Tuesday, November 6, 2007

Jalan-jalan Cari Jodoh- REMBAU

episod satu- REMBAU

Dalam episod ni saya mengikut Baba ke Rembau lawat seorang nenek saudaranya-Wan.

Kami mengambil jalan kampung sambil menghidup udara segar, pada awalnya hendak singgah sebentar di salah sebuah kedai sebelum Seremban, nak merasa masakan Minang tapi tak bernasib baik... tutup.

Jadi kami singgah sebentar di salah sebuah kedai mamak di Seremban, menikmati roti canai n teh tarik. Kemudian salah sorang anak angkat baba menjemput kami ke rumahnya, kira-kira 10 minit dari situ. Kami menerima jemputan tersebut dengan hati terbuka dengan niat menjalinkan ukhuwah sesama saudara muslim.

Setibanya di sana, ibu bapa nizam baru sampai dari pasar,lalu dijemput kamui masuk. Ayah seorang askar, berpangkat mejar bersara. Kami berbual dan berkongsi pendapat dengan isu utama melayu, dimana ketika itu sedang berlangsung perhimpunan agung UMNO.

Buat pertama kali, saya mendengar seorang tentera mengkritik perjuangan untuk orang MELAYU. Diceritakan pengalaman semasa pergabungan syarikat-syarikat bas orang persendirian, dimana pemilik-pemilik orang melayu terpaksa kehilangan perniagaan mereka akibat dibeli oleh syarikat yang lebih besar. Dimanakan sokongan dan pembelaan terhadap orang Melayu? Walaupun diberi pampasan, tetapi hasil usahanya telah dirampas... begitulah luahan seorang patriotik negara.


Setelah sejam berborak, kami meneruskan perjalanan ke Rembau dan setengah kemudian kami sampai di rumah Wan. Dalam kawasan rumahnya terdapat 3 rumah, satu dikosongkan, satu lagi disewakan.

Wan ketika itu sedang memberi makan akan ayam-ayamnya, sambil berborak dengan pasangan yang menghuni rumah sewanya ketika kami sampai. Umur wan 78 tahun, tetapi dia masih boleh berjalan dan dari keadaanya boleh dikatakan masih sihat lagi.


Terkejut kami apabila melihat dalam rumah wan, semua tersusun kemas dan bersih.


Wan suruh kami solat dulu sementara dia masak untuk kami... yes2.! Akhirnya dapat merasa masakan minang tu, kampung lagi.... walaupun simple tapi sungguh menyelerakan. Tak rugi datang ke Rembau.

Sambil makan kami berbual tentang aktiviti seharian, hal-hal keluarga... saya terharu melihat mata basah Wan mungkin gembira kerana diziarahi kami dan masih ada orang yang mengambil berat ke atas dirinya. Begitulah orang tua, terutama di saat yang boleh dikatakan dipenghujung umur ni.... mesti menghargai apa yg masih ada, anak-anak, keluarga.... Dari segi perbualan antara kami, Wan seorang yang ceria orangnya, peramah dan suka bergurau senda. Mungkin ni la rahsia hidupnya panjang.

Di waktu malam akan adik kepada mak Wan yang lagi berusia dan bertongkat akan menemaninya di rumahnya yang sepi itu.

Di akhir ziarah kami, saya hendak mengambil gambar mereka di hadapan rumah Wan, oleh kerana uzur dan bertongkat, mak sauadara Wan tu lambat sampai menyebabkan kami yang berada di hadapan rumah terpaksa menunggunya.

Sebaik sampai Wan merampas tongkatnya dan mencampak jauh.. terkejut saya melihatnya, tetapi kedua-dua nenek ketawa kerana ia hanyalah gurau senda orang-orang tua.

Rupa-rupa tongkat will spoil the picture..... kemudian KLIP!



Sewaktu kami bertolak meninggal rumah Wan, saya memberi jelingan terakhir saya ke rumah Wan dan mereka masih berada di situ melambai kami sehingga hilang dari pandangan.

Harap-harap, ni bukan kali pertama dan terakhir saya melawat desa Rembau yang penuh dengan pelbagai ketenangan ini.




No comments: