Sunday, March 28, 2010

Taktala Hilang Khilafah Islam -Part 1



Selepas 9-11 Amerika menghabiskan 3 trillion untuk membunuh muslim yang mereka gelarkan pengganas. Bermula dengan serangan ke atas Afganistan, kemudian Iraq dan yang akan datang Iran.

Antara taktik yang digunakan dengan menggunakan orang tempatan yang terdiri dari pemberontak untuk aktiviti sabotaj dengan disusuli dengan serangan udara dan akhir sekali kemaraan tentera-tentera beramor ke ibu negeri sebagai tanda penaklukan ke atas negara yang diserang.

Dalam peperangan tersebut beribu-ribu rakyat tidak bersalah mati akibat kekejaman Amerika. Sebagai contoh road-blok yang dibuat oleh Amerika di Iraq, hampir 70-90 peratus dilalui oleh Iraqian yang tidak tahu membaca amaran berhenti tentera Amerika dan akibatnya mereka ditembak kerana tidak berhenti kerana disangka serangan pengganas.

Tahanan-tahanan perang pula didera, dicabuli dan dibunuh sesuka hati. Membayang bertapa murahnya nilai insan yang menganuti agama Islam ini.

Oleh disebabkan mereka melakukan jenayah ini diluar negara Amerika, mereka bebas dari dakwaan. Mata-mata yang memerhati terdiri daripada agensi media yang bebas pula hanya melapor beberapa insiden yang mereka saksikan dan jika bernasib baik akan didakwa dengan undang-undang tentera. Yang selebihnya pula terpaksa mati dan teraniaya umpama binatang yang tidak terbela.

Minoriti muslim di negara-negara kafir pula tindas. Contohnya muslimat di Perancis pula bakal berhadapan rang undang-undang yang menghalang hijab kerana ahli politik Perancis berhujah dengan alasan berhijab adalah diskriminasi hak asasi manusia.

Berbeza dengan Turki dimana parti Islam yang memerintah terpaksa menggunakan senjata barat seperti kebebasan mengamalkan ibadat ( menutup aurat) sebagai hak individu untuk mengelakkan diguling oleh pihak tentera.

Jika dahulu adanya empayar Islam, orang-orang kafir takut berbuat sesuka hati tetapi taktala berakhirnya sistem khalifah Islam, negara-negara Islam dibahagi-bahagikan umpama gula-gula. Kemudian negara-negara ini disuntik dengan semangat nasiolis dan sekular supaya Islam tempang untuk bangkit.

Sebagai contoh Malaysia yang mengakui sebuah negara Islam tetapi hanya peruntukan Islam hanya termaktub sebagai agama rasmi sahaja. Hudud atau undang-undang Islam ditolak oleh parti yang pemerintah yang berasas nasiolis. Akibatnya permasalahan sosial dan jenayah berleuasa. Maka kita hanya menunggu bala Allah SWT.

(to be continued)

No comments: