Wednesday, July 22, 2009

Train The Trainer

"Susah dahulu nanti senang kemudian." kata bos.

Beliau merujuk akan keputusan menghantar kami ke Training Center di Taiping semula dan kursus tersebut akan berlangsung selama dua minggu tanpa henti.

Sebelum ini, kami baru sahaja pulang dari Taiping selama induksi staff baru TM.

Segala perancangan tergendala, sepatutnya hujung minggu ini akan berada di Kota Bharu tetapi apa boleh dibuat, sudah tugasan.

"Saya tidak kejam, kalau dah kritikal sangat, inform pada saya." tambah bos lagi.

Aaaargghhh!!!!!!!!!! jeritan batinku. ( In mute). Baru hari pertama, takkan dah nak minta pengecualian kursus.

Sesuatu yang boleh diikuti apabila dalam kursus yang lama sebegini kita harus relax n enjoy....

Buangkan mindset tamrin dimana kita takut dengan unsur-unsur torturing atau dera.( Walhal tujuannya adalah baik iaitu sebagai tarbiyyah jiwa kita).

Sebaliknya kita harus lebih bersedia dengan minda dan atitude kepada sebarang pembawakan urusetia dimana saya menjangka tidaklah seteruk tamrin- tamrin pimpinan.

Pengalaman sewaktu tamrin pimpinan seperti direndam dalam laut semalaman, tidak boleh mandi dan berus gigi selama seminggu, lemas di dalam kolam ikan adalah pengalaman yang pahit tetapi disertai dengan gelak ketawa apabila diceritakan semula.

Hmmm...semua yang kita rasai sewaktu di tamrin kesanya mula menampakan kesan dari sudut cara kita seperti dari disiplin masa sehingga kehendak kita menghidupkan jiwa dengan ibadah walaupun kita berjauhan dari jemaah... dan jangan lupa cari jemaah dimana kita berada.

p/s Jom kita usrah esok!!!! =)

No comments: