Tuesday, February 2, 2010

Usrah Bersama MIG

MIG adalah nick name naqib kami.

Dalam takzirah beliau beberapa persoalan dicetuskan kepada kami.

"Siapa orang yang sombong?"

"Siapa orang yang hatinya mati?"

Setiap jawapan yang diberikan oleh ahli usrah adalah berbeza.

Ada yang menjawab, orang yang sombong adalah orang yang mempunyai kelebihan tetapi memandang rendah orang lain.

Ada juga jawapan orang yang belagak sombong tetapi donut( kosong di tengah).

MIG senyum dengan pelbagai jawapan kami dan beliau mengatakan semua betul.

Tetapi jawpan beliau lagi menarik, orang yang sombong kepada Allah, lupa dengan kurniaanNya, merasakan dirinya bagus dari sesiapa padahal itu hanya sedikit kelebihan di dunia berbanding orang-orang lain.

Hatinya mati apabila nasihat diberi kepada orang-orang seperti ini, responnya lebih kepda memperlekehkan orang yang menasihatnya.

p/s Semoga Allah SWT tidak mengolonngkan kita dalam dua golongan ini.

No comments: