Thursday, August 30, 2007

DOOM: Muslim towards extinction

-pArt oNe-

Akhirnya saya mempunyai sedikit masa untuk menghabiskan buku tulisan Syed Akbar Ali yg berjudul Malaysia n the club of...DOOM.


Di akhir bacaan saya membuat beberapa konklusi tentang buku ini... PANAS, kekeliruan, salah tanggapan, berat sebelah.. perlu ada perubahan sikap oleh muslim dengan kembali kepada ajaran sebenar berlandasarkan Al Quran dan Sunnah dengan petunjuk ulamak.

Tidak hairanlah jika dilihat dari latar belakang penulis beliau adalah berkelulusan barat dari US, ini membuatkan buku tersebut banyak mengulas pendapat beliau yang menjuruskan kepada barat. Sebagai contoh peranan agama yg dikatakan jumud menyebabkan kegagalan sebuah negara dan akan diklafikasikan sebagai DOOM. Beliau mengambil contoh Kamal Attaturk yg dikatakan pemimpin yang hebat yang berjaya membebaskan Turki daripada Khalifah Islam dan sistem pemerintahannya yang gagal. Kamal Attaturk dikatakan juga sepatutnya menghapuskan tunjang-tunjang kecil Islam tetapi terlepas peluang berbuat demikian kerana tidak berusaha keras. Pencantas sistem Khalifah ini dilabelkan sebagai satu-satu manusia yg berjaya membawa Turki ke suatu era yang sama taraf dengan negara-negar Eropah melalui keiginan untuk memasuki gagasan NATO.

Contoh yg diberikan banyak mendedah kelemahan org Islam yg tidak mengambil Islam sepenuhnya tetapi melaksanakan konsep yg salah sebagai contoh pengeboman di Bali. Beliau mengambil kesempatan pertelingkahan orang Islam dalam perkara furuq atau cabang dimana kita dilabel jumud lagi sempit. Konklusinya yg mana betul sikap2 muslim di atas akan membawa fitnah dan kehancuran Islam itu sendiri.

Pendekatan kerajaan PAS dalam isu Hudud dibincangkan secara babi buta tanpa penjelasan kerajaan PAS sendiri seolah-olah kita menuduh seseorang membuat sesuatu tanpa mengira kepentingan umun dan apatah lagi tidak berteraskan Al Quran dan Sunnah. Contoh2 beliau ini berat sebelah dimana beliau tidak menceritakan kebaikan kerajaan PAS dan pencapaian ketika ini.

Mengenai hudud, penulis mengambil contoh kata-kata seorang peminpin PAS bahawa Hudud hanya setakat diwartakan sahaja tetapi PAS tidak akan melaksanakannya. Lalu beliau mempersoalkan perbezaan dengan UMNO yg terus menolak pelaksanaan Hudud denganperkataan lain sama-sama tidak mahu melaksanakan Hudud.

Disini penulis berjaya mewujudkan kekeliruan kepada pembaca yg tidak mengetahui hal yg sebenarnya iaitu Hudud berjaya dienakmenkan tetapi dihalang oleh PUSAT.

Dari sudut tanggungjawab pemerintah Islam, PAS telah menunaikan hak Allah untuk pelaksanaan Hudud tetapi dihalang.

Wednesday, August 29, 2007

Nasi Berulam Kasih Berlaukan Rahmat

Nobody is perfect.. itu hakikat yang ada pada seorang individu.

Ada suatu kisah yg saya ingin berkongsi ketika latihan industri 3 bulan di salah sebuah hospital di KB. Waktu itu, saya ditempatkan di unit Biomedical dan electronik dan setiap minggu saya akan brtugas di bawah seorang technician.

Pada suatu hari, saya bersama seorang technician diminta untuk menukar bulb light theraphy di wad bayi. Di sana saya dapat melihat bayi-bayi yg tidak cukup umur, kecil dan kurus. Hati saya tergerak apabila mereka menangis dan tiada daya saya untuk menyentuh mereka kerana tangan tidak bersih.

Mengabaikan tangisan mereka, saya meneruskan tugas saya menyelenggarankan peralatan biomedikal disitu.

Antara byk2 bayi terdpat satu kandang kayu bayi dimana ada seorang bayi yg tertulis di namanya "Ain". Saya tertarik dgn Ain yg comel itu lalu bermain mimik muka dengan sambil menyebut namanya. Dia respon dengan senyuman dan mula meringik2 kegembiraan dan seolah-olah meminta saya mendukungnya.

Tiba2 saya menyedari sesuatu, kenapa Ain berbeza dari bayi2 lain, melihat fizikal Ain dialah bayi yang paling sihat dan katilnya paling baik dimana bayi2 yg lain tidak cukup umur diletak dalam incubator.

Jururawat yg bertugas di bilik itu menjawad persoalanan saya... Ain adalah HIV positif !
Allahu Akhbar.

Saya terus kecut dan hilang kata2. Jururawat itu menambah, oleh kerana Ain terlalu lama berada kandangnya, kaki lemah dan mungkin cacat.Hati saya bertambah sayup... mungkin disebabkan Ain mengidap HIV, tiada orang sanggup bermain dengannya dan ibunya pula mungkin tidak mampu untuk menyara ubat-ubat Ain dan dirinya serentak, mungkin sebab itulah Ain ditinggalkan di wad.

Technician kemudian menyuruh saya membawa salah sebuah incubator kembali ke Biomedikal Unit utuk dibaiki. Sambil menolak perlatan tersebut saya mencuri melihat Ain untuk kali terakhir dan berharap diri ..... entahlah saya pun tak tahu apa nak didoakan untuknya.

Kemudian saya menghadiri kenduri akikah sepupu saya, yang saya diminta oleh ibunya untuk mengambil gambar ahli baru keluarga kami. Namanya Amina.

Melihat Amina, saya bersyukur yg dia berada dalam keluarga kami dan bertapa bertuahnya dia untuk dilahirkan dan dibesarkan bagaikan seorang puteri.

moral of the story:
Ketika kita merasakan diri kita tidak bernasib baik, ada orang lagi takbernasib baik malah lebih teruk situasi berbanding kita.

Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasihani. Apa pun keadaan kita,bersyukurlah kehadrat illahi. Jangan terlalu pikiaq masalah nanti akan hilang keyakinan kepada Allah, tetapi sebalik terus mohon ampunanNyA, dan memohon meletakkan kita di bawah payung rahmatNya semoga kita diberi ketabahan dan jalan keluar dr dugaanNya.

Yakinlah sudah ada ketetapan bg setiap individu dan Allah tidak membuat kecuali kita boleh menghadapiNya.



Semoga Allah merahmati Ain dan Amina.....Amin

Wednesday, August 15, 2007

Senandung Rindu

Album : Baru Gede
Munsyid : Justice Voice
http://liriknasyid.com/



Dimalam sunyi ku bersimpuh pada-Mu,

Mengharapkan sejuk cinta yang kudamba,

Derai air mata menyirami jiwa,

Cahaya iman membahana..


Reff: Ya Allah kurindu pada-Mu

Bukalah pintu karunia-Mu..

Ya Allah ampunilah hamba,

Yang lemah hina penuh dosa,

Kurindu cahya hidayah-Mu ,

Kurindu belaian kasih-Mu

Kudamba sinaran rahmat-Mu ,

Kumendambakan maghfirah-Mu...

Wednesday, August 8, 2007

Bani Ummayah (part 2)

Sinar dalam Bani Ummayah

Apabila Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, dia cuba membawa perubahan dengan mentabir negara sebagaimana khalifah Al Rasyidin.

Menyaksikan kekejaman pemerintah sebelum ini menimbulkan perasaan kasihan terhadap rakyat jelata. Sebagai contoh 93 Hijrah, dia memegang jawatan wali kota Madinah. Pada ketika itu, Walib bin Abdul Malik memerintah agar mendera Hubaib bin Abdullah bin Zubair limapuluh kali dan lalu diletakkan kantong air yang amat sejuk di atas kepalanya padahal pada waktu itu ialah pada musin dingin. Orang itu dipaksa berdiri sepanjang hari di pintu masjid sehingga orang yang malang itu meninggal dunia.

Umar dipaksa melakukan hukuman tersebut walaupun baginya ia tidak sesuai dengan syariat.
Beliau berasa amat menyesal, dan lalu berundur dari jabatannya. Dirinya berasa amat menyesal dan takut akan balasan dari Allah.

Pada 99H beliau menduduki jabatan khalifah. Pada pidato pertamanya,
"Saudara-saudara, sungguh aku telah ditimpa bala, dengan kedudukan aku ini, yang telah kuperolehi tanpa musyawarah dengan diriku sebelum ini,tidak pernah ku minta dan tidak pernah pula dimusyawarah dengan kaum muslimin. Dan kini aku melepasakan bai'at kepadaku yang melingkungi leher kalian, maka pilihlah bagi diri kalian dan urusan kalian siapa sahaja yang kalian inginkan."

Maka berteriak para hadirin,
"Kami memilih anda bagi diri kami dan urusan kami, dan kami redha dengan anda."

Dijawab secara jelas Umat Abd Aziz,
"Wahai manusia barangsiapa mentaati Allah, maka dia wajib ditaati,dan barang siapa bermaksiat kepada Allah, maka tidak ada ketaatan baginya. Taatlah padaku sepanjang aku taat kepada Allah, dan apabila aku bermaksiat kepada Allah maka tidak ada kewajiban taat kalian kepadaku."

Beliau memilih untuk hidup sebagaimana empat khalifah pertama. Semua harta yang diwarisinya secara tidak sah dikembalikan kepada Baitul Mal termasuklah harta isterinya. Daripada 40 ribu dinar hasilnya setahun, beliau hanya mengambil 400 dinar setahun, sekadar yang cukup untuk keperluan dirinya.

Kemudian beliau mengumunkan barangsiapa mempunyai keluhan terhadap keluarganya yang sedang berkuasa atau para amirnya, maka hendaklah diajukan kepadanya dan sesiapa memiliki bukti atas terampasnya sesuatu miliknya akan dikembalikan kepadanya.

Apabila ditanya Bani Ummayah kepada beliau sebab berbuat demikian, beliau mengatakan tidak ditakuti setiap hari kecuali khiamat dan tidak tenang apabila memikirkannya.
Umar Abd Aziz menambah," Kalian mengawini anak cucu Umar bin Khattab maka ia mirip sekali dengan dengan datuknya itu.( Ibu Umar Abd Aziz adalah cucu Umar Al Khattab).
Beliau menegaskan bahawa yang menetapkan calon Khalifah bukan dirinya tetapi kaum muslimin demi kepentingan mereka sendiri. Kesannya Bani Ummayah bimbang akan kembali sistem Khalifah berdasarkan musyawarah dan bertindak dengan meracuni Umar Abd Aziz. Ini terjadi selepas 2 tahun pemerintahan beliau sebagai Khalifah.

Semoga Allah merahmati dan menberkati Khalifah Umar Abd Aziz. Amin.

Bani Ummayah (part1)

Setelah kematian Mu'wiyah, Yazid menjadi Khalifah Ummayah yang seterusnya. Tiga peristiwa yang terbesar berlaku di zamannya yang menggocangkan dunia Islam pada waktu itu.

Pertama ialah kematian akan Hussein Bin Ali bin Abi Thalib yang pada waktu itu mendapat undangan dari penduduk Iraq. Hussein dianggap sebagai ketua pemberontak oleh pemerintahan Yazid dan mampu menggulingkan Yazid.

Rombongan Hussein seramai 32 penunggang kuda dan 40 pejalan kaki disekat oleh Umar bin Sa'ad bin Waqqash yang membawa tentera dari Kufah sebanyak 4 ribu orang. Rombongan Hussein dikepung dan diperangi, sehingga di detik akhir Hussein berkata:

"Biar aku pulang atau pergi ke perbatasan negeri untuk berjihad atau bawahlah aku ke hadapan Yazid."

Tentera Yazid pula berkeras untuk membawa Hussein kepada Abdullah bin Ziyad. Menyedari apa yang pernah dilakukan Ibnu Yazid ke atas sepupunya Muslim bin Aqil, Hussein terus memerangi mereka dan gugur sebagai seorang syuhada di Karbala. Kepala-kepala mereka dibawa ke Kufah dan dijadikan bahan tontonan dan kemudian dikirimkan kepada Yazid di Damsyik.

Terdapat beberapa riwayat yang berbeza, tetapi salah satu riwayat mengatakan Yazid menangis melihat kepala Hussein dan kawan-kawannya. Lalu berkata "Sesungguhnya aku sudah puas dengan ketaatan kalian tanpa membunuh Hussein. Terkutuklah cucu Sumayyah, jika aku berhadapan dengannya sudah pasti aku mengampun dirinya. Demi Allah wahai Hussein jika aku berada di hadapanmu nescaya aku tidak akan membunuhmu. Begitulah riwayat paling ringan mengenai Yazid akan hal ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Peristiwa kedua, petempuran Harrah di akhir 73 Hijrah, penduduk Madinah memberontak kerana kezaliman Yazid dan mengusir gabenor kota Madinah dan mengangkat Abdullah bin Handhalah sebagai pemimpin mereka.

Yazid mengirim dua belas ribu pasukan di bawah komandernya Muslim bin Uqbah untuk menyerbu kemudian menyeru penduduk kota Madinah selama tiga hari agar kembali taat kepada Yazid.

Setelah menang memerangi penduduk Madinah, tentera Yazid dibiarkan membuat sesuka hati sesuka hati selama tiga hari sesuai mengikut perintah Yazid.

Leher penduduknya ditebas dengan pedang dan mengikut riwayat Iman Zuhri, 7 ribu kaum asyraf terbunuh diikuti sepuluh ribu rakayat yang lain. Kehormatan rumah-rumahdihalalkan dan kesucian perempuan-perempuan Madinah dicabuli. Ibnu Katsir meriwayat seribu wanita hamil tanpa perkahwinan di hari-hari itu....
Peristiwa ketiga, setelah menyerang Madinah mereka pula menyerang kota Mekah untuk memerangi Abdullah bin Zubair. Sepakatan ahli sejarah mengatakan peristiwa pelontaran Ka'abah dengan batu-batu. Menyebabkan salah satu dindingnnya runtuh.

~bersambung~

Dulu Islam di Algeria

Algeria merupakan antara kolonis Perancis sehingga tahun 1832 apabila kedudukan penjajah itu tergugat dengan penentangan peduduk setempat yang diketuai Sheikh Abdel Al Qader. Beliau yang dilantik sebagai Amirul Mukminin dan panglima perang dan kemudiannya melancarkan Perang Jihad ke atas Perancis. Kerajaan Islam berjaya diwujudkannya setelah menguasai 2/3
Algeria.

Perancis pula segera menubuhkan suatu tentera khusus yang dikenali sebagai Foreign Legion untuk menghadapi tentera Sheikh Abdel Al Qader.

Pada tahun 1836, Jeneral Thomas Bugeanud berjaya mencapai perjanjian damai dengan Amirul Mukminin tersebut. Tetapi ia dicabuli apabila Perancis menyerang Constantinne pada 1839. Ini seterusnya mencetuskan kembali Perang Jihad.

Kira-kira 1/3 tentera Perancis seramai 108 000 tentera digunakan untuk berhadapan Tentera Islam di Algeria. Pada 1843, Kerajaan Islam tewas dan Sheikh Abdel Al Qader berundur ke Morrocco dan melancarkan serangan dari
sana.

Terlalu ramai rakyat Algeria terbunuh dan demi keselamatan masyarakat
Algeriaketika itu Sheikh Abdel Al Qader terpaksa menyerah dirinya kepada Perancis pada tahun 1847 dan beliau dipenjarakan.

Pada tahun 1852 Sheikh Abdel Al Qader diampunkan oleh Raja Louis dan beliau diberi pencen berjumlah 150 000 franc.

Beliau meninggal dunia di Damsyik pada 1883. Warna hijau putih yang menjadikan simbol perjuangan beliau dijadikan warna rasmi bendera
Algeria.

Semoga Allah menambahkan rahmat dan berkatNya ke atas rohnya.

Rujukan:
1. Mohd Zaki Mohd Salleh,Perang Kemerdekaan
Algeria,Tempur, Jun 2005

Wednesday, August 1, 2007

Penakluk Jurusalam

Salahudin bin Ayubi atau nama sebenarnya ialah Yusuf dan bapanya Najmuddin Ayyub. Dilahirkan pada tahun 523 H berbangsa Kurdis yang berasal dari Azarbaijan.

Ayahnya ialah seorang gabenor Tikrit dan bapa saudara Asadudin Syirkuwah ialah panglima perang. Salahudin diajar ilmu agama oleh ayahnya dan ilmu perang oleh bapa saudaranya itu.

Beliau menjadi perdana menteri dan kemudiannya Sultan Mesir yang merupakan kerajaan fatimiyah setelah Sultan negara tersebut mati secara mengejut. Pada mulanya kerajaan menghadapi tentangan orang-orang syiah tetapi berjaya menhapuskan pemberontakan tersebut.

-to be continue-