Friday, September 18, 2009

Why Did You Kill Zaid?



Try check out this video clip.

Not Afraid To Stand Alone



Di barat muslim dipandang serong, tetapi mereka tetap mempertahankan pilihan mereka iaitu untuk mengamalkan ajaran Islam.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada muslim-muslimat yang tertindas ini dan moga mereka dipermudahkan dengan setiap ujian.

Monday, September 14, 2009

Keluhan Ayah dan Ibu



p/s Semoga Allah merahmati dan memberkati kedua-dua ibu bapa kita.

Friday, September 11, 2009

Antara Dugaan Dan Di Luar Dugaan

Semalam saya sempat menghadiri jamuan berbuka puasa di sebuah restoran Arab di ampang. Jamuan tersebut dirancang dan dihadiri oleh trainers TM yang baru.

Restoran tersebut sebenarnya adalah sebuah rumah banglo yang telah diubah-suai menjadi sebuah restoran.

Bayarannya adalah RM40 per pax. Jadi adalah rugi jika anda tidak menjamu selera anda sepuas-puasnya. Namun demikian perut orang Melayu sudah terbiasa dengan makanan Melayu. Mungkin disebabkan itu, saya hanya mengambil makanan "just taste" masakan dan selera orang Arab.

However the tea n tea tarik was marvelous!!!

Setelah, solat maghrib di surau yang disediakan restoran tersebut, kami bergerak ke kereta. Saya pula hanya menumpang salah seorang pelajar pratikal yang menyertai jamuan tersebut.

Sebaik sahaja sampai di kereta, sesuatu di luar dugaan berlaku. Kereta pelajar tersebut dipecahkan. Beg salah seorang trainer dicuri dan didalam mengandungi kunci kereta, buku cek dan dokumen asal peribadi.

Itulah akibat parking di tempat sunyi. Di sekeliling kami terdapat beberapa kereta mewah tetapi tidak pula pecah tingkap mereka.

Antara sebab utama kereta kami menjadi sasaran adalah disebakan beg trainer tersebut ditinggalkan di atas site belakang dan menarik perhatian pencuri tersebut.

Ini adalah suatu pengajaran buat kita semua. Sentiasa ambil berat perkara sebegini dan jangan pandang rendah terutama hidup di KL, dimana orang sanggup buat ape sahaja demi mendapatkan wang.

Tragedi ini berakhir dengan membuat laporan polis, dengan andaian tidak perlu disiasat kerana jenayah sebegini sukar diselesaikan. Laporan tersebut hanya rujukan untuk bank dan membuat dokumen asal yang baru.

p/s Semoga Allah mengampun dosa-dosa kita semua dengan dugaan yang ditimpa ke atas kita.

Thursday, September 3, 2009

Just Do It

Alhamdulillah, semua persediaan hampir siap, just a few things need to be done. Namun masih ada beberapa cabaran yang perlu diselesaikan sebagai contoh tempat tinggal baru. Whatever it is just do it, tempuhi je dan insya Allah Dia akan permudahkannya.

Panggilan demi panggilan diterima diiringi dengan ucapan taniah dan berkongsi gembira. Ada juga yang menawarkan bantuan nasihat. Begitulah peranan sahabat, menyokong dan mengambil berat antara satu sama lain. Di sebaliknya, saya dapat merasakan kemanisan ukhuwah hasil tarbiyyah melalui usrah=).

p/s Whatever u need to do, just do it! Then pray to Allah SWT that the outcome will the best for u. Janji dah usaha=)