Friday, March 28, 2008

THE Ending of The Story


Ketika cuti pilihanraya baru-baru, saya diziarahi oleh pakcik serta keluarganya di rumah kami di Banggol. Di kesempatan itu saya menegur-sapa anak sepupu saya yang baru berusia empat tahun. Berbual dengan kanak-kanak memang mengasyikan terutama kita asyik mengujinya dengan soalan-soalan yang membina "critical thinking".

Apabila letih melayannya, saya hilang ayat membuat perbualan kami terhenti sebentar.

Ika atau Zulaikha mengambil kesempatan melihat kiri dan kanan. Lalu bertanya akan saya satu soalan yang tidak pernah terdetik di fikiran,

" Abang, mana ayah abang?"

............. saya tersentak dan diam sementara kerana tidak tahu bagaimana hendak menjawab tersebut, lalu mengambil nafas yang panjang.

" Ayah abang dah mati"

"Oooo" jawab Zulaikha. Lalu dia menanyakan saya soalan kedua,

" Kalu begitu, abang nak berkongsi ayah dengan saya?"

" Boleh ke? Ika ok ke?"

" Boleh ika tak kisah."

Saya tersenyum dengan jawapan Ika. Alangkah baik kalu semua orang sudi berkongsi
kebahagian atau kegembiraan mereka bersama kita. Tapi saya kita kadang-kala pentingkan diri sendiri dan leka sehingga lupa akan tidak semua orang senang di luar sana terutama keluarga atau sahabat kita. ....

p/s be more caring so that other people will do the same to u... anyway nobody can live alone!

No comments: