Sunday, April 4, 2010

Kicking De Fella



Kickdefella merupakan blogger yang banyak mendedahkan kelemahan pemerintahan Pak Lah sebagai Perdana Menteri suatu ketika dahulu. Nama blognya(Kickdefella) sendiri membayangkan bagaimana penulisan dibuat untuk menyerang Pak Lah sehingga meletakkan jawatan.

Saya ikuti blognya kerana cerita-cerita dan pendedahan ekslusif menarik berbanding media-media utama hari ini.

Setelah turunnya Pak Lah sebagai orang nombor satu negara, Kickdefella seolah-olah berpaling-tadah dengan mula menyerang keperibadian Tuan Guru Nik Aziz bermula dengan menantunya. Kick the fella (Arif Fahmi) berjaya dengan cara yang sama dengan pendedahan ketidakupayaan Arif Fahmi sebagai CEO sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Dimana keuntungan syarikat dipentingkan sehingga janji membantu ekonomi rakyat digadai. Pada masa yang sama, kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi bagi membetulkan keadaan. Akhirnya Arif Fahmi meletak jawatan dan blogger terbabit berjaya kick de fella!



Kini Kickdefella mula menyerang dan mangsanya kali ini adalah seorang ulama yang kita tahu bagaimana kehidupannya yang serdahana. Jika anda perhatikan trend serangan blog itu bukanlah diri TGNA(Tuan Guru Nik Aziz) tetapi orang-orang disekelilingnya seperti exco kerajaan negeri sehinggalah keluarga rapat beliau. Di hujung penulisan Kickdefella, akhirnya menyalahkan pimpinan TGNA. Hmm.. sungguh senang kesimpulan dibuat.

~Anak buat dajal, bapa dapat nama buruk~



(GAMBAR 1 http://kickdefella.wordpress.com/2007/07/)

No comments: