Wednesday, February 24, 2010

Pathfinder

Bagi tentera, Pathfinder adalah skuad khas bersaiz kecil yang ditugaskan untuk mencari landing zone bagi operasi besar-besaran.

Definasi pathfinder saya pula adalah halatuju bagi career saya.

Buat masa ini saya amat selesa dengan kerjaya sebagai jurutera telekomunikasi.

Walaupun di bahagian training, saya dilimpahi dengan pelbagai technical knowledge.

Cuma yang penting mencari dan berusaha menggunakan knowledge tersebut.

On job training- adalah sebahagian daripada pratikal kami dalam mendalami pengetahuan tersebut. Jadi semuanya adalah perfeksi!!!

Kepuasan seorang engineer adalah apabila kita membuat sesuatu pekerjaan dan dapat mengaitkannya dengan ilmu-ilmu kejuruteraan. Seterusnya akan menambahkan lagi kefahaman dan pengalaman kita.

Namun demikian, kepuasan dan minat tersebut terpaksa dikorbankan kerana tanggungjawab.

Salah seorang trainee saya merupakan Kapten dalam tentera darat. Beliau dikurniakan 6pingat daripada Sultan dan dengan resumenya itu, masa hadapan amat cerah bersama tentera.

Tetapi beliau terpaksa korbankan kerjayanya itu disebabkan kasih-sayang terhadap ibunya yang sedang sakit. Beliau diberi kebenaran khas oleh panglima tentera untuk menamatkan kerjaya walaupun tidak menjangkau tempoh wajib perkhidmatannya.

Bagi saya, persaraan awal adalah satu idea yang baik. Namun demikian memerlukan perancangan yang rapi, dari sudut kewangan dan aset diri sendiri.

Jadi saya menjadikan pengalaman diri sendiri sebagai uji-kaji dan saya akan kongsikan dalam entri Pathfinder seterusnya. So check it out!

No comments: