Sunday, August 17, 2008

Cinta Cinderella?


Adam mempunyai segala-galanya di syurga.

Taman bunga yang indah yang diharmonikan dengan kicauan burung-burung.

Warna-warna pelangi pula menambah ceria alam dengan gurau senda pasangan kupu-kupu
yang saling kejar antara satu sama lain dan hinggap di bunga mehilangkan letihsambil menikmati madunya yang manis.

Setiapnya makhluk mempunyai pasangan tapi dia hanya keseorangan...
"Tidakkan aku dijadikan seorang teman? Seorang yang bolehku berbual dan berkongsi.Seseorang yang dapat ku sayangi..."keluh insan pertama itu.

Sudah menjadi fitrah akan manusia untuk memiliki teman sebagaimana Nabi Adam AS. Seorang yang akan dicintai dan semati sehidup. Sungguh kompleks ideologi tersebut.

Persoalannya apa akan terjadi selepas salah seorang daripada mereka meninggal?Kekal setia sehingga berjumpa di pintu syurga?

Atau mencari pengganti dan meneruskan kehidupan.

Apa-apa pun tanpa tujuan hidup yang jelas manusia akan mensia-siakan perbuatan dan pergorbanannyajika tidak berlandaskan Al Quran dan Sunnah( SIMPLY SAID!).

Teman hidup dijadikan untuk bersama-sama mencapai kerehdaan Allah SWT. Jika salah seorangdaripadanya leka maka haruslah diberi peringatan oleh teman kekasihnya itu.

Jika hendak memilih isteri pilihlah yang paling baik dengan agamanya. Obiyusnya peribadi yang boleh dikenal pasti melalui pengjagaan auratnya. Bertuduh labuh menutup dadanya dengankain yang tidak terlalu cerah sehingga menarik perhatian orang atau memakai stongan di tempat kritikal seperti tangan.

Jika datang lelaki yang baik pula dari sudut agama dan tingkah lakunya, terimalah pinangannya.Janganlah mempermainkan hajat yang tulus ikhlas dan wahai muslimat bukan ramai kuantiti hizbu muslimin kini kerana banyak antara mereka telah terkorban sejak zaman Nabi Musa lagi.

Jika takdir jodoh bukan dengan orang tidak sefikrah, janganlah kita memandang ia satu keburukan tetapi doakankebahagian mereka dan diberi anak-anak yang mendapat hidayah bersama-sama menegakkan Islam.

Nabi Adam as telah dikurniakan Hawa, bidadari pertama syurga dan mereka bersama-sama menhadapi ujian AllahSWT selepas tersingkir dari syurga. Dipisahkan kemudian bertemu seketika sehingga mereka duji dengan anak-anakmereka. Begitu juga kita cicit segala cicit kepada Adam dan Hawa akan terus diuji.

Apakah kita akan terus berang dan menyumpah atau mengambil iktibar, redha dan kembali kepada Allah setelahdilanda PUTUS CINTA .Hakikatnya cinta kepada manusia khususnya hanyalah sementara, janganlah kitapuja sehingga mengagung-agungkannya akan ia kecuali CINTA yang sebenar iaitu kepada Pencipta kita Allah SWT.

p/s cari CINTAnya melalui kebenaran bukan hawa nafsu