Tuesday, February 9, 2010

The Biggest Loser

Saya tidak suka bermusuhan dengan orang.

Malangnya ada setengah orang yang suka membuat provokasi.

Mereka sengaja menghina kita semata-mata untuk membangkitkan kemarahan kita.

Sewaktu saya memenangi kerusi kesatuan pelajar suatu ketika dahulu, seorang pelajar sengaja menyakitkan hati saya dengan mengatakan,

" Aku tak pangkah ko!!!" dengan nada yang sinis.

Saya terfikir, apa masalah pelajar tersebut, adakah disebabkan saya disokong persatuan Islam dan dia pula dari pro sekular?

Seorang junior, pernah menjerkah saya dan menuduh saya pengotor. Bunyinya agak biadap bagi seorang junior.

Setelah seketika, barulah saya tahu bahawa dia cemburu kerana saya rapat dengan seorang sahabat perempuan yang diminatinya.

Kurang ajar adalah satu lagi perkataan bagi golongan-golongan ini.

Nabi Muhammad sendiri berhadapan dengan golongan-golongan ini. Tetapi respon baginda lebih bersopan santun dengan berbuat baik dengan orang-orang ini.

Ini disebabkan apabila Islam disampaikan dengan lemah-lembut, maka lagi mudah orang menerimanya.

Malangya, sikap ala babarian( kurang ajar ini) masih dimiliki orang-orang jemaah.

Mereka bukan sahaja biadap dengan pimpinan tetapi malah sahabat-sahabat mereka.

Golongan ini wujud, dan jika anda berjumpa dengan individu-individu seperti ini,maka jangan berkawan terlalu rapat kerana ada satu lagi istilah, "kawan makan kawan" atau pun sabotaj!!!

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut, mungkin akan mengembalikan permusuhan yang telah lama terpendam.

Apa-pun sikap kita terhadap sahabat adalah berbuat-baik antara satu sama lain.

Kelemahannya suatu ketika dahulu tidak perlu didedahkan di khalayak ramai. Cukuplah dengan kejahatannya terhadap kita. Biarlah masa berlalu membawa perasaan tidak puas hati kita. Mungkin Allah dapat membuka pintu hatinya dengan nur hidayahNya.











Hmm... by the end, these people looked silly or I just simply said their are the biggest loser of all.

No comments: