Saturday, August 29, 2009

Zaman Kegelapan Islam & Ketibaan Era Kebangkitan Islam

Saya pertama kali menyertai usrah ketika di utara, ketika itu di saat awal memasuki sebuah IPT disana.

Antara asas penarikan yang dibuat oleh nakib kami ketika itu dengan memberi kesedaran bagaimana keadaan Islam pada waktu itu yang diancam oleh berbagai-bagai anasir jahat. Sebagai contoh Kristanasi orang-orang Islam, ancaman pemujaan setan dan sebagainya.

Kesannya, diri saya terpanggil untuk bersama-sama jemaah dan melindungi agama yang suci ini. Namun cabaran asas yang saya perlu tangani adalah mencari asas bagaimana hendak berbuat demikian. Iaitu menjalani tarbiyyah, tetapi dibawah jemaah mana?

Pada waktu itu, saya mengenali dua jemaah di kampus yang sentiasa kehausan sumber ahli, iaitu persatuan mahasiswa Islam dan tabligh.

Perebutan tersebut diikuti dengan pertelingkahan akan jemaah yang lebih baik dari sudut asas Islam dan ibadat.

Bosan dengan berbagai-bagai isu remeh saya memilih untuk berada di tengah-tengah yang memerhati tingkah laku mereka yang bersifat akan kebudak-budakan- tidak matang.

Sewaktu perkongsian dari rakan tabligh selepas solat asar berjemaah, ahli-ahli persatuan mahasiswa Islam ini akan membaca mathurat dengan sekuat-kuat seakan ingin bersaing dan mengganggu majlis sahabat dari tabilgh tadi.

Saya memberitahu seorang rakan tabligh, saya join takzirahnya kemudian akan menyambung membaca mathurat bersama rakan-rakan PMI.

Tingkah-laku neutral itu membuatkan saya mempunyai hubungan persahabatan dari kedua-dua jemaah sehingga hari ini.

Saya juga memerhati ketinggian ilmu seseorang membuatnya memandang rendah sahabat lain terutama dari jemaah lain. Ia tidak berhenti begitu sahaja, pertelingkahan itu dimarakan dengan memperlekehkan antara satu sama lain. Muzakarah dibuat dengan cara yang menyakitkan hati dimana pada bahagian akhir, rumusan akan dibuat bahawa jemaah saingan hanya mengambil sebahagian sahaja dari Islam bukan sepenuhnya( saya merujuk kepada rumusan kedua-dua jemaah terhadap satu sama lain).

Ia mengambil saya dua tahun untuk membuat keputusan jemaah mana saya akan sertai. Itupun selepas banyak membuat rujukan dan permerhatian terhadap jemaah-jemaah ini.

Sebenarnya pertelingkahan tersebut banyak membawa keburukan kepada Islam. Kita harus sedar, sebagai dae kita ingin berdakwah kepada masyarakat yang kini semakin hanyut dalam kederasan duniawi dan mengembalikan mereka ke jalan diredhai Allah SWT.

Alangkah ruginya pertelingkahan kita dan bertapa baiknya usaha dibuat bersama tetapi berbeza pendekatan disebabkan kemampuan yang berbeza.... to be continue

Saya juga ingin berkongsi e book penulisan Harun Yahya "Kegelapan Islam & Ketibaan Era Kebangkitan Islam". Semoga anda kesedaran dari penulisan beliau akan membangkit iltizam anda untuk bersama-sama jemaah.


http://www.scribd.com/doc/12309541/Harun-Yahya-Zaman-Kegelapan-Islam

p/s check others books and it's free=)

No comments: