Friday, December 2, 2011

Masa Adalah Emas

Geramnya jam G-Shock hilang. It was a good watch. Tahan lasak. Mine was G9000MS-1. Tertinggal di dalam toilet....jawabnya bye bye.
Saya suka jam camni since most of my work are technical. Kalau jam biasa jawabnya tak tahan la. Mana taknya, panjat tiang, masuk lurang ... maklumlah I'm an ODN engineer. So survey through net apa yang sesuai jadi replacement. Terjumpa jam ni G9300 GB. Canggih sesuai untuk aktiviti lasak. Dual sensor, thermometer n compass. Plus ada Moon data, boleh tahu bulan penuh or crisent.... basically sesuai untuk aktiviti malam... tapi tak boleh check bila datang bulan huhhuhuhu.
Bought it through online, mahal sikit since limited stock. But outcome very sastified. Siap test mandi dalam swimming pool lagi. Ok la, alhamdullilah memang lasak. Kalau tuan-tuan nak survey boleh check through FB, just search Gshock.

Wednesday, November 9, 2011

Kasturi Idaman

Alhamdulillah, rezeki Allah SWT, saya dapat memiliki sebuah apartment di Kota Damansara.
Walaupun hanya rumah PKNS, namum ok la buat rumah pertama. Ia adalah pelaburan yang baik untuk jangka masa yang panjang di sebabkan berada di tempat strategik seperti berhampiran pusat seksyen 8 dan sebuah stesen MRT akan dibina berhampiran. Cumanya banyak kelemahan apartmen PKNS, design yang lemah, maintenance yang teruk dan semua ini adalah pengalaman yang baik untuk rumah yang pertama. Lagipun rumah PKNS hanya boleh dibeli sekali.... so second house kena cari developer lain. And of course lepas ini nak beli rumah atas tanah ( ade ke rumah atas langit? ). Sekurang-kurang boleh Amjad main-main kat depan rumah dengan adiknya. =)

Wednesday, August 24, 2011

Shenzen Part II


Shenzen asalnya adalah perkampungan nelayan. Namun ia dibangunkan menjadi sebuah bandar pelabuhan. Uniknya, bandarnya adalah sepanjang persisiran pantai.


Dengan popolasi 20 juta, ia hampir menyamai Malaysia.

Menariknya, tiada motorsikal di sini kecuali polis sahaja. Orang kebiasaan pula hanya menunggang basikal elektrik.




Saya sempat merasa mee yg dicampur dengan minyak sayuran dan rasanya seakan-akan mee segera. Unik tapi terlalu berminyak. Makan pula dengan chop stik, kadang-kala dapat mee kadang dapat chop stik je dalam mulut.


(to be continued)

Thursday, August 11, 2011

Jalan-jalan Cari Ilmu Di Shenzen


FTTC atau Fiber To The Curb, adalah network access yang memaksimakan panjang fiber hingga satu node dan disambung dengan copper. Berbeza dengan FTTH atau Fiber To The Home, fiber mendominasi keseluruhan network sehingga ke dalam rumah.

Equipment yang menggunakan FTTC untuk UNIFI dikenali sebagai MSAN. Lebih khusus sebenarnya MSAG@ Multiple Service Access Gateway dan teknolgi yang digunakan adalah VDSL2.

Sebab utama kenapa kita masih menggunakn FTTC adalah disebabkan existing network copper yang telah wujud lama terutamanya di high raise building. Kedua kos penukaran copper kepada fiber amat tinggi dan menyusahkan di bangunan-bangunan tinggi. Namun demikian pada masa hadapan, bangunan yang baru akan disertakan dengan network fiber.

Kembali kepada MSAG,saya antara terpilih untuk pergi training MSAN/MSAG di Shenzen,China selama dua minggu.


(to be continued)

Saturday, June 25, 2011

OVT @oversea training

sekarang berada di LCCT. Jam sekarang 5am. Kepala berdenyut denyut kerana tidak tidur dari semalam.
Maaflah jika tulisan tidak menentu. Updating pula menggunakan ipad yang ntah apa apa ini.
Last depature adalah pukul 5.55am.Kini semua menikmati selera Malaysia buat kali terakhir.
Selepas ini kambing akan menjadi makanan rutin kami.
Oklah had to go now.

Wednesday, May 25, 2011

Nikmatnya Kasut Mahal


Alhamdulillah, saya dapat merasa kasut Hush Puppies.

Walaupun brand anjing, tapi kasutnya tidak haram kerana diperbuat daripada polimer bukannya kulit anjing.

Harga asalnya amat mahal, tapi disebabkan jual penghabisan stok, saya mendapat 50% diskaun.

Disebabkan stok saiz saya habis, maka terpaksalah ambil kasut display. Biarlah, janji selesa, murah dan hanya dipakai dikaki.

Pertama kali saya mencuba kasut Hush Puppies ni, adalah kasut casual yang berharga RM 300++.  Memang mahal tetapi apa yang membuatkan saya berkenan disebakan keselesaannya.  Umpama setiap langkah berjalan diatas karpet. Tapaknya dapat menyerap setiap hentakan kaki membuatkan kaki tidak stress ketika berjalan. Sayangnya, kerana tidak mampu maka terpaksa dilupakan hasrat memilikinya ketika itu.

Insya Allah, jika ada rezeki, mungkin di jualan murah hujung tahun =)

Amjad Shopping Di Giant~ Mcm2 Ada

Amjad Suka Buku

Tuesday, May 17, 2011

Oh Ron 95



Akhirnya, saya kecundang apabila minyak Ron 97 naik sehingga RM 2.90.

Sebaiknya titisan minyak terakhir Ron 97, maka saya berubah ~ downgrade kepada Ron 95.

Isian RM50, meter terus melonjak ke Full. Namun side effectnya~ HP or 1000 Horse Power jatuh kepada 500 Kuasa Tenok.

Kepuasan memandu terus merudum, umpama memandu Ferrari dengan enjin Iswara kereta kebal.

Resolusinya, pada pilihan raya akan datang,  undi saya akan pergi kepada Pakatan Rakyat.... kita try tengok, bagaimana mereka handle ekonomi negara???

Wednesday, March 16, 2011

Manisnya senyuman Mu

Setiap kali bangun pagi, Amjad pun akan bangun sekali dan memberi senyumannya yang manis dengan wajahnya yang comel.  Bestnya setiap pagi camni ek =)

Thursday, February 10, 2011

Mengembalikan Khilafah Islamiah Menerusi Demokrasi

Kejatuhan sistem khalifah terakhir di Turki adalah disebabkan rampasan kuasa oleh tentera mereka sendiri yang diketuai oleh Kamal Attaturk. Maka bermulalah Islam didiskriminasikan dan sistem sekular mula mengambil alih bukan setakat sistem politiknya malah cuba mengubah amalan orang Islam seperti menutup aurat, azan dan banyak lagi.

Kini banyak telah berubah, pemerintahan Turki mula membuka ruang-ruang untuk Islam berkembang. Ini semenjak kerajaan politik sekular digantikan dengan parti politik ala pro Islam, bertopengkan parti yang mementingkan kebajikan rakyat dan mengembalikan kegemilangan era  keagungan empayar khilafah Islam.
Bersenjatakan demokrasi atau kuasa rakyat, parti AKP masih lagi menerajui pemerintahan Turki sehingga hari ini.

Namun cabaran paling terbesar parti Islam Turki adalah ancaman tentera yang medokong fahaman sekular. Beberapa cubaan rampasan tentera telah dihalang dengan mengadakan semula piliharaya Presiden dan parti yang memerintah menang. Di saat itulah pihak tentera sekular mula akur dengan kehendak dan pilihan rakyat.

Mesir pula lain situasinya. Rakyat menuntut agar Presidennya Hosni Mubbarak supaya berundur dari jawatan dimana hampir mencecah 30 tahun pemerintahannya yang berkuku besi. Desakan demi desakan namun Mubbarak enggan turun, Sebaliknya, dia memerintahkan tentera supaya bertindak dan mengembalikan keadaan seperti sedia kala.

Pesoalannya, adakah tentera Mesir akan meyokong Presidenya atau suara rakyat? 

Kejatuhan parti sekular Mesir bermaksud akan kembali sebuah lagi negara Islam yang diterajui oleh Ikwan Muslimin dan sudah tentu Israel dan sekutunya akan bertambah gelisah. Seterusnya kembalinya sistem khilafah Islamiah akan semakin hampir menjadi kenyataan.

Monday, January 24, 2011

Komen Ustaz Zaharuddin Tentang FB

Dipetik dari web Ustaz Zaharuddin :::



Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-



1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.




Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.



Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.



2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.



Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.



Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semuafriend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



i- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.



ii- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.



iii- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.



KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.



Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


REF:
http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/dosa-dosa-facebook.html