Wednesday, August 8, 2007

Bani Ummayah (part 2)

Sinar dalam Bani Ummayah

Apabila Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, dia cuba membawa perubahan dengan mentabir negara sebagaimana khalifah Al Rasyidin.

Menyaksikan kekejaman pemerintah sebelum ini menimbulkan perasaan kasihan terhadap rakyat jelata. Sebagai contoh 93 Hijrah, dia memegang jawatan wali kota Madinah. Pada ketika itu, Walib bin Abdul Malik memerintah agar mendera Hubaib bin Abdullah bin Zubair limapuluh kali dan lalu diletakkan kantong air yang amat sejuk di atas kepalanya padahal pada waktu itu ialah pada musin dingin. Orang itu dipaksa berdiri sepanjang hari di pintu masjid sehingga orang yang malang itu meninggal dunia.

Umar dipaksa melakukan hukuman tersebut walaupun baginya ia tidak sesuai dengan syariat.
Beliau berasa amat menyesal, dan lalu berundur dari jabatannya. Dirinya berasa amat menyesal dan takut akan balasan dari Allah.

Pada 99H beliau menduduki jabatan khalifah. Pada pidato pertamanya,
"Saudara-saudara, sungguh aku telah ditimpa bala, dengan kedudukan aku ini, yang telah kuperolehi tanpa musyawarah dengan diriku sebelum ini,tidak pernah ku minta dan tidak pernah pula dimusyawarah dengan kaum muslimin. Dan kini aku melepasakan bai'at kepadaku yang melingkungi leher kalian, maka pilihlah bagi diri kalian dan urusan kalian siapa sahaja yang kalian inginkan."

Maka berteriak para hadirin,
"Kami memilih anda bagi diri kami dan urusan kami, dan kami redha dengan anda."

Dijawab secara jelas Umat Abd Aziz,
"Wahai manusia barangsiapa mentaati Allah, maka dia wajib ditaati,dan barang siapa bermaksiat kepada Allah, maka tidak ada ketaatan baginya. Taatlah padaku sepanjang aku taat kepada Allah, dan apabila aku bermaksiat kepada Allah maka tidak ada kewajiban taat kalian kepadaku."

Beliau memilih untuk hidup sebagaimana empat khalifah pertama. Semua harta yang diwarisinya secara tidak sah dikembalikan kepada Baitul Mal termasuklah harta isterinya. Daripada 40 ribu dinar hasilnya setahun, beliau hanya mengambil 400 dinar setahun, sekadar yang cukup untuk keperluan dirinya.

Kemudian beliau mengumunkan barangsiapa mempunyai keluhan terhadap keluarganya yang sedang berkuasa atau para amirnya, maka hendaklah diajukan kepadanya dan sesiapa memiliki bukti atas terampasnya sesuatu miliknya akan dikembalikan kepadanya.

Apabila ditanya Bani Ummayah kepada beliau sebab berbuat demikian, beliau mengatakan tidak ditakuti setiap hari kecuali khiamat dan tidak tenang apabila memikirkannya.
Umar Abd Aziz menambah," Kalian mengawini anak cucu Umar bin Khattab maka ia mirip sekali dengan dengan datuknya itu.( Ibu Umar Abd Aziz adalah cucu Umar Al Khattab).
Beliau menegaskan bahawa yang menetapkan calon Khalifah bukan dirinya tetapi kaum muslimin demi kepentingan mereka sendiri. Kesannya Bani Ummayah bimbang akan kembali sistem Khalifah berdasarkan musyawarah dan bertindak dengan meracuni Umar Abd Aziz. Ini terjadi selepas 2 tahun pemerintahan beliau sebagai Khalifah.

Semoga Allah merahmati dan menberkati Khalifah Umar Abd Aziz. Amin.

No comments: