Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Thursday, January 1, 2009

Muhammad al-Fatih



Manakala mengenai Muhammad al-Fatih yang membuka dan membebaskan kota Istanbul, dalam bahasa Turki, Muhammad sering disebut dengan Fatih Sultan Mehmet. Beliau lahir pada 30 Mac 1432 dan wafat pada 3 Mei 1481.

Merujuk segi kesolehannya, Muhammad al-Fatih disebutkan tidak pernah meninggalkan tahajud dan solat rawatib sejak baligh hingga waktu wafatnya. Pendekatannya kepada Allah SWT diajarkan kepada tenteranya. Sehinggakan tenteranya tidak pernah meninggalkan solat fardu dan solat tahajud sejak baligh. Itulah barangkali kunci utama kejayaannya dan tenteranya dalam menaklukkan kota Istanbul sebagaimana dalam hadis di atas.

Prestasinya menakluki kota Istanbul, beliau kemudian mendapat gelaran 'Al-Fatih' yang bererti penakluk atau pembebasan. Barangkali juga jolokan gelaran itu diberikan kepadanya kerana para pelaku sejarah sebelumnya tidak pernah berhasil menakluk Istanbul walaupun ada hadis mengenai hal itu.

Manakala orang Barat menyebutnya The Conqueror (penakluk). Ada implikasinya bila menyebut penakluk, bahawa beliau seolah-olah pemimpin yang ganas dan kejam. Pada hal gelaran yang sebenarnya dalam bahasa Arab adalah 'Al-Fatih'.

Di samping itu, beliau merupakan seorang yang sangat pakar dalam peperangan dan pandai berkuda. Ada yang mengatakan bahawa sebahagian hidupnya dihabiskan di atas kudanya.

Lebih menarik, meskipun beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur pemerintahan, namun kerana kepakarannya dalam ilmu strategi perang, hampir seluruh perjalanan jihadnya adalah di bawah pimpinannya. Bahkan beliau tetap berangkat berjihad walaupun sedang menderita penyakit.

Beliau juga ahli di bidang pentadbiran negara, baik secara fizikal atau birokrasi dan hukum. Kehebatan beliau dalam mentadbir negaranya menjadi negara yang sangat maju diakui oleh banyak ilmuan dunia. Bahkan secara serius beliau banyak melakukan pembaikan dalam hal perekonomian, pendidikan dan lain-lain.

Dari segi kepimpinan, Istanbul dalam waktu singkat sudah menjadi pusat pemerintahan yang sangat indah dan maju serta kota ekonomi yang berjaya.

Beliau juga pakar dalam bidang sains dan matematik serta menguasai enam bahasa sejak berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat namun cukup bertawaduk dan merendahkan dirinya.

Maka tidaklah hairanlah tenteranya paling rajin bersolat fardu dan sunat.

Setelah menakluk kota Konstantinopel, namanya diubah kepada Islambul yang bererti Kota Islam, Kemudian nama itu telah diganti oleh Mustafa Kemal Ataturk menjadi Istanbul.

Sejak itu ibu kota khalifah Bani Usmaniyah beralih ke kota Istanbul dan menjadi pusat peradaban Islam dunia selama beberapa abad kemudian. Kerana kota itu dibangun dengan segala bentuk dan seni keindahannya, percampuran antara seni Eropah Timur dan Arab jelas ketara.

Gereja-gereja dan tempat ibadat bukan Muslim dibiarkan berdiri dan tidak diganggu. Sementara khalifah membangun gedung-gedung yang indah dan cantik yang dapat disaksikan hingga kini.

Kejayaannya itu menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepemimpinannya serta taktik strategi peperangan yang dikatakan mendahului zamannya.

Sebagai memperingati jasa Muhammad al-Fatih, Masjid al-Fatih telah dibangunkan di sebelah makamnya di Istanbul.

(Dipetik dari Utusan dalam artikel: Istanbul Kota Yang Dijanji Dalam Hadis)

Saturday, September 15, 2007

Syeikh Ahmad Yasin (1938-2004)


SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,Selatan Tebing Gaza, 1938
Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.
1983, aku ditangkap dituduh,Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,1987,
HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihatIntifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 -
Fajarnya,Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?


3 April 2004,Hotel Fatamorgana,Sweileh, Amman.


(Dipetik dari palestinkini.info)

Wednesday, August 8, 2007

Bani Ummayah (part 2)

Sinar dalam Bani Ummayah

Apabila Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, dia cuba membawa perubahan dengan mentabir negara sebagaimana khalifah Al Rasyidin.

