebut demokrasi. Walaupun pada asalnya agama dipisahkan konsep politik tersebut, tetapi disebabkan akan kesempurnaan Islam dari semua sudut khususnya siasah menyebabkan ia diterima dan disokong oleh segelintir puak sehingga kini jumlah orang yang menyokong itu bertambah.


Idea pan Islamiah( rangkaian negara Islam) yang dicetuskan oleh sarjana-sarjana Islam mula berkembang dari zaman umat Islam dijajah dan sehingga usaha tersebut hampir berjaya. Malangnya setiap kali umat Islam menang hak memerintah mereka dicantas... Namun demikian, mereka masih memilih berpolitik dalam demokrasi kerana ia merupakan wasilah terbaik, apatah lagi dengan kesedaran dan sokongan rakyat yang mula bangkit dan bosan dengan ideologi-ideologi manusia yang berat sebelah.

Dalam buku ini, banyak penulis memberi gambaran bagaimana demokrasi boleh diaplikasikan tanpa bertentangan pegangan dan ajaran Islam, huraiannya diberi dari pilihan raya, syura sehinggalah konsep perwakilan dalam parlimen.

Diakui buku ini lebih bersifat akedemik berbanding politik, mungkin pada masa hadapan penulis boleh menceritakan pengalaman beliau dan apa yang hendak capai dalam berpolitik berteraskan pendekatan Islam. Ke mana halatuju Malaysia jika dibawah pemerintahan PAS?

My rating for this book is 4 stars out of five. Check it out!

Judul: ISLAM DAN DEMOKRASI

Penulis: Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang

Terbitan: PTS PUBLICATION N DISTRIBUTORS SDN BHD

Thursday, August 30, 2007

DOOM: Muslim towards extinction

-pArt oNe-

Akhirnya saya mempunyai sedikit masa untuk menghabiskan buku tulisan Syed Akbar Ali yg berjudul Malaysia n the club of...DOOM.


Di akhir bacaan saya membuat beberapa konklusi tentang buku ini... PANAS, kekeliruan, salah tanggapan, berat sebelah.. perlu ada perubahan sikap oleh muslim dengan kembali kepada ajaran sebenar berlandasarkan Al Quran dan Sunnah dengan petunjuk ulamak.

Tidak hairanlah jika dilihat dari latar belakang penulis beliau adalah berkelulusan barat dari US, ini membuatkan buku tersebut banyak mengulas pendapat beliau yang menjuruskan kepada barat. Sebagai contoh peranan agama yg dikatakan jumud menyebabkan kegagalan sebuah negara dan akan diklafikasikan sebagai DOOM. Beliau mengambil contoh Kamal Attaturk yg dikatakan pemimpin yang hebat yang berjaya membebaskan Turki daripada Khalifah Islam dan sistem pemerintahannya yang gagal. Kamal Attaturk dikatakan juga sepatutnya menghapuskan tunjang-tunjang kecil Islam tetapi terlepas peluang berbuat demikian kerana tidak berusaha keras. Pencantas sistem Khalifah ini dilabelkan sebagai satu-satu manusia yg berjaya membawa Turki ke suatu era yang sama taraf dengan negara-negar Eropah melalui keiginan untuk memasuki gagasan NATO.

Contoh yg diberikan banyak mendedah kelemahan org Islam yg tidak mengambil Islam sepenuhnya tetapi melaksanakan konsep yg salah sebagai contoh pengeboman di Bali. Beliau mengambil kesempatan pertelingkahan orang Islam dalam perkara furuq atau cabang dimana kita dilabel jumud lagi sempit. Konklusinya yg mana betul sikap2 muslim di atas akan membawa fitnah dan kehancuran Islam itu sendiri.

Pendekatan kerajaan PAS dalam isu Hudud dibincangkan secara babi buta tanpa penjelasan kerajaan PAS sendiri seolah-olah kita menuduh seseorang membuat sesuatu tanpa mengira kepentingan umun dan apatah lagi tidak berteraskan Al Quran dan Sunnah. Contoh2 beliau ini berat sebelah dimana beliau tidak menceritakan kebaikan kerajaan PAS dan pencapaian ketika ini.

Mengenai hudud, penulis mengambil contoh kata-kata seorang peminpin PAS bahawa Hudud hanya setakat diwartakan sahaja tetapi PAS tidak akan melaksanakannya. Lalu beliau mempersoalkan perbezaan dengan UMNO yg terus menolak pelaksanaan Hudud denganperkataan lain sama-sama tidak mahu melaksanakan Hudud.

Disini penulis berjaya mewujudkan kekeliruan kepada pembaca yg tidak mengetahui hal yg sebenarnya iaitu Hudud berjaya dienakmenkan tetapi dihalang oleh PUSAT.

Dari sudut tanggungjawab pemerintah Islam, PAS telah menunaikan hak Allah untuk pelaksanaan Hudud tetapi dihalang.