Wednesday, August 8, 2007

Bani Ummayah (part1)

Setelah kematian Mu'wiyah, Yazid menjadi Khalifah Ummayah yang seterusnya. Tiga peristiwa yang terbesar berlaku di zamannya yang menggocangkan dunia Islam pada waktu itu.

Pertama ialah kematian akan Hussein Bin Ali bin Abi Thalib yang pada waktu itu mendapat undangan dari penduduk Iraq. Hussein dianggap sebagai ketua pemberontak oleh pemerintahan Yazid dan mampu menggulingkan Yazid.

Rombongan Hussein seramai 32 penunggang kuda dan 40 pejalan kaki disekat oleh Umar bin Sa'ad bin Waqqash yang membawa tentera dari Kufah sebanyak 4 ribu orang. Rombongan Hussein dikepung dan diperangi, sehingga di detik akhir Hussein berkata:

"Biar aku pulang atau pergi ke perbatasan negeri untuk berjihad atau bawahlah aku ke hadapan Yazid."

Tentera Yazid pula berkeras untuk membawa Hussein kepada Abdullah bin Ziyad. Menyedari apa yang pernah dilakukan Ibnu Yazid ke atas sepupunya Muslim bin Aqil, Hussein terus memerangi mereka dan gugur sebagai seorang syuhada di Karbala. Kepala-kepala mereka dibawa ke Kufah dan dijadikan bahan tontonan dan kemudian dikirimkan kepada Yazid di Damsyik.

Terdapat beberapa riwayat yang berbeza, tetapi salah satu riwayat mengatakan Yazid menangis melihat kepala Hussein dan kawan-kawannya. Lalu berkata "Sesungguhnya aku sudah puas dengan ketaatan kalian tanpa membunuh Hussein. Terkutuklah cucu Sumayyah, jika aku berhadapan dengannya sudah pasti aku mengampun dirinya. Demi Allah wahai Hussein jika aku berada di hadapanmu nescaya aku tidak akan membunuhmu. Begitulah riwayat paling ringan mengenai Yazid akan hal ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Peristiwa kedua, petempuran Harrah di akhir 73 Hijrah, penduduk Madinah memberontak kerana kezaliman Yazid dan mengusir gabenor kota Madinah dan mengangkat Abdullah bin Handhalah sebagai pemimpin mereka.

Yazid mengirim dua belas ribu pasukan di bawah komandernya Muslim bin Uqbah untuk menyerbu kemudian menyeru penduduk kota Madinah selama tiga hari agar kembali taat kepada Yazid.

Setelah menang memerangi penduduk Madinah, tentera Yazid dibiarkan membuat sesuka hati sesuka hati selama tiga hari sesuai mengikut perintah Yazid.

Leher penduduknya ditebas dengan pedang dan mengikut riwayat Iman Zuhri, 7 ribu kaum asyraf terbunuh diikuti sepuluh ribu rakayat yang lain. Kehormatan rumah-rumahdihalalkan dan kesucian perempuan-perempuan Madinah dicabuli. Ibnu Katsir meriwayat seribu wanita hamil tanpa perkahwinan di hari-hari itu....
Peristiwa ketiga, setelah menyerang Madinah mereka pula menyerang kota Mekah untuk memerangi Abdullah bin Zubair. Sepakatan ahli sejarah mengatakan peristiwa pelontaran Ka'abah dengan batu-batu. Menyebabkan salah satu dindingnnya runtuh.

~bersambung~

No comments: