Thursday, October 22, 2009

Takziah kepada Ustaz Ramadhanfitri

" Kesian seorang sahabat aku.."

"Nape?"

"Anak dia koma dua minggu, meninggal pagi tadi. Baru beberapa bulan je umur."

"Ustaz Ramadhanfitri ke? "

"Ko kenal dia ke?"

Kerja-kerja memeriksa kertas ujian terhenti dengan khabar sahabat sepejabatku itu.

Terkilan, perasaan simpati dan sedih mula dirasai.

Saya mula mengenali ustaz Ramadhan di tahun pertama di kolej, ketika itu kami dalam persiapan berhadapan dengan pilihan raya kolej.

Video ucapan debat beliau dijadikan rujukan