Wednesday, December 31, 2008

Once Upon A Time

Disebalik longgokan barang-barang lama, ketemu gambar-gambar percutian bersama keluarga kira-kira 20 tahun dahulu. Nostagia lama mengukir senyuman... mengimbas kembali kenangan-kenangan pahit.

" I hate traveling... " keluhanku setiap kali mabuk udara.

"The bread is so ... hard as stone" setiap kali makan roti biawak( gelaran saya berikan akan sejenis roti di arab, yang biasanya kita di sini panggil roti kebab). Ia agak keras dan dimakan bersama ayam bakar, yang mana saya rasa sepatutnya dicicah bersama sup.

"Panasnya!!!" sewaktu mengembara di padang pasir.

"Sejuknya !!!!" keluhanku pula ketika musim sejuk.














Hanya setelah semua itu berlalu, baru saya mengerti betapa berharga pengalaman itu...it could be bitter but by the end,it is the taste of life.

Monday, December 29, 2008

Apabila Diri Terasa Kerdil




" Anta bersama Unit Amal jaga pintu depan, jangan bagi mana-mana kenderaan masuk!" kata Ketua Unit Amal yang bertugas malam tadi di ceramah Mansuhkan Akta ISA.

Entah macam mana, ketika mengawal lalu lintas, muncul sekelompok manusia membawa banner mansuhkan.....IBAB. Saya sendiri tidak sempat baca apa yang yang diingin disuarakan mereka. Kami tersempit di antara dua kelompok... FRU dan puak-puak IBAB, yang mana masing-masing bersenjata.

Bagaikan pelanduk diantara gajah-gajah, kami menyelit mengelakkan diri tercabar daripada propogasi pihak-pihak yang inginkan pergaduhan.

Saya menarik seorang sahabat Unit Amal kepada benteng rusuhan FRU,

" Kami nak masuk ke dalam.." saya memohon kebenaran dengan seorang pegawai polis yang melihat logo PAS di vest, lalu menganguk membuka laluan.

Di sebalik FRUs, Unit Amal telah membentuk benteng barisan sebagai tindakan berjaga-jaga jika FRU rebah diserbu.

Sejam kemudian, kelompok-kelompok IBAB beredar setelah ketua mereka menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan negeri.

Alhamdulillah, tiada perkara buruk yang berlaku. Ceramah pakatan rakyat berjalan dengan selamat.



p/s Sempat bergambar ketika kelompok IBAB mula sampai...

Friday, December 19, 2008

Far East - Kembali



Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Tuesday, December 16, 2008

Aku Sudah Jatuh Cinta?

Apakah benar pintu hatiku tersentuh?
Sebaik melihatnya, ku berdebar-debar, darahku bergelora...
Adakah mungkin...she is the one?

Tatkala dia muncul segala-gala berubah. Hidupku seakan bersemangat untuk mendapatnya dirinya.

Namanya sering menjadi tajuk perbualan seakan-akan dijodohkan denganku.

Apakah dia akan disemadikan bersama namaku sebagai pemiliknya?









p/s Dont tell my beloved girlfriend...DY.

hAppY bIRthDay To Myself....



Saya berdoa semoga Allah SWT memanjang umur bonda, menambah rahmat dan berkat ke atas dirinya, mengampun dosa-dosanya serta membebas diri dari seksa kubur dan meletak dirinya dalam golongan penghuni syurga... Amin.

Monday, December 1, 2008

Bunga Kebahagiaan



"Kita ni kalu keluar mesti selalu dengan lelaki." keluh seorang sahabatku sambil menjeling ke arah couple yang sedang bergurau-senda.

Tambahnya lagi," Makan chop n stick dengan lelaki, shopping di Alamanda dengan lelaki, jogging di tasik pun dengan lelaki."

Saya tersenyum," Well... kita pilih jalan hidup begitu...NOT TO COUPLE!"

"Ia menjelaskan status frienster kita, single and desperate ...." kami gelak terbahak-bahak.

"Syeikh, anta try baca buku, ia bagus untuk persediaan sebelum perkahwinan," sambil menghulurkan buku "Bunga Kebahagian" karangan Tuan Guru Dato Nik Aziz & Hasmariza.



p/s Dari Iman Ghazali, "Alangkah baiknya kamu mencari sebab untuk berkahwin, menjaga adab-adab perkahwinan dan jelas dengan tujuan perkahwinan."

Aku Dalam Trauma


Antara pengalamanku yang tidak dapat dilupai dan kini masih menjadi TRAUMA!!!

Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan menghantar dokumen ke Telekom.

Hujan lebat sehingga mengganggu pandangan depan dan tiba-tiba.... dummmm!!! Terlanggar sebuah iswara merah.

Dengan susah payah saya cuba ketepi disebabkan trafik yang sesak... bertambah teruk tiada emergency lane dan terpaksa berhenti di exit lane.

Saya cuba keluar tetapi pintu sebelah pemandu tidak dapat dibuka, tersempit rupanya...saya semakin cuak!

Sebaik sahaja keluar dari pintu kiri kasut bootku tenggelam dalam limpahan air hujan dari lebuhraya.

Pemandu iswara adalah seorang wanita cina yang tidak fasih berbahasa Melayu. Dengan hanya memberi business kad dan berjanji untuk mengganti rugi, wanita itu meninggalkan
saya terkandas di federal highway.

Keretaku tidak dapat bergerak kerana skirting kemek rapat di tayar.



Kesusahan disusuli dengan kemudahan, alhamdulillah, panggilan kepada bos membuahkan hasil, satu skuad "Wonder Pets" (begitulah mereka menggelarkan diri mereka...datang sambil menyanyi lagu temanya) menyelamatkan saya dan disusuli sebuah kereta tunda.

Akhir cerita Mustangku ditunda ke bengkel manakala saya dihantar kembali ke kediamanku di Vista Komawel.

Alangkah baiknya kereta saya seperti ni..




p/s I sound silly when write in Malay.