Menyaksikan kekejaman pemerintah sebelum ini menimbulkan perasaan kasihan terhadap rakyat jelata. Sebagai contoh 93 Hijrah, dia memegang jawatan wali kota Madinah. Pada ketika itu, Walib bin Abdul Malik memerintah agar mendera Hubaib bin Abdullah bin Zubair limapuluh kali dan lalu diletakkan kantong air yang amat sejuk di atas kepalanya padahal pada waktu itu ialah pada musin dingin. Orang itu dipaksa berdiri sepanjang hari di pintu masjid sehingga orang yang malang itu meninggal dunia.

Umar dipaksa melakukan hukuman tersebut walaupun baginya ia tidak sesuai dengan syariat.
Beliau berasa amat menyesal, dan lalu berundur dari jabatannya. Dirinya berasa amat menyesal dan takut akan balasan dari Allah.

Pada 99H beliau menduduki jabatan khalifah. Pada pidato pertamanya,
"Saudara-saudara, sungguh aku telah ditimpa bala, dengan kedudukan aku ini, yang telah kuperolehi tanpa musyawarah dengan diriku sebelum ini,tidak pernah ku minta dan tidak pernah pula dimusyawarah dengan kaum muslimin. Dan kini aku melepasakan bai'at kepadaku yang melingkungi leher kalian, maka pilihlah bagi diri kalian dan urusan kalian siapa sahaja yang kalian inginkan."

Maka berteriak para hadirin,
"Kami memilih anda bagi diri kami dan urusan kami, dan kami redha dengan anda."

Dijawab secara jelas Umat Abd Aziz,
"Wahai manusia barangsiapa mentaati Allah, maka dia wajib ditaati,dan barang siapa bermaksiat kepada Allah, maka tidak ada ketaatan baginya. Taatlah padaku sepanjang aku taat kepada Allah, dan apabila aku bermaksiat kepada Allah maka tidak ada kewajiban taat kalian kepadaku."

Beliau memilih untuk hidup sebagaimana empat khalifah pertama. Semua harta yang diwarisinya secara tidak sah dikembalikan kepada Baitul Mal termasuklah harta isterinya. Daripada 40 ribu dinar hasilnya setahun, beliau hanya mengambil 400 dinar setahun, sekadar yang cukup untuk keperluan dirinya.

Kemudian beliau mengumunkan barangsiapa mempunyai keluhan terhadap keluarganya yang sedang berkuasa atau para amirnya, maka hendaklah diajukan kepadanya dan sesiapa memiliki bukti atas terampasnya sesuatu miliknya akan dikembalikan kepadanya.

Apabila ditanya Bani Ummayah kepada beliau sebab berbuat demikian, beliau mengatakan tidak ditakuti setiap hari kecuali khiamat dan tidak tenang apabila memikirkannya.
Umar Abd Aziz menambah," Kalian mengawini anak cucu Umar bin Khattab maka ia mirip sekali dengan dengan datuknya itu.( Ibu Umar Abd Aziz adalah cucu Umar Al Khattab).
Beliau menegaskan bahawa yang menetapkan calon Khalifah bukan dirinya tetapi kaum muslimin demi kepentingan mereka sendiri. Kesannya Bani Ummayah bimbang akan kembali sistem Khalifah berdasarkan musyawarah dan bertindak dengan meracuni Umar Abd Aziz. Ini terjadi selepas 2 tahun pemerintahan beliau sebagai Khalifah.

Semoga Allah merahmati dan menberkati Khalifah Umar Abd Aziz. Amin.

Bani Ummayah (part1)

Setelah kematian Mu'wiyah, Yazid menjadi Khalifah Ummayah yang seterusnya. Tiga peristiwa yang terbesar berlaku di zamannya yang menggocangkan dunia Islam pada waktu itu.

Pertama ialah kematian akan Hussein Bin Ali bin Abi Thalib yang pada waktu itu mendapat undangan dari penduduk Iraq. Hussein dianggap sebagai ketua pemberontak oleh pemerintahan Yazid dan mampu menggulingkan Yazid.

Rombongan Hussein seramai 32 penunggang kuda dan 40 pejalan kaki disekat oleh Umar bin Sa'ad bin Waqqash yang membawa tentera dari Kufah sebanyak 4 ribu orang. Rombongan Hussein dikepung dan diperangi, sehingga di detik akhir Hussein berkata:

"Biar aku pulang atau pergi ke perbatasan negeri untuk berjihad atau bawahlah aku ke hadapan Yazid."

Tentera Yazid pula berkeras untuk membawa Hussein kepada Abdullah bin Ziyad. Menyedari apa yang pernah dilakukan Ibnu Yazid ke atas sepupunya Muslim bin Aqil, Hussein terus memerangi mereka dan gugur sebagai seorang syuhada di Karbala. Kepala-kepala mereka dibawa ke Kufah dan dijadikan bahan tontonan dan kemudian dikirimkan kepada Yazid di Damsyik.

Terdapat beberapa riwayat yang berbeza, tetapi salah satu riwayat mengatakan Yazid menangis melihat kepala Hussein dan kawan-kawannya. Lalu berkata "Sesungguhnya aku sudah puas dengan ketaatan kalian tanpa membunuh Hussein. Terkutuklah cucu Sumayyah, jika aku berhadapan dengannya sudah pasti aku mengampun dirinya. Demi Allah wahai Hussein jika aku berada di hadapanmu nescaya aku tidak akan membunuhmu. Begitulah riwayat paling ringan mengenai Yazid akan hal ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Peristiwa kedua, petempuran Harrah di akhir 73 Hijrah, penduduk Madinah memberontak kerana kezaliman Yazid dan mengusir gabenor kota Madinah dan mengangkat Abdullah bin Handhalah sebagai pemimpin mereka.

Yazid mengirim dua belas ribu pasukan di bawah komandernya Muslim bin Uqbah untuk menyerbu kemudian menyeru penduduk kota Madinah selama tiga hari agar kembali taat kepada Yazid.

Setelah menang memerangi penduduk Madinah, tentera Yazid dibiarkan membuat sesuka hati sesuka hati selama tiga hari sesuai mengikut perintah Yazid.

Leher penduduknya ditebas dengan pedang dan mengikut riwayat Iman Zuhri, 7 ribu kaum asyraf terbunuh diikuti sepuluh ribu rakayat yang lain. Kehormatan rumah-rumahdihalalkan dan kesucian perempuan-perempuan Madinah dicabuli. Ibnu Katsir meriwayat seribu wanita hamil tanpa perkahwinan di hari-hari itu....
Peristiwa ketiga, setelah menyerang Madinah mereka pula menyerang kota Mekah untuk memerangi Abdullah bin Zubair. Sepakatan ahli sejarah mengatakan peristiwa pelontaran Ka'abah dengan batu-batu. Menyebabkan salah satu dindingnnya runtuh.

~bersambung~

Dulu Islam di Algeria

Algeria merupakan antara kolonis Perancis sehingga tahun 1832 apabila kedudukan penjajah itu tergugat dengan penentangan peduduk setempat yang diketuai Sheikh Abdel Al Qader. Beliau yang dilantik sebagai Amirul Mukminin dan panglima perang dan kemudiannya melancarkan Perang Jihad ke atas Perancis. Kerajaan Islam berjaya diwujudkannya setelah menguasai 2/3
Algeria.

Perancis pula segera menubuhkan suatu tentera khusus yang dikenali sebagai Foreign Legion untuk menghadapi tentera Sheikh Abdel Al Qader.

Pada tahun 1836, Jeneral Thomas Bugeanud berjaya mencapai perjanjian damai dengan Amirul Mukminin tersebut. Tetapi ia dicabuli apabila Perancis menyerang Constantinne pada 1839. Ini seterusnya mencetuskan kembali Perang Jihad.

Kira-kira 1/3 tentera Perancis seramai 108 000 tentera digunakan untuk berhadapan Tentera Islam di Algeria. Pada 1843, Kerajaan Islam tewas dan Sheikh Abdel Al Qader berundur ke Morrocco dan melancarkan serangan dari
sana.

Terlalu ramai rakyat Algeria terbunuh dan demi keselamatan masyarakat
Algeriaketika itu Sheikh Abdel Al Qader terpaksa menyerah dirinya kepada Perancis pada tahun 1847 dan beliau dipenjarakan.

Pada tahun 1852 Sheikh Abdel Al Qader diampunkan oleh Raja Louis dan beliau diberi pencen berjumlah 150 000 franc.

Beliau meninggal dunia di Damsyik pada 1883. Warna hijau putih yang menjadikan simbol perjuangan beliau dijadikan warna rasmi bendera
Algeria.

Semoga Allah menambahkan rahmat dan berkatNya ke atas rohnya.

Rujukan:
1. Mohd Zaki Mohd Salleh,Perang Kemerdekaan
Algeria,Tempur, Jun 2005

Wednesday, August 1, 2007

Penakluk Jurusalam

Salahudin bin Ayubi atau nama sebenarnya ialah Yusuf dan bapanya Najmuddin Ayyub. Dilahirkan pada tahun 523 H berbangsa Kurdis yang berasal dari Azarbaijan.

Ayahnya ialah seorang gabenor Tikrit dan bapa saudara Asadudin Syirkuwah ialah panglima perang. Salahudin diajar ilmu agama oleh ayahnya dan ilmu perang oleh bapa saudaranya itu.

Beliau menjadi perdana menteri dan kemudiannya Sultan Mesir yang merupakan kerajaan fatimiyah setelah Sultan negara tersebut mati secara mengejut. Pada mulanya kerajaan menghadapi tentangan orang-orang syiah tetapi berjaya menhapuskan pemberontakan tersebut.

-to be continue-