Thursday, October 29, 2009

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN BERKESAN

"Our finacial should be planned" nasihat DJ kepada pendengar-pendengar radio yang sedang memandu ke pejabat.

Betul nasihatnya, terutama kepada yang baru berkahwin... seperti saya.

Bankrupsi adalah satu perkataan yang kini menghantuiku.

Dari segi definasi bankrupsi adalah deklarasi makhamah yang mengistiharkan tidak kemampuan kita untuk membayar pinjaman dalam tempoh yang lama. Nama kita akan disenarai hitam oleh bank-bank dan juga parlimen( jika anda bercadang untuk bertanding dalam pilihan raya maka forget about it).

Puncanya adalah perbelanjaan yang tidak terkawal. Rakus membeli benda-benda yang mewah atau membazir dengan sesuatu yang tidak diperlukan.

Contoh benda mewah ialah Suzuki SWIFT...( somehow the car make me look young)atau melanggan produk telekomunikasi HSBB ( the latest high speed broadband).

Asas kepada merancang kewangan adalah dua pengiraan domain.

Domain pertama perbelanjaan bulanan. Satu pertiga untuk sewa rumah, satu pertiga lagi untuk membayar pinjaman bulanan untuk kereta dan satu pertiga lagi asas-asas keperluan.

Dimananya letaknya bahagian simpanan? Sudah tentu dibahagian ketiga iaitu asas-asas keperluan.

Domain yang kedua adalah perbelanjaan tahunan iaitu perbelanjaan tidak berlaku
setiap bulan. Sebagai contoh cukai, penyelenggaraan kereta dan lain-lain.

Dengan menyenaraikan perbelanjaan anda melalui dua domain ini, anda dapat lihat adakah anda mempunyai lebihan wang atau perbelanjaan tersebut menjadi negatif.

Jika ianya negatif maka anda adalah tergolong dalam golongan "OVERSPENT"!

Ooohh lupa, ada domain yang ketiga iaitu domain simpanan. Domain ini melibatkan simpanan anda bagi setiap bulan dan didarabkan dengan jumlah tahun-tahun yang dijangka anda akan hidup...

Smart finacial plan dibuat berdasarkan ketiga-tiga domain ini dengan menurunkan jumlah perbelanjaan dan menaikan jumlah simpanan. Flexibal dan kreativiti adalah kunci kepada smart finacial planning.

To explore more, anda boleh menyertai kursus dibawah dengan harga amat berpatutan.


KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN BERKESAN
Tarikh: 17 & 18 November 2009
Tempat: Sekitar Bangi

En Ibrahim Ghazali: 0133675555 (Trainer)
En Mohd Faizal: 019-5715085
Pn Azliza : 013-3884377

(Pendaftaran tutup pada 7 November 2009)

Try it out.. peace=)

No comments: