Thursday, November 29, 2007
Hari-hari Dalam Kehidupanku
Terbitan :Pustaka Salam.
Secara umum, buku ini mengenai perjuangan beliau dalam menyebarkan dakwah di Mesir sehingga ditangkap oleh pemerintah ketika itu dengan tuduhan terlibat dengan
pakatan untuk membunuh Presiden MesiR, Jamal Abdul Nasser.
Klimaks buku ini menceritakan bagaimana beliau ditangkap dan diseksa semasa dalam tahanan.
Bentuk-bentuk seksaan keatasnya adalah suatu yang amat kejam kerana beliau hanyalah seorang muslimat, perilaku terhadapnya adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.
Siapakah Zainab Al Ghazali ?
Beliau merupakan pimpinan muslimat berbaiah kepada Iman Hassan Al Banna, dimana ketika itu Ikhwan Muslimin sedang meluaskan agenda dakwahnya di bumi Mesir.
Jamaah Muslimat(1937)yang diasasakan oleh Zainab Al Ghazali, berfungsi sebagai sebuah pertubuhan yg memberi pendidikan kepada kaum wanita dan bantuan kepada keluarga2 yg dipenjara oleh pemimpin Mesir ketika itu. Keupayaan muslimat ini tidak dapat dinafikan sehingga Presiden Mesir sanggup menawarkan jawatan menteri kepada jika berkerjasama kerajaan Mesir untuk menyekat pengaruh Ikhwan mUSlimin ketika itu.
My rating for this book is 4 stars out of 5.
So dont forget to read this book, Insya Allah worth it.
Setanggi_Kasih
Di seluruh semesta di sepanjang kembara
Kita akan temui bunga-bunga kebaikan
Hulurkan salam bersyukur kepada tuhan
Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasai erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan
Tiada selain tuhan berkuasa mendamaikan
Tiada selain tuhan yang dapat menyatukan insan
Pasti kau temui nanti duri-duri kejahatan
Hadapi segalanya dengan kesabaran
Dan tempuhilah rintangan dengan keyakinan
Mari kita padamkan nyalaan benci yang membakar
Di sepenuh buana pada seluruh manusia
Kita akan sedari titik-titik persamaan
Taburkan damai bersyukur kepada insan
Setanggi Kasih - by Rabbani
Tuesday, November 27, 2007
Islam dan Demokrasi
Dengan kejatuhan sistem khilafah, Islam terus valid menerusi celahan-celahan siasah barat yang disebut demokrasi. Walaupun pada asalnya agama dipisahkan konsep politik tersebut, tetapi disebabkan akan kesempurnaan Islam dari semua sudut khususnya siasah menyebabkan ia diterima dan disokong oleh segelintir puak sehingga kini jumlah orang yang menyokong itu bertambah.
Idea pan Islamiah( rangkaian negara Islam) yang dicetuskan oleh sarjana-sarjana Islam mula berkembang dari zaman umat Islam dijajah dan sehingga usaha tersebut hampir berjaya. Malangnya setiap kali umat Islam menang hak memerintah mereka dicantas... Namun demikian, mereka masih memilih berpolitik dalam demokrasi kerana ia merupakan wasilah terbaik, apatah lagi dengan kesedaran dan sokongan rakyat yang mula bangkit dan bosan dengan ideologi-ideologi manusia yang berat sebelah.
Dalam buku ini, banyak penulis memberi gambaran bagaimana demokrasi boleh diaplikasikan tanpa bertentangan pegangan dan ajaran Islam, huraiannya diberi dari pilihan raya, syura sehinggalah konsep perwakilan dalam parlimen.
Diakui buku ini lebih bersifat akedemik berbanding politik, mungkin pada masa hadapan penulis boleh menceritakan pengalaman beliau dan apa yang hendak capai dalam berpolitik berteraskan pendekatan Islam. Ke mana halatuju Malaysia jika dibawah pemerintahan PAS?
My rating for this book is 4 stars out of five. Check it out!
Judul: ISLAM DAN DEMOKRASI
Penulis: Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang
Terbitan: PTS PUBLICATION N DISTRIBUTORS SDN BHD
Saturday, November 17, 2007
ISRAEL
Dalam satu kitab Yahudi old testimonial, menceritakan bagaimana seorang nabi dari kaum ini mendapat gelaran Israel atau terpilih. Diceritakan Allah mencari nabi ini di bumi tetapi tidak menjumpainya.... hmm, kelakar kan2?
Bertambah kelakar...
apabila berjumpa pula, tuhan bergelut dengan nabi ini, tetapi tidak berjaya menewaskan sehingga matahari hendak terbenam, tuhan memberhentikan pergelutan itu dan memberi nabi tersebut gelaran Israel atau terpilih.
Kerana kaum mereka berasal dari nabi ini mereka mengelarkan diri mereka Israel atau terpilih. Tidak habis dengan kemungkaran atas muka bumi Allah ini mereka juga menzalimi umat Islam dengan berbagai-bagai tindasan yang menjadikan mereka satu-satu bangsa yang tidak boleh dipercayai sampai kiamat....
Kembali
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini tanpa ada cobaan
Sayangnya harapan itu tak pasti
Kerna cobaan akan terjadi
Tuk menguji sabar diri dan ketakwaan
Akankah kita tetap tegar
Menjalaninya dengan keikhlasan
Atau kan terjerumus ke dalam keputus asaan
Katakanlah kami ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan di mana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan
Agar mendapat keredhaan dan pertolongan
Dalam ujian..
Tashiru-Kembali
Tuesday, November 6, 2007
Jalan-jalan Cari Jodoh- REMBAU
Dalam episod ni saya mengikut Baba ke Rembau lawat seorang nenek saudaranya-Wan.
Kami mengambil jalan kampung sambil menghidup udara segar, pada awalnya hendak singgah sebentar di salah sebuah kedai sebelum Seremban, nak merasa masakan Minang tapi tak bernasib baik... tutup.
Jadi kami singgah sebentar di salah sebuah kedai mamak di Seremban, menikmati roti canai n teh tarik. Kemudian salah sorang anak angkat baba menjemput kami ke rumahnya, kira-kira 10 minit dari situ. Kami menerima jemputan tersebut dengan hati terbuka dengan niat menjalinkan ukhuwah sesama saudara muslim.
Setibanya di sana, ibu bapa nizam baru sampai dari pasar,lalu dijemput kamui masuk. Ayah seorang askar, berpangkat mejar bersara. Kami berbual dan berkongsi pendapat dengan isu utama melayu, dimana ketika itu sedang berlangsung perhimpunan agung UMNO.
Buat pertama kali, saya mendengar seorang tentera mengkritik perjuangan untuk orang MELAYU. Diceritakan pengalaman semasa pergabungan syarikat-syarikat bas orang persendirian, dimana pemilik-pemilik orang melayu terpaksa kehilangan perniagaan mereka akibat dibeli oleh syarikat yang lebih besar. Dimanakan sokongan dan pembelaan terhadap orang Melayu? Walaupun diberi pampasan, tetapi hasil usahanya telah dirampas... begitulah luahan seorang patriotik negara.
Setelah sejam berborak, kami meneruskan perjalanan ke Rembau dan setengah kemudian kami sampai di rumah Wan. Dalam kawasan rumahnya terdapat 3 rumah, satu dikosongkan, satu lagi disewakan.
Wan ketika itu sedang memberi makan akan ayam-ayamnya, sambil berborak dengan pasangan yang menghuni rumah sewanya ketika kami sampai. Umur wan 78 tahun, tetapi dia masih boleh berjalan dan dari keadaanya boleh dikatakan masih sihat lagi.
Terkejut kami apabila melihat dalam rumah wan, semua tersusun kemas dan bersih.
Wan suruh kami solat dulu sementara dia masak untuk kami... yes2.! Akhirnya dapat merasa masakan minang tu, kampung lagi.... walaupun simple tapi sungguh menyelerakan. Tak rugi datang ke Rembau.
Sambil makan kami berbual tentang aktiviti seharian, hal-hal keluarga... saya terharu melihat mata basah Wan mungkin gembira kerana diziarahi kami dan masih ada orang yang mengambil berat ke atas dirinya. Begitulah orang tua, terutama di saat yang boleh dikatakan dipenghujung umur ni.... mesti menghargai apa yg masih ada, anak-anak, keluarga.... Dari segi perbualan antara kami, Wan seorang yang ceria orangnya, peramah dan suka bergurau senda. Mungkin ni la rahsia hidupnya panjang.
Di waktu malam akan adik kepada mak Wan yang lagi berusia dan bertongkat akan menemaninya di rumahnya yang sepi itu.
Di akhir ziarah kami, saya hendak mengambil gambar mereka di hadapan rumah Wan, oleh kerana uzur dan bertongkat, mak sauadara Wan tu lambat sampai menyebabkan kami yang berada di hadapan rumah terpaksa menunggunya.
Sebaik sampai Wan merampas tongkatnya dan mencampak jauh.. terkejut saya melihatnya, tetapi kedua-dua nenek ketawa kerana ia hanyalah gurau senda orang-orang tua.
Rupa-rupa tongkat will spoil the picture..... kemudian KLIP!
Sewaktu kami bertolak meninggal rumah Wan, saya memberi jelingan terakhir saya ke rumah Wan dan mereka masih berada di situ melambai kami sehingga hilang dari pandangan.
Harap-harap, ni bukan kali pertama dan terakhir saya melawat desa Rembau yang penuh dengan pelbagai ketenangan ini.