Wednesday, February 24, 2010

Pathfinder

Bagi tentera, Pathfinder adalah skuad khas bersaiz kecil yang ditugaskan untuk mencari landing zone bagi operasi besar-besaran.

Definasi pathfinder saya pula adalah halatuju bagi career saya.

Buat masa ini saya amat selesa dengan kerjaya sebagai jurutera telekomunikasi.

Walaupun di bahagian training, saya dilimpahi dengan pelbagai technical knowledge.

Cuma yang penting mencari dan berusaha menggunakan knowledge tersebut.

On job training- adalah sebahagian daripada pratikal kami dalam mendalami pengetahuan tersebut. Jadi semuanya adalah perfeksi!!!

Kepuasan seorang engineer adalah apabila kita membuat sesuatu pekerjaan dan dapat mengaitkannya dengan ilmu-ilmu kejuruteraan. Seterusnya akan menambahkan lagi kefahaman dan pengalaman kita.

Namun demikian, kepuasan dan minat tersebut terpaksa dikorbankan kerana tanggungjawab.

Salah seorang trainee saya merupakan Kapten dalam tentera darat. Beliau dikurniakan 6pingat daripada Sultan dan dengan resumenya itu, masa hadapan amat cerah bersama tentera.

Tetapi beliau terpaksa korbankan kerjayanya itu disebabkan kasih-sayang terhadap ibunya yang sedang sakit. Beliau diberi kebenaran khas oleh panglima tentera untuk menamatkan kerjaya walaupun tidak menjangkau tempoh wajib perkhidmatannya.

Bagi saya, persaraan awal adalah satu idea yang baik. Namun demikian memerlukan perancangan yang rapi, dari sudut kewangan dan aset diri sendiri.

Jadi saya menjadikan pengalaman diri sendiri sebagai uji-kaji dan saya akan kongsikan dalam entri Pathfinder seterusnya. So check it out!

Sunday, February 21, 2010

Secret Rahsia- Part 1


Setiap lelaki mempunyai rahsianya tersendiri.

Contohnya sebentar tadi, seorang ofismate saya menceritakan kisah silamnya.

Oh sebelum itu, isterinya pernah bertanya, pernah bercouple dengan sesiapa ke di UTP dulu?

Dia jawab tidak, sambil tersenyum menjawab soalan itu.

Kemudian dia menceritakan kisah hidup couple kepada kami yang dia pernah bercouple dengan dua awek yang bukan dari kampusnya dulu.

Basically dia tidak berbohong, cuma isterinya bertanya soalan yang salah.

Rahsia saya? Hmm... jika bagi tahu tentulah bukan rahsiakan?

Kalu nak tahu, tunggu entri kedua nanti, ekslusif daripada saya... Sulu =)

Thursday, February 11, 2010

Oh Hujan...



Betul-betul panas dua tiga hari ini.

Kata kawan saya El Nino sudah kembali di Malaysia.

I think El Nino is somekind of weather phenomena.

Kenapa kita semakin panas? Hmm... yang paling obvius green house effect. Ozon semakin nipis. Aisberg di kutub utara pula semakin cair, jadi paras air dunia meningkat dan kawasan darat semakin tenggelam.

Woww, macam-macam ada. Gempa bumi pula sentiasa terjadi. Apa nak jadi ni? Mungkin benar-benar kiamat sudah dekat..

Apa-pun terjadi kepada dunia sekarang, hanya orang-orang yang berfikir sahaja dapat insaf dan membuat persedian yang sepatutnya.

Dari sudut amalan ( persediaan akhirat) sehingga kepada mengurangkan pencemaran alam etc shopping di Giant pada hari sabtu menggunakan paper bag... huhuhu perli diri sendiri.

Nikmatilah keindahan alam@ dunia dan pada masa yang sama mainkan peranan anda menjaga dunia ini supaya kita masih mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada generasi seterusnya.

Tuesday, February 9, 2010

The Biggest Loser

Saya tidak suka bermusuhan dengan orang.

Malangnya ada setengah orang yang suka membuat provokasi.

Mereka sengaja menghina kita semata-mata untuk membangkitkan kemarahan kita.

Sewaktu saya memenangi kerusi kesatuan pelajar suatu ketika dahulu, seorang pelajar sengaja menyakitkan hati saya dengan mengatakan,

" Aku tak pangkah ko!!!" dengan nada yang sinis.

Saya terfikir, apa masalah pelajar tersebut, adakah disebabkan saya disokong persatuan Islam dan dia pula dari pro sekular?

Seorang junior, pernah menjerkah saya dan menuduh saya pengotor. Bunyinya agak biadap bagi seorang junior.

Setelah seketika, barulah saya tahu bahawa dia cemburu kerana saya rapat dengan seorang sahabat perempuan yang diminatinya.

Kurang ajar adalah satu lagi perkataan bagi golongan-golongan ini.

Nabi Muhammad sendiri berhadapan dengan golongan-golongan ini. Tetapi respon baginda lebih bersopan santun dengan berbuat baik dengan orang-orang ini.

Ini disebabkan apabila Islam disampaikan dengan lemah-lembut, maka lagi mudah orang menerimanya.

Malangya, sikap ala babarian( kurang ajar ini) masih dimiliki orang-orang jemaah.

Mereka bukan sahaja biadap dengan pimpinan tetapi malah sahabat-sahabat mereka.

Golongan ini wujud, dan jika anda berjumpa dengan individu-individu seperti ini,maka jangan berkawan terlalu rapat kerana ada satu lagi istilah, "kawan makan kawan" atau pun sabotaj!!!

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut, mungkin akan mengembalikan permusuhan yang telah lama terpendam.

Apa-pun sikap kita terhadap sahabat adalah berbuat-baik antara satu sama lain.

Kelemahannya suatu ketika dahulu tidak perlu didedahkan di khalayak ramai. Cukuplah dengan kejahatannya terhadap kita. Biarlah masa berlalu membawa perasaan tidak puas hati kita. Mungkin Allah dapat membuka pintu hatinya dengan nur hidayahNya.











Hmm... by the end, these people looked silly or I just simply said their are the biggest loser of all.

Tuesday, February 2, 2010

Usrah Bersama MIG

MIG adalah nick name naqib kami.

Dalam takzirah beliau beberapa persoalan dicetuskan kepada kami.

"Siapa orang yang sombong?"

"Siapa orang yang hatinya mati?"

Setiap jawapan yang diberikan oleh ahli usrah adalah berbeza.

Ada yang menjawab, orang yang sombong adalah orang yang mempunyai kelebihan tetapi memandang rendah orang lain.

Ada juga jawapan orang yang belagak sombong tetapi donut( kosong di tengah).

MIG senyum dengan pelbagai jawapan kami dan beliau mengatakan semua betul.

Tetapi jawpan beliau lagi menarik, orang yang sombong kepada Allah, lupa dengan kurniaanNya, merasakan dirinya bagus dari sesiapa padahal itu hanya sedikit kelebihan di dunia berbanding orang-orang lain.

Hatinya mati apabila nasihat diberi kepada orang-orang seperti ini, responnya lebih kepda memperlekehkan orang yang menasihatnya.

p/s Semoga Allah SWT tidak mengolonngkan kita dalam dua golongan ini.