Tuesday, January 12, 2010

The Biggest Loser- Part 2



Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing, namun demikian ia bukan alasan untuk tidak "menambah-baik diri" anda.

Berada dalam komuniti pejabat, kita dapat melihat kelemahan seseorang. Sebagai seorang sahabat kita perlu menolong antara satu sama lain kerana kita bekerja sebagai satu pasukan. Kecuaiannya adalah kecuaian kita semua.

Halatuju setiap individu adalah qualiti dan qualiti itu perlu diaudit oleh orang ketiga supaya kita tidak SS -syok-sendiri.

Dalam penambah-baik (improvement) kita harus mengenal-pasti kelemahan kita dan mengambil tindakan mengatasinya.

Dalam jemaah pula budaya kritik semakin menjadi-jadi. Kritikan sepatutnya membina jemaah tetapi malangnya cara kritikan yang tidak kena membina lagi permusuhan. Ini terjadi apabila teguran dibuat dengan memalukan pihak satu lagi dan apatah lagi dibuat di khayalak umum.

Disebabkan budaya buruk ini tercetus satu lagi budaya iaitu SABOTAJ.

(to be continued)

No comments: