Saturday, August 29, 2009

Zaman Kegelapan Islam & Ketibaan Era Kebangkitan Islam

Saya pertama kali menyertai usrah ketika di utara, ketika itu di saat awal memasuki sebuah IPT disana.

Antara asas penarikan yang dibuat oleh nakib kami ketika itu dengan memberi kesedaran bagaimana keadaan Islam pada waktu itu yang diancam oleh berbagai-bagai anasir jahat. Sebagai contoh Kristanasi orang-orang Islam, ancaman pemujaan setan dan sebagainya.

Kesannya, diri saya terpanggil untuk bersama-sama jemaah dan melindungi agama yang suci ini. Namun cabaran asas yang saya perlu tangani adalah mencari asas bagaimana hendak berbuat demikian. Iaitu menjalani tarbiyyah, tetapi dibawah jemaah mana?

Pada waktu itu, saya mengenali dua jemaah di kampus yang sentiasa kehausan sumber ahli, iaitu persatuan mahasiswa Islam dan tabligh.

Perebutan tersebut diikuti dengan pertelingkahan akan jemaah yang lebih baik dari sudut asas Islam dan ibadat.

Bosan dengan berbagai-bagai isu remeh saya memilih untuk berada di tengah-tengah yang memerhati tingkah laku mereka yang bersifat akan kebudak-budakan- tidak matang.

Sewaktu perkongsian dari rakan tabligh selepas solat asar berjemaah, ahli-ahli persatuan mahasiswa Islam ini akan membaca mathurat dengan sekuat-kuat seakan ingin bersaing dan mengganggu majlis sahabat dari tabilgh tadi.

Saya memberitahu seorang rakan tabligh, saya join takzirahnya kemudian akan menyambung membaca mathurat bersama rakan-rakan PMI.

Tingkah-laku neutral itu membuatkan saya mempunyai hubungan persahabatan dari kedua-dua jemaah sehingga hari ini.

Saya juga memerhati ketinggian ilmu seseorang membuatnya memandang rendah sahabat lain terutama dari jemaah lain. Ia tidak berhenti begitu sahaja, pertelingkahan itu dimarakan dengan memperlekehkan antara satu sama lain. Muzakarah dibuat dengan cara yang menyakitkan hati dimana pada bahagian akhir, rumusan akan dibuat bahawa jemaah saingan hanya mengambil sebahagian sahaja dari Islam bukan sepenuhnya( saya merujuk kepada rumusan kedua-dua jemaah terhadap satu sama lain).

Ia mengambil saya dua tahun untuk membuat keputusan jemaah mana saya akan sertai. Itupun selepas banyak membuat rujukan dan permerhatian terhadap jemaah-jemaah ini.

Sebenarnya pertelingkahan tersebut banyak membawa keburukan kepada Islam. Kita harus sedar, sebagai dae kita ingin berdakwah kepada masyarakat yang kini semakin hanyut dalam kederasan duniawi dan mengembalikan mereka ke jalan diredhai Allah SWT.

Alangkah ruginya pertelingkahan kita dan bertapa baiknya usaha dibuat bersama tetapi berbeza pendekatan disebabkan kemampuan yang berbeza.... to be continue

Saya juga ingin berkongsi e book penulisan Harun Yahya "Kegelapan Islam & Ketibaan Era Kebangkitan Islam". Semoga anda kesedaran dari penulisan beliau akan membangkit iltizam anda untuk bersama-sama jemaah.


http://www.scribd.com/doc/12309541/Harun-Yahya-Zaman-Kegelapan-Islam

p/s check others books and it's free=)

Sunday, August 16, 2009

The Taste Of Life

Bilakah Akhirat?

2012.. Betulkah? Tahun dimana astroid bertembung dengan bumi. Kesannya berlaku tsunami, gempa bumi dan kebakaran hutan sehingga menyebabkan berjuta-juta manusia mati.

Kiamat sungguh hampir dengan kita. Sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW, ia umpama dua batang jari- sungguh dekat.

Saya masih mencari huraian sains perlanggaran astroid dengan bumi. Diharapkan terdapat perjelasan lebih baik berbanding email kiamat yang disebarkan secara rangkaian itu.

p/s Which one is better? To die on the dooms day or when the time has come when we have to die....

Back In Hometown

Alhamdulillah akhirnya dapat pulang ke kampung halaman.

Cuaca di sini agak panas dan kepalaku mula berdenyut-denyut. Dengan musim sebegini, ramai jatuh sakit seperti batuk sehingga deman.

Ada yang mengambil mudah sakit mereka sehinggakan 3 orang rakyat Malaysia mati hanya disebabkan lambat menerima rawatan H1N1. Barangkali mereka telah menyatakan sakit mereka kepada hospital tetapi terdapat pihak-pihak memandang ringan akan penyakit itu dan akibatnya sudah terlambat untuk menyesal.

Namun ia tidak menghalang perhimpunan kemasyarakatan seperti majlis akikah yang sempat saya hadiri.

Ia berlangsung dengan meriah di sebuah kampung perdalaman di Beta Hulu.

Yang menarik terdapat persembahan silat dan tomoi oleh remaja kampung itu. Adat yang tidak pernah saya lihat dimana-mana majlis akikah. Persembahan tersebut diiringi oleh muzik tradisional yang dimainkan oleh orang-orang lama.

Majlis tersebut tidak berhenti dikunjungi oleh orang kampung sehinggakan lauk-pauk ada yang habis.

Berada dalam komuniti sedemikian, saya mendapati unsur-unsur perpaduan dan keeratan masih kekal di kawasan pendalaman. Berbeda kita di bandar, keluar pagi balik malam sehinggakan tidak mengenali jiran disebelah walaupun sudah 3 tahun berjiran.

Alangkah baiknya jika seruan One Malaysia benar- benar menggalakan perpaduan antara rakyat dan bukan semata-mata gimik politik. Apakah ia akan hanyut seperti Islam Hadhari yang terus mendiam diri tergenggalam bersama boneka bodekan orang bawahan....

Mari kita sama-sama menilaikan One Malaysia dengan realiti masyarakat kita pada hari ini.

p/s Esok outstation di Marang... jalan-jalan makang kepok lekorr =)

Tuesday, August 4, 2009

Trapped in Rusila With.... H1N1 (pArt 2)



Kami mengingkari arahan kuarantin dengan kami pergi menjamu selera petang dengan menjamah kerepok lekor dan satay.

Angin sepoi-sepoi pantai serba-sedikit mengendurkan kepuasan dan tekanan pembelajaran sepanjang minggu.



Jika diumpamakan hidup ini sebagai pelayaran, maka destinasinya masih kabur dan jauh lagi. Mungkin beberapa bulan lagi baru sampai destinasi, sementara itu jom kita belayar mengharungi lautan yang bergelora ini.

p/s Sudah tidak sabar untuk bekerja dan claim elaun-elaun harian =)

Monday, August 3, 2009

Trapped in Rusila With....... H1N1



"Kampus dikuarantin, semua pelajar dibenarkan balik selama seminggu." kata wakil kampus.

Kami semua gembira mendengar pemgumuman tersebut dan menjangka dapat pulang ke KL sebaik sahaja ada bas TM tiba.

Pada hari seterusnya pusat latihan timur kosong dan hanya tinggal kami sahaja. Namun demikian kelas-kelas hands on pemasangan kabel koper diteruskan. Takpa, mungkin esok bas tiba kata salah seorang daripada peserta kursus.

7 hari kemudian.... kami masih di kampus timur.

" Rasanya mereka lupa tentang kita kot." kata ketua peserta.

"So apa kita nak buat?... Kita je kat sini?"

"Hmmm... memandangkan kita exec dan paling tinggi kat sini, kita buat sesuka hati..."

"Sebenarnya kita je kat sini, dah takde orang lain pun..."

" Ohhh... ok."

"So?"

" So kita sambung.. next kelas configuration IP...jom."

p/s H1N1 merebak sehinggakan semua penduduk Malaysia menjadi zombi dan tinggal kami sahaja selamat n the only survival.