Friday, January 2, 2015

Rumah Tok Wan Tenggelam

Cian Tok Wan, rumah tenggelam.. bila surut penuh dengan lumpur. Nasib baik Tok Wan berjaya dipindahkan ke rumah kami dengan sampan sebelum rumahnya dinaiki air.

Thursday, January 1, 2015

Rumah Kampung Banjir

Alhamdulillah  banjir di pantai timur semakin surut.  Namun demikian banyak rumah rumah musnah, alat alat elektronik rosak, kereta tenggelam.. sungguh besar  dugaan Allah SWT kali ini. Barang kali ia adalah  suatu penanda buat kita... sama sama kita doakan semoga Allah mengantikan kita dengan suatu yang lebih baik. Insha Allah.

Rumahku di  kampung hanya dapur sahaja yang tenggelam.. banjir banjir sebelum ini tak pernah mencecah pagar.. tapi kali ini mencecah satu anak tangga dan dapur belakang  terus tenggelam.

Alhamdulilah  bantuan dari YB membawa sardin dan telur membantu sedikit sebanyak.