Tuesday, September 4, 2007

Sambutan Merdeka Ku

Pada 31 Ogos 07 yg lepas, saya menemani seorang Ustaz ke Jln Hang Tuah. Beliau diminta untuk melakukan taknid untuk bayi seorang ahli Bomba yang bertugas di situ.

Kami bertolak selepas Maghrib dan mengambil LRT untuk ke sana. Sebaik sampai, kami singgah sebentar di masjid Bukhari yg tersergam indah di jalan tersebut.

Oleh kerana sambutan kemerdekaan pada malam, beberapa kenderaan VVIP yang diiringi puluhan kenderaan Polis lalu lalang dengan siren dan hon meminta kenderaan-kenderaan orang kebiasaan ke tepi. Saya mencuri melihat kepada kereta mewah yang ditengah-tengah.. mohor dua ekor harimau yang menjaga bintang dan bulan, simbol Yg Dipertuan Agong.

Fuhh..sungguh bergaya,dapat merasa kemegahan dan hebat, kuasa daulat seorang Raja.

Okay.. skip the introduction, sebaik sahaja kami melangkah keluar dari pintu masjid, tiba2 dihalang oleh sekumpulan orang yang berebut mengambil makanan. Saya mengambil kira makanan untuk sesuatu program masjid, tetapi diberitahu masjid tersebut sentiasa dilonggokan dengan makanan yang disedekahkan.

Jadi saya hanya mengambil hanya keperluan satu kotak kecil kuih-muih tetapi ustaz saya mengambil satu plastik beg yang mengandungi penuh dengan makanan. Tergerak di hati saya boleh habiskan semua ke?

Lalu kami bergerak ke balai bomba, dimana disambut oleh bapa bayi yang membawa kami ke flat di luar quaters bomba.

Sambil berteguran sapa dengan orang di post keselamatan, ustaz tersebut mengeluarkan makanan drplastik beg lalu mengagihkan kepada orang-orang berada di situ. Dari raut mereka, trpancar kegembiraan dan mencetuskan perasaan hormat pengawal-pengawal tersebut kepada ustaz itu.Hmm... sungguh menarik pendekatan ini.

Meneruskan perjalanan ke flat, saya memerhati keadaan sebenar Kuala Lumpur. Gerai-gerai yang riuh rendah dengan berbagai-bagai gelagat, kawasan parking flat yang penuh sehingga ada parking mati dan meninggalkan no telefon mereka di cermin kereta dan lain-lain. Semasa menaiki flat, sekumpulan remaja berfutsal di gelanggang yang diubah suai... bimbang jika kepala saya dihujahi dengan bola orang permain yang amuk, saya terus berjalan laju ke lif.

Lif yang ganjil, hanya nombor genap yang ada, jadi kami terpaksa turun bukan satu tapi dua tingkat kerana dua pintu lif rosak. Akhirnya sampai di rumah tingkat 15 yang terpampang di hadapan pintu quaters Bomba. Rumah kos rendah yang lama itu hanya menpunyai satu bilik tidur dan satu bilik air dan sewa sebulan hanyalah RM95.

Kami disambut dengan mesra oleh keluarga itu.. Damia yg comel itu pula serdang tidur. Stelah berkenalan dengan ahli keluarga, ustaz memulakan majlis dengan bacaan Al Quran, lalu dihancur kismis( sepatutnya kurma kerana lebih manis) dengan air suam dan dimasukkan ke dalam mulut ke lelangitnya Damia(yang bermaksud lembutan) . Mukanya serta-merta kemerahan kerana kesan manisan tadi. Terkejut dari tidur, damia tidak menangis dan ustaz memasukkan jari dengan hancuran kismis untuk kalai kedua dan damia mengisap dengan kuat.
Diyakini cukup manis yg ditelan Damia, Ustaz menyerah kembali Damia yg mula menangis kepada ibunya.

Ustaz kemudian menutup majlis itu dengan doa ke atas bayi memohon rahmat dan keselamatan ke atasnya. Dijamu dengan mee goreng, keropok lekor dan kopi kapal api, simple tetapi menyelerakan. Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke LRT Hang Tuah, ditemani ahli bomba dan berjalan melalui jalan pintas.

LRT station pula mula sesak dengan orang-orang yang balik bersuka ria dari sambutan merdeka dan kami mula rasa terasing dan tenggelam dengan pakaian Melayu kami ditindih dengan pakaian yang boleh dikatakan terlalu barat... the real Malaysians!

Hakikatnya kita berindentiti barat dari pakaian hinggalah budaya. Kita terlalu menggagongkan mereka sehingga lupa membina identiti kita.

Sejenak di Jalan Hang Tuah membuka minda saya wajah orang sebenar orang Kuala Lumpur, dari taraf kehidupan serdahana sehingga sebawah-bawah taraf. Hilang nilai KLCC yg menjadi mercu tanda kebanggaan jika kita melihat KL dari perpektif itu.

Malaysia masih jauh lagi daripada kemajuan dan segala tugu-tugu yang kita bina itu hanyalah topeng-topeng menutupi segala kelemahan yg membelenggui Malaysia terutamanya rakyatnya.

Begitulah pengalaman kerdil yg ingin saya kongsikan pada malam sambutan kemerdekaan
saya di Kuala Lumpur.

No comments: