Alhamdulillah banjir di pantai timur semakin surut. Namun demikian banyak rumah rumah musnah, alat alat elektronik rosak, kereta tenggelam.. sungguh besar dugaan Allah SWT kali ini. Barang kali ia adalah suatu penanda buat kita... sama sama kita doakan semoga Allah mengantikan kita dengan suatu yang lebih baik. Insha Allah.
Rumahku di kampung hanya dapur sahaja yang tenggelam.. banjir banjir sebelum ini tak pernah mencecah pagar.. tapi kali ini mencecah satu anak tangga dan dapur belakang terus tenggelam.
Alhamdulilah bantuan dari YB membawa sardin dan telur membantu sedikit sebanyak.