Sunday, April 13, 2008

GEAR ONE!!!!


Semasa menghadiri AGM DPPKS, saya dimaklumkan saya hanyalah jemputan sahaja, sebaik sahaja pendaftaran rupa-rupa jadi perwakilan cawangan! Oleh kerana ini adalah pertama kali saya menghadir program setelah tamat kolej, jadi saya memilih untuk memerhati.Walaupun saya mempunyai pandangan saya dalam beberapa isu, namun dapat merasakan diri ini amat kerdil dan masih belum bersedia untuk berbahas.

Contoh isu pengharaman kilang arak di Selangor, merupakan satu isu yang besar. Pendapat saya, walaupun kita memerintah, namun kita masih minoriti dan belum tentu rakyat akan bersetuju dengan tindakan kita yang keras sebegini. Jika kita majoriti dari sudut bilangan DUN dan rakyat Islam( 80% yang menyokong PAS ) seperti di Kelantan maka pengharamannya boleh dilaksanakan.


Sebalinya kerajaan Kelantan tidak terus menghalang penjualan arak terhadap orang kafir tetapi sebalik mengawal penjualan melalui Akta-akta kerajaan Negeri. Bukan itu sahaja, cukai tetap dikenakan tetapi hasil cukai tersebut diasingkan dan digunakan untuk non muslim.Sekarang adalah masa penilaian rakyat terhadap kita, terhadap PAS!

Setiap pendekatan yang diambil haruslah berhemah, bijak dan boleh menyelesaikan masalah atau mengurangkannya.

Arak adalah haram bagi muslim, tetapi tidak bagai Cina, India dan lain-lain kaum. Arak adalah sebahagian dari budaya mereka, digunakan ketika sambutan-sambutan dan lain-lain.Sebagai pemerintah muslim kita harus menghormati budaya mereka. Pada masa yang sama mereka non muslim juga harus tahu bahawa akan sensiftif isu arak bagi muslim! Sikap bertolak-ansur dalam isu ini harus diutamakan dan jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak perlu diambil...

Satu yang pasti kita ada contoh kerajaan Islam di Kelantan, oleh itu pendekatan-pendekatandi sana boleh dimodifikasi dan diaplikasi di Selangor.

p/s Ni baru gear satu, saya budak baru belajar dan tak tahu!


No comments: