Tuesday, March 2, 2010

Just coretan

Sebenarnya idea untuk menulis tak datang lagi.

Just cannot focus.

Maybe today, I' talk about politic.

Propoganda adalah elemen yang penting dalam peperangan. Ia juga dikenali sebagai perang saraf. Sewaktu serangan Jepun ke atas British di Tanah Melayu, dua kapal perang British berjaya ditenggelamkan. Lalu Jepun menyebarkan berita itu melalui radio & berjaya melemahkan semangat askar-askar komanwel yang berada di Tanah Melayu ketika itu.

Setelah menumpaskan halangan laut, Jepun mobilize tentera daratnya melalui pendaratan besar-besaran di negeri pantai timur dan mereka bergerak menuju ke Singapura. Sepanjang perjalanan mereka, terdapat pos-pos pertahanan kecil tentera komanwel tetapi tidak memberi tentangan yang sengit kepada tentera Nipon.

Perjalanan memakan masa 14 hari ke Singapura dengan kereta kebal Jepun diiringi tentera darat yang berbasikal. Sepanjang perjalanan itu tentera Nippon banyak bertempur dengan saki-baki tentera Melayu yang gagah mempertahankan tanah air mereka sehingga syahid.

Apabila sampai di sempadan Johor dan Singapura, amunasi atau peluru tentera Nippon hanya tinggal sikit dan terhad. Jika mereka terus menyerang maka amunasi akan habis dan misi untuk menakluk Tanah Melayu akan gagal.

Maka askar matahari terbit itu mengambil taktik mengepung dan bertahan. Secara tidak langsung taktik ini berbentuk saraf membuatkan pimpinan British tertekan dan berada dalam ketakutan.

Akhirnya, British menyerahkan Singapura kepada Jepun. Hakikatnya jika mereka bertindak onfensis dengan menyerang, sudah tentu Jepun akan berundur dan secara tidak langsung memberi gambaran bahawa mereka kekurangan amunasi.

Malangnya, British terlalu lemah semangat-juangnya, menyebabkan mereka menyerah-kalah terlalu awal.

Kini perang saraf masih digunakan dalam peperangan malah dalam politik. Media-media bercetak dan elektornik dieksplotasi sepenuh dalam melemahkan semangat juang parti-parti pembangkang. Jika kita bertindak seperti British dengan terus menyerah-kalah, maka dalam pilihan-raya seterusnya nasib tidak ubah sebagaimana British menyerah Singapura kepada tentera Nippon tanpa tentangan.

No comments: