Thursday, February 10, 2011

Mengembalikan Khilafah Islamiah Menerusi Demokrasi

Kejatuhan sistem khalifah terakhir di Turki adalah disebabkan rampasan kuasa oleh tentera mereka sendiri yang diketuai oleh Kamal Attaturk. Maka bermulalah Islam didiskriminasikan dan sistem sekular mula mengambil alih bukan setakat sistem politiknya malah cuba mengubah amalan orang Islam seperti menutup aurat, azan dan banyak lagi.

Kini banyak telah berubah, pemerintahan Turki mula membuka ruang-ruang untuk Islam berkembang. Ini semenjak kerajaan politik sekular digantikan dengan parti politik ala pro Islam, bertopengkan parti yang mementingkan kebajikan rakyat dan mengembalikan kegemilangan era  keagungan empayar khilafah Islam.
Bersenjatakan demokrasi atau kuasa rakyat, parti AKP masih lagi menerajui pemerintahan Turki sehingga hari ini.

Namun cabaran paling terbesar parti Islam Turki adalah ancaman tentera yang medokong fahaman sekular. Beberapa cubaan rampasan tentera telah dihalang dengan mengadakan semula piliharaya Presiden dan parti yang memerintah menang. Di saat itulah pihak tentera sekular mula akur dengan kehendak dan pilihan rakyat.

Mesir pula lain situasinya. Rakyat menuntut agar Presidennya Hosni Mubbarak supaya berundur dari jawatan dimana hampir mencecah 30 tahun pemerintahannya yang berkuku besi. Desakan demi desakan namun Mubbarak enggan turun, Sebaliknya, dia memerintahkan tentera supaya bertindak dan mengembalikan keadaan seperti sedia kala.

Pesoalannya, adakah tentera Mesir akan meyokong Presidenya atau suara rakyat? 

Kejatuhan parti sekular Mesir bermaksud akan kembali sebuah lagi negara Islam yang diterajui oleh Ikwan Muslimin dan sudah tentu Israel dan sekutunya akan bertambah gelisah. Seterusnya kembalinya sistem khilafah Islamiah akan semakin hampir menjadi kenyataan.

No comments: