Sunday, July 26, 2009

OnCe Upon A TiMe



Oktober 2004.

Tatkala dalam perjalanan menyerah borang percalonan diri untuk menyertai kesatuan pelajar, lagu Destinasi Cinta berkumandang dan di saat itu pipiku terasa basah akibat titisan tangisan sedih.

Ini adalah tahun pertamaku dan semester dua apabila senior memilihku untuk bertanding dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Mereka memintaku untuk membuat suatu pergorbanan yang amat berat sekali. Sebelum ini, diri ini pernah tercicir dalam pengajian dimana tidak dapat meneruskan pengajian di sebuah IPTA kerana subjek akedemik yang terlalu berat( satu semester kami mengambil 24 jam kreadit ).

Dengan pertolongan Allah dan sahabat, kami menang walaupun golongan minoriti tetapi terpilih untuk berada dalam pimpinan tertinggi kampus.

Lagi besar amanah lagi besar cubaaan yang menimpa dan menguji keimanan.

Pada waktu itu, matlamat kami adalah satu untuk memperjuangkan kebajikan pelajar.

Dengan peranan aktif semua perwakilan, jentera pelajar digerakkan di setiap penginapan. Usaha ini untuk membantah tindakan pengurusan kampus untuk menaikkan harga penginapan kepada RM 280.

Strategi demi strategi dirancang, dengan bermain tipu-helah dengan HEP, satu lawatan kehormat dibuat ke atas Chairman Board Of Director TNB, Tan Sri Leo Moggie ketika itu.



Kami diraikan di bilik mesyuarat khas Board Of Director dengan Tan Sri mempengerusikan majlis itu. Sungguh mewah bilik tersebut sehinggakan mejanya mesyuarat tersebut diperbuat dengan kayu yang cantik berkualiti dan dihiasi dengan "leather"...( out of imigination unless you see it for your self).

Setelah kata-kata pembukaan dibuat, Tan Sri memberi peluang kepada Presiden kami untuk berkata-kata =).

Peluang itu direbut, sehabis sahaja kata-kata penghargaan, Presiden dan timbalannya( saya) menyerahkan memorandum dan diikuti dengan presentasi kami akan permasalahan kebajikan pelajar di kampus.

Wakil HEP tercengang akan tindakan kami yang sama sekali tidak disangka itu.

Memorandum tersebut sungguh teliti dan disempurnakan dengan statistik kepuasan akan perkhidmatan universiti. Statistik itu tidak akan berjaya tanpa sokongan dan penglibatan semua pelajar.



Barangkali itu saat paling gemilangku ketika di kampus. Harga penginapan kemudian dinaikan hanya lima ringgit sahaja dan isu itu adalah suatu kemenangan hak pelajar dengan janji pihak pengurusan untuk memberi perkhimatan akan datang yang lebih baik.

No comments: