Friday, January 15, 2010

What we should do? Part 3

Disebalik kekeliruan umat Islam patutkah nama Allah digunakan didalam bible versi bahasa Melayu, sesuatu yang tidak dijangka telah terjadi...

Saya tidak mahu menyentuh tidakan membakar gereja ( suatu tindakan dilarang oleh Islam dan dapat dilihat dalam polisi peperangan dalam Islam), tetapi apa yang ingin saya cetuskan dalam blog ini adalah cara kita mengadakan forum/ bicara menerangkan isu ini ( cara ini lebih mengambarkan sikap bertamadun kita).

Mereka sangka dengan menggunakan undang-undang mereka akan menang dan seterusnya mengelirukan umat Islam, tetapi Allah SWT lebih hebat perancanganNya.

Sekarang berpuluh-puluh forum yang menjelaskan kebenaran atau dakwah boleh disampai kepada non-muslim tentang ajaran Islam. Sudah tentu mereka akan cuba memahami isu ini dan mana tahu mungkin ada non muslim menerima hidayah dengan kebenaran yang disampaikan ini.

Ia bermula dengan akidah dengan menyatakah keesaan Allah SWT dan mungkin selepas ini keadilan politik Islam dan Hudud.

Dalam sejarah Islam, Abu Jahal adalah orang yang paling kuat menentang dan menindas Islam. Dia sangka dialah juara orang musyikin tetapi Allah yang hebat perancanganNya menidakkan reputasi Abu Jahal dengan memberi hidayah kepada anaknya Abu Jahal, Iqrimah dimana beliau mati dalam memperjuangkan agama Islam.

Kita pernah mendengar kisah sebelum kematianya, dimana beliau cedara parah dalam peperangan itu. Ketika seorang sahabat ingin memberikan air kepada Iqrimah, Iqrimah menyuruh sahabatnya itu mendahulukan seorang sahabat yang juga cedara parah.

Setelah dibawa air kepada sahabatnya itu, sahabat itu menolak air itu dimana beliau meminta diberikan air kepada Iqrimah dahulu, maka pembawa air pergilah Iqrimah dan mendapati beliau telah syahid dan pembawa air pergi juga kepada sahabat sebelum ini dan mendapati beliau juga telah syahid.

Kesimpulannya usaha dan pendekatan pimpinan kita melalui forum menjelaskan isu nama Allah SWT amat tepat sekali. Sekarang baru kita tahu siapa hanya tahu berdemo tetapi tidak petah berdebat...loser!!!


p/s Hmm... Islam always win, hidup pun menang, mati pun menang=)

~Islam is for all~

Tuesday, January 12, 2010

The Biggest Loser- Part 2



Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing, namun demikian ia bukan alasan untuk tidak "menambah-baik diri" anda.

Berada dalam komuniti pejabat, kita dapat melihat kelemahan seseorang. Sebagai seorang sahabat kita perlu menolong antara satu sama lain kerana kita bekerja sebagai satu pasukan. Kecuaiannya adalah kecuaian kita semua.

Halatuju setiap individu adalah qualiti dan qualiti itu perlu diaudit oleh orang ketiga supaya kita tidak SS -syok-sendiri.

Dalam penambah-baik (improvement) kita harus mengenal-pasti kelemahan kita dan mengambil tindakan mengatasinya.

Dalam jemaah pula budaya kritik semakin menjadi-jadi. Kritikan sepatutnya membina jemaah tetapi malangnya cara kritikan yang tidak kena membina lagi permusuhan. Ini terjadi apabila teguran dibuat dengan memalukan pihak satu lagi dan apatah lagi dibuat di khayalak umum.

Disebabkan budaya buruk ini tercetus satu lagi budaya iaitu SABOTAJ.

(to be continued)

Sunday, January 10, 2010

Kapal yang hendak berlayar...( part1)

Kadang-kala kita dalam konflik, dimana aluwiyyat kita??? Adakah kita berada di track yang betul?

Setelah dua hari program. Alhamdulillah secara asasnya saya sudah nampak apa yang perlu dilakukan.

Halatuju sudah diterangkan oleh SU Pemuda PAS Pusat semalam. Sekarang hanya tindakan dan gerak kerja sahaja.

Umpama kisah Pirate of Caribbean, kapten The Black Pearl memerlukan kelasi untuk berlayar, begitu juga saya sekarang memerlukan krew untuk menggerakkan projek khas ini... time is tickling and I need help.

Semoga Allah membantu kami dan memberi kekuatan dalam melaksanakan kerja-kerja siasah ini.

(to be continue)

Thursday, January 7, 2010

Kisah Trainer Terlampau

This my life.

Coordinate Training, train the trainee, get ourself training before take over the training.... all these in just blink of an eye.

My expertation some mistake will occur... mine mistake. So the big bosses will kick us in the butt... well, something that i learned during campus, stay alive, stay on surviving... at least you wont die.

Next week and beyond will be totaly disaster, may Allah help us.

p/s Jgn lupa apperentice this weekend... we have only two years before the earth stood stay (joking)=)

Monday, January 4, 2010

What should we do????- part2

Pendirian Presiden amat dihargai, akhirnya kekeliruan ini dijawab beliau dalam statement di bawah dibawah:


PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.


‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’
.
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Sunday, January 3, 2010

What should we do????

Saya cuba memahami isu penggunaan nama Allah SWT dalam cetakan bible bahasa Melayu, namun masih keliru.

Saya merujuk beberapa blog pimpinan PAS yang berkongsi pemahaman mereka terhadap isu itu dan cuba dibandingkan dengan bloggers-bloggers lain.

Isu ini berjaya menimbulkan berbagai-bagai reaksi dan pendapat. Ada yang tidak kisah dan ada yang menentang.

Bagi saya kita masih tidak nampak lagi kesan disebalik propoganda ini.

Namun demikian saya dapat nampak siapa yang menjuarai isu ini dan siapa pula nampak bodoh. Hakikatnya isu ini akan dijadikan propoganda politik untuk menjatuhkan parti Islam di negara ini.

Alangkah baik jika orang yang berfikir mengambil kesempatan ini mencari kebenaran di sebalik persamaan nama Allah di dalam Al Quran dan Bible.

Semoga Allah SWT membimbing kita semua dengan nur hidayahNya.

p/s Check out this entry

http://thereflectiveheart.wordpress.com/2010/01/03/blasphemy-most-foul/