Friday, January 15, 2010

What we should do? Part 3

Disebalik kekeliruan umat Islam patutkah nama Allah digunakan didalam bible versi bahasa Melayu, sesuatu yang tidak dijangka telah terjadi...

Saya tidak mahu menyentuh tidakan membakar gereja ( suatu tindakan dilarang oleh Islam dan dapat dilihat dalam polisi peperangan dalam Islam), tetapi apa yang ingin saya cetuskan dalam blog ini adalah cara kita mengadakan forum/ bicara menerangkan isu ini ( cara ini lebih mengambarkan sikap bertamadun kita).

Mereka sangka dengan menggunakan undang-undang mereka akan menang dan seterusnya mengelirukan umat Islam, tetapi Allah SWT lebih hebat perancanganNya.

Sekarang berpuluh-puluh forum yang menjelaskan kebenaran atau dakwah boleh disampai kepada non-muslim tentang ajaran Islam. Sudah tentu mereka akan cuba memahami isu ini dan mana tahu mungkin ada non muslim menerima hidayah dengan kebenaran yang disampaikan ini.

Ia bermula dengan akidah dengan menyatakah keesaan Allah SWT dan mungkin selepas ini keadilan politik Islam dan Hudud.

Dalam sejarah Islam, Abu Jahal adalah orang yang paling kuat menentang dan menindas Islam. Dia sangka dialah juara orang musyikin tetapi Allah yang hebat perancanganNya menidakkan reputasi Abu Jahal dengan memberi hidayah kepada anaknya Abu Jahal, Iqrimah dimana beliau mati dalam memperjuangkan agama Islam.

Kita pernah mendengar kisah sebelum kematianya, dimana beliau cedara parah dalam peperangan itu. Ketika seorang sahabat ingin memberikan air kepada Iqrimah, Iqrimah menyuruh sahabatnya itu mendahulukan seorang sahabat yang juga cedara parah.

Setelah dibawa air kepada sahabatnya itu, sahabat itu menolak air itu dimana beliau meminta diberikan air kepada Iqrimah dahulu, maka pembawa air pergilah Iqrimah dan mendapati beliau telah syahid dan pembawa air pergi juga kepada sahabat sebelum ini dan mendapati beliau juga telah syahid.

Kesimpulannya usaha dan pendekatan pimpinan kita melalui forum menjelaskan isu nama Allah SWT amat tepat sekali. Sekarang baru kita tahu siapa hanya tahu berdemo tetapi tidak petah berdebat...loser!!!


p/s Hmm... Islam always win, hidup pun menang, mati pun menang=)

~Islam is for all~

No comments: