Saturday, October 10, 2009

Aku Terima Nikah

Sehari sebelum.

"Bagaimana perasaan nak kahwin?" tanya seorang teman rapatku.

"Hmm.. ask me after the akad." saya menjawab sambil tersenyum.


Pagi sebelum akad nikah.

" How do you feel today?"

"Hmm.. dah start nervous. Tak dapat tidur lena semalam." Entah bagaimana, mindaku terus kosong seolah-olah cuba tidak memikir disaat kritikal pagi ini.

Akad dijadualkan pada pukul 10.00 pagi.


15 minit sebelum akad @ 9.45 pagi.

Kami dalam perjalanan ke masjid, trafik sabtu di Sg Petani pagi itu agak perlahan.
Di sebuah persimpangan, lampu isyarat tidak berfungsi, kereta-kereta cuba mencuri laluan, tiba-tiba kereta di hadapan memaksa kereta kami brek mengejut.... DUMMM.

Sebuah VIOS langgar bumper kami. Disaat itu trauma accidentku mula kembali. Jantung mula berdegup dengan pantas, peluh mula membasahi dahi...

Kami bergerak meninggalkan tempat kejadian tanpa melihat kepada kerosakan kedua-dua kereta. Waktu akadku lebih penting.

Pemandu VIOS terkebil-kebil melihat respon kami yang tidak mengendahkan kejadian tersebut.

Kami terus memecut ke masjid dan tiba tepat pada waktunya dan bermula majlis akadnya dengan sesi soal jawab dengan iman.

Imam memainkan peranan cuba menghilang stressku dengan cuba bertanya soalan-soalan luar dari topik pernikahan.

Entah macam mana, dengan sendiri I took control of the situation dan ia bertukar dengan sesi taaruf bersama iman.

Segala kerunsingan seolah-olah dialihkan dan diletakkan di suatu bahagian partition otakku yang tidak penting dan tidak perlu difikirkan.

" Awak lafaz macam mana?" tanya imam itu seolah-olah memberi saya membuat lafaz tanpa mengikut teks negeri Kedah.

Maka keluarlah lafaz ciptaanku.

"............. Ok ke ustaz, betul tak?" tanyaku meminta kepastian.

Ustaz mengganguk kepala.

"Walinya adalah bapa pengantin perempuan sendiri yang akan mengangkat akad dengan pengantin lelaki ye.

Taktala berjabat untuk akad, suasana menjadi hening dan sepi.

Seolah-olah hanya saya dan bapa mertuaku sahaja. Jiwa menjadi tenang.

" Aku nikahkan dikau dengan anakku..."

Dalam beberapa saat lafaz itu,dalam satu kelipan mata, ijab itu dilengkap dengan kabulnya...

Segala penantian berakhir dengan bermula satu kehidupan baru dan amanah ini termaktub dalam satu lafaz..

" Aku terima nikah......"

-The End But Maybe Not..-

"So how do you feel now?"

" You should ask me before the akad... hmm anyway the anwers is i'm happy n lucky n lega. "

p/s Kereta kami tidak mengalami apa-apa kerosakan even not a skretch, and that is the quality of imported car. Peaceee

2 comments:

Nurhidayah Jaafar said...

Tenang..insyaAllah semuanya dimudahkan Allah..sbb Allah itu sifatnya Maha Tenang

Darren Demers said...

Kami dalam perjalanan ke masjid, trafik sabtu di Sg Petani pagi itu agak perlahan. satin bedsheet , lightweight summer comforter ,