Thursday, January 22, 2009

Berikut adalah sedikit perkongsian dari MIG, nakib kami:

Amalan-amalan Cintakan Allah

1. Sentiasa bertaubat
2. Sentiasa ingatkan mati
3. Sentiasa ingatkan azab Allah
4. Sentiasa bersyurkur atas nikmat
5. Sentiasa berzikir
6. Banyakan berdoa kepada Allah

Perancangan Akan Wawasan Hidup pula merangkumi:
1. Pembangunan hidup
2. Pembangunan keluarga
3. Kesihatan
4. Kerjaya
5. Sosial dan masyarakatan
6. Agama

Jika ada peluang, kita akan huraikan dengan lebih lanjut.

Tuesday, January 6, 2009

Friday, January 2, 2009

Kenali Palestin

Sejarah Palestin menyingkap sejarah Islam sejak dari Rasul yang pertama lagi, ADAM AS, hinggalah Rasul yang terakhir, Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para Rasul yang diutuskan dengan ajaran Islam (Laa ilaaha illallah) dan tidaklah wajar untuknya diperintah oleh sesiapa melainkan mereka yang menegakkan Islam dengan melaksanakan perundangan dan perlembagaannya.
Masjidil-Aqsa adalah masjid yang kedua ditegakkan di muka bumi 40 tahun selepas tertegaknya Masjidil-Haram.

Ia adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul AS dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim AS, Lut AS, Daud AS, Sulaiman AS, Musa As dan Isa AS. Biarpun Daud AS dan Sulaiman AS telah berjaya menegakkan kerajaan Islam di Palestin berasaskan perundangan yang ditetapkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan-Nya yang lurus itu, melanggar segala hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT lantas mereka telah dihukum oleh Allah SWT dengan pelbagai hukuman termasuklah dinyahkan dari bumi suci itu.

Baitul-Maqdis adalah tempat Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW.

Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam pada zaman pemerintahan Umar ibn al-Khattab, Khalifah kedua umat Islam. Palestin lantas dijadikan sebahagian dari Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam. Perundangan yang baru ini diterima baik dan disokongi oleh bukan sahaja umat Islam, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Palestin. Sebelum kemenangan Islam, mereka berada di bawah pemerintahan kuku besi kerajaan Byzantine. Kerajaan Kristian Byzantine juga menindas penduduk orang-orang Kristian di situ kerana mereka berlainan aliran. Kerajaan Islam bagaimanapun, menjanjikan keadilan kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan aliran kefahaman.


1099 Masihi. Palestin ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan dijajah selama hampir satu abad. Ketika penjajahan tersebut, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan yang dahsyat dikenakan ke atas umat Islam, pendudk Yahudi dan penduduk Kristian asal di situ. Satu-satunya perundangan yang dilaksanakan di bumi suci lagi dimuliakan oleh Allah SWT itu hanyalah kekerasan dan penindasan.

1187 Masihi. Palestin dibebaskan oleh umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan perundangan Islam sekali lagi dilaksanakan di bumi Palestin.

1916. Bangsa Arab yang berpemikiran Barat mengumumkan pemberontakan terhadap Khalifah Islam Uthmaniyyah atas hasutan British yang menjanjikan mereka negara-negara 'Arab' bagi menggantikan Negara 'Islam'.

1917. Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour yang mengumumkan bahawa Palestin adalah tanahair bangsa Yahudi. Pada ketika itu, jumlah penduduk Yahudi hanyalah kira-kira 6% daripada keseluruhan penduduk Palestin dan merea memiliki hanya kira-kira 2.5% dari keseluruhan tanah Palestin.

1918. Kerajaan British dan sekutu-sekutu mereka dari kalangan nasionalis Arab menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. British membahagikan Empayar Islam Uthmaniyyah dan menduduki Palestin. British kemudiannya terus memulakan kempen membawa masuk bangsa Yahudi dari Eropah ke Palestin.

1948. Bangsa Yahudi mahukan penubuhan sebuah negara untuk mereka di bumi Palestin dan menamakannya Israel. Beratus ribu umat Islam Palestin dihalau keluar dari Palestin dengan tekanan ketenteraan kumpulan-kumpulan pengganas Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot yang dibiayai dan diberi kelengkapan senjata oleh tentera British.

1967. Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria serta menduduki lebih banyak kawasan di Palestin termasuklah, buat kali pertamanya, Masjidil-Aqsa. Semenjak hari tersebut, Masjidil-Aqsa telah cuba dihancurkan oleh mereka dengan cubaan meroboh dan membakarnya. Malah beberapa cubaan untuk meruntuhkannya menerusi terowong-terowong bawah tanah juga telah dilaksanakan. Bangsa Yahudi tahu bahawa Masjidil-Aqsa adalah lambang keislaman bumi Palestin dan mereka mahu menghilangkan segala kesan tamadun Islam dari Palestin.


December 1987. Umat Islam Palestin memulakan kebangkitan (Intifada) di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menentang penjajahan Yahudi yang berterusan itu. Intifada terus hidup dan bertambah kuat. Walaupun menghadapi ribuan kematian (Shuhada', Insha-Allah) dan kecederaan, umat Islam Palestin tetap cekal memperjuangkan hak dan maruah mereka.


APAKAH KONFLIK YANG SEBENAR
Apabila direnungi akan keistimewaan dan kepentingan Palestin pada kacamata Islam dan peranan yang telah dimainkannya sepanjang sejarah Islam, konflik ini sebenarnya adalah konflik ketamadunan yang berlangsung di antara dua pihak; di satu pihak, Tamadun Islam dengan perundangan Rabbaninya dan tanggungjawab membentuk sistem kemasyarakatan yang penuh dengan keadilan dan kebebasan di muka bumi ini sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT; dan di satu pihak lagi, Tamadun Barat dengan budaya materialisme, pendewaan keturunan dan negara, malah juga penafian akan kebesaran Allah SWT.

Kewujudan sebuah 'Negara Yahudi' di tengah-tengah dunia Islam dan penaklukan Masjidil-Aqsa adalah simbolik kelemahan Ummah Islam dan juga sikap orang-orang Islam yang menyimpang dari landasan Islam sambil mendabik dada dengan ideologi-ideologi asing lagi syirik yang ditanamkan oleh musuh-musuh Islam. Masjidil-Aqsa, Baitul-Maqdis dan bumi Palestin yang suci ini bukannya kepunyaan orang-orang Palestin atau Arab sahaja tetapi adalah hak setiap orang Islam. Hanya apabila umat Islam kembali kepada Islam dan melihat konflik ini dalam ertikatanya yang sebenar, bumi bertuah ini akan kembali dibebaskan sepertimana yang telah dilakukan pada kurun yang ke-12 oleh Salahuddin Al-Ayubi. Walaupun beliau bukan seorang Arab, akan tetapi beliau faham akan tanggungjawabnya dalam menangani persengketaan ketamadunan di antara Islam dan Barat, di antara Iman dan Kufur.

(Dipetik dari http://www.geocities.com/PicketFence/3131/kenalpal.htm)

Titisan Berdarah Rakyat Palestin




Dalam Seni Peperangan Szu Tzu antara element terpenting dalam memenangi suatu peperangan ialah mampu bertempur dan bertahan pada suatu jangka masa yang lama.

Bagi rakyat Palestin mereka telah lama dizalimi Israel tetapi sehingga hari ini mereka masih berjuang... enam dekad atau enam puluh tahun bukan waktu yang singkat.

Hanya Hamas terus mengangkat senjata mempertahankan setiap nyawa di Palestin. Kesungguhan mereka dilabel sebagai penganas oleh media-media yang ditajai Yahudi.

Membaca buku Dari "Beirut Ke Jurusalem" karangan Dr Ang Swee Chai dapat memberi gambaran sebenar bagaimana keadaan rakyat Palestin. Walaupun buku ini ditulis pengalamannya 20 tahun dahulu, tetapi kekejaman zionis masih tidak berubah.
Terlalu ramai yang mati mangsa kerakusan Israel yang tidak dapat dikawal walaupun oleh United Nation.

Dr Ang Swee Chai adalah doktor yang menyertai sukarelawan Red Cross di Lubnan dan Palestin. Beliau adalah antara individu yang memainkan peranan yang bukan sahaja membantu memberi rakyat Palestin dari sudut perubatan tetapi juga mendedahkan kejahatan Israel bagi mendapat pembelaan masyarakat dunia terhadap Palestin....

Apakah masyarakat dunia tidak mengerti bahawa gencatan senjata hanya memberi peluang kepada Israel reloading peluru-peluru canggih dari Amerika, manakala rakyat Palestin terpaksa bergilir menggunakan tubuh badan sebagai smart bom dan seterusnya meletupkan diri di pos-pos tentera Israel.

Persoalanya sampai bila Palestin terpaksa menderita?

Alangkah baiknya jika ada Khalifah yang membela nasib muslimin, menggerakan tentera-tentera Islam yang suatu ketika dahulu pernah mengerunkan orang-orang kafir.



Pergantungan kepada kuasa-kuasa barat bagi keamanan dunia adalah mitos. Apatah lagi idea mengimbangi kuasa-kuasa itu dengan Rusia mahupun China. Ini disebabkan sikap orang kafir yang tidak redha terhadap umat Islam selagi kita tidak tunduk kepadanya.

Seterusnya kita akan diperlaku sesuka hati, bagaikan boneka yang dikawal tuannya.

Jika kita perhatikan, zaman ini terbangkitnya jemaah-jemaah Islam di seluruh dunia, yang menggunakan demokrasi sebagai medium untuk mengembalikan daulah islamiah.

Dimanakah peranan kita? Sekadar berdemostrasi membantah kekejaman Israel. Walhal apa yang mereka perlukan pembelaan di negara mereka bukannya di hadapan kedutaan Amerika, Israel ataupun kedutaan Palestin.

Apa yang Hamas perlukan ialah bantuan dari sudut ketenteraan.... mereka sudah lama bertahan, peluru dan roket mereka sudah kehabisan.

Hanya senjata sahaja dapat menyekat pembunuhan oleh Israel. Ia adalah satu-satu bahasa yang difahami oleh mereka.

Dimanakah tentera Islam mahupun khalifahnya? Tolonglah kembalikan sistem khalifah ini dengan menyokongnya melalui jemaah-jemah Islam.

Thursday, January 1, 2009

Muhammad al-Fatih



Manakala mengenai Muhammad al-Fatih yang membuka dan membebaskan kota Istanbul, dalam bahasa Turki, Muhammad sering disebut dengan Fatih Sultan Mehmet. Beliau lahir pada 30 Mac 1432 dan wafat pada 3 Mei 1481.

Merujuk segi kesolehannya, Muhammad al-Fatih disebutkan tidak pernah meninggalkan tahajud dan solat rawatib sejak baligh hingga waktu wafatnya. Pendekatannya kepada Allah SWT diajarkan kepada tenteranya. Sehinggakan tenteranya tidak pernah meninggalkan solat fardu dan solat tahajud sejak baligh. Itulah barangkali kunci utama kejayaannya dan tenteranya dalam menaklukkan kota Istanbul sebagaimana dalam hadis di atas.

Prestasinya menakluki kota Istanbul, beliau kemudian mendapat gelaran 'Al-Fatih' yang bererti penakluk atau pembebasan. Barangkali juga jolokan gelaran itu diberikan kepadanya kerana para pelaku sejarah sebelumnya tidak pernah berhasil menakluk Istanbul walaupun ada hadis mengenai hal itu.

Manakala orang Barat menyebutnya The Conqueror (penakluk). Ada implikasinya bila menyebut penakluk, bahawa beliau seolah-olah pemimpin yang ganas dan kejam. Pada hal gelaran yang sebenarnya dalam bahasa Arab adalah 'Al-Fatih'.

Di samping itu, beliau merupakan seorang yang sangat pakar dalam peperangan dan pandai berkuda. Ada yang mengatakan bahawa sebahagian hidupnya dihabiskan di atas kudanya.

Lebih menarik, meskipun beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur pemerintahan, namun kerana kepakarannya dalam ilmu strategi perang, hampir seluruh perjalanan jihadnya adalah di bawah pimpinannya. Bahkan beliau tetap berangkat berjihad walaupun sedang menderita penyakit.

Beliau juga ahli di bidang pentadbiran negara, baik secara fizikal atau birokrasi dan hukum. Kehebatan beliau dalam mentadbir negaranya menjadi negara yang sangat maju diakui oleh banyak ilmuan dunia. Bahkan secara serius beliau banyak melakukan pembaikan dalam hal perekonomian, pendidikan dan lain-lain.

Dari segi kepimpinan, Istanbul dalam waktu singkat sudah menjadi pusat pemerintahan yang sangat indah dan maju serta kota ekonomi yang berjaya.

Beliau juga pakar dalam bidang sains dan matematik serta menguasai enam bahasa sejak berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat namun cukup bertawaduk dan merendahkan dirinya.

Maka tidaklah hairanlah tenteranya paling rajin bersolat fardu dan sunat.

Setelah menakluk kota Konstantinopel, namanya diubah kepada Islambul yang bererti Kota Islam, Kemudian nama itu telah diganti oleh Mustafa Kemal Ataturk menjadi Istanbul.

Sejak itu ibu kota khalifah Bani Usmaniyah beralih ke kota Istanbul dan menjadi pusat peradaban Islam dunia selama beberapa abad kemudian. Kerana kota itu dibangun dengan segala bentuk dan seni keindahannya, percampuran antara seni Eropah Timur dan Arab jelas ketara.

Gereja-gereja dan tempat ibadat bukan Muslim dibiarkan berdiri dan tidak diganggu. Sementara khalifah membangun gedung-gedung yang indah dan cantik yang dapat disaksikan hingga kini.

Kejayaannya itu menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepemimpinannya serta taktik strategi peperangan yang dikatakan mendahului zamannya.

Sebagai memperingati jasa Muhammad al-Fatih, Masjid al-Fatih telah dibangunkan di sebelah makamnya di Istanbul.

(Dipetik dari Utusan dalam artikel: Istanbul Kota Yang Dijanji Dalam Hadis)