Thursday, February 5, 2009

Jatuh sebuahnya kerajaan Pakatan Rakyat




KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan seluruh exconya mengosongkan bilik selain memulangkan seluruh aset milik kerajaan.

Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, mengarahkan Nizar memulangkan semua aset kerajaaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga tidak boleh memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.

Sementara Speaker Dun, V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.

Namun dalam perkembangan terkini, Nizar dijangka tidak akan melepaskan jawatan selain disebut akan mengadap semula Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi membincangkannya.

p/s Today we play by this rule because tomorrow we will take over the Parliament by this rule... throught the power majority.

No comments: