Sunday, August 16, 2009

Back In Hometown

Alhamdulillah akhirnya dapat pulang ke kampung halaman.

Cuaca di sini agak panas dan kepalaku mula berdenyut-denyut. Dengan musim sebegini, ramai jatuh sakit seperti batuk sehingga deman.

Ada yang mengambil mudah sakit mereka sehinggakan 3 orang rakyat Malaysia mati hanya disebabkan lambat menerima rawatan H1N1. Barangkali mereka telah menyatakan sakit mereka kepada hospital tetapi terdapat pihak-pihak memandang ringan akan penyakit itu dan akibatnya sudah terlambat untuk menyesal.

Namun ia tidak menghalang perhimpunan kemasyarakatan seperti majlis akikah yang sempat saya hadiri.

Ia berlangsung dengan meriah di sebuah kampung perdalaman di Beta Hulu.

Yang menarik terdapat persembahan silat dan tomoi oleh remaja kampung itu. Adat yang tidak pernah saya lihat dimana-mana majlis akikah. Persembahan tersebut diiringi oleh muzik tradisional yang dimainkan oleh orang-orang lama.

Majlis tersebut tidak berhenti dikunjungi oleh orang kampung sehinggakan lauk-pauk ada yang habis.

Berada dalam komuniti sedemikian, saya mendapati unsur-unsur perpaduan dan keeratan masih kekal di kawasan pendalaman. Berbeda kita di bandar, keluar pagi balik malam sehinggakan tidak mengenali jiran disebelah walaupun sudah 3 tahun berjiran.

Alangkah baiknya jika seruan One Malaysia benar- benar menggalakan perpaduan antara rakyat dan bukan semata-mata gimik politik. Apakah ia akan hanyut seperti Islam Hadhari yang terus mendiam diri tergenggalam bersama boneka bodekan orang bawahan....

Mari kita sama-sama menilaikan One Malaysia dengan realiti masyarakat kita pada hari ini.

p/s Esok outstation di Marang... jalan-jalan makang kepok lekorr =)

1 comment:

Darren Demers said...

Cuaca di sini agak panas dan kepalaku mula berdenyut-denyut. Dengan musim sebegini, ramai jatuh sakit seperti batuk sehingga deman. wholesale salwar kameez dealers , cotton salwar suits wholesale ,