Thursday, September 25, 2008

Turki- Negara Dua Wajah - episod 1

"Novel ke?" tegur seorang sahabat sambil mengambil result OTDR.

" Tak, sejarah..." jawabku.
...... dia terpinga-pinga mungkin berasa pelik apabila membaca buku sejarah.
Tetapi pada diri saya, ia adalah buku yang menarik apabila menceritakan bagaimana jatuh sebuah empayar iaitu sistem khalifah islam yang terakhir.

Attaturk nama yang diagungkan barat, adalah pengkhianat yang bertanggungajawab mensekularkan Turki.

Islam baginya adalah jumud dan punca kepada kemunduran.

Budaya barat pula adalah simbol kemodenan sesuatu bangsa.

Sehingga di akhir hayatnya, sewaktu nazak, dia memanggil duta Inggeris dan ingin menyerah kuasa presiden kepadanya.

Bertapa taksubnya kepada barat sehingga seolah-olah tiada seorang pun boleh diharap termasuk bangsanya untuk mengambil-alihtempatnya.

Setelah kematiannya, nur keislaman di Turki mula menyinar, walaupun sering kali dihalang oleh tentera sekular tetapi gelombang islam terus melanda dan mula mekar bertopengkan demokrasi.
Mungkin inilah bentuk dakwah hadhari yang tidak pernah terfikir oleh barat mahupun kita.

No comments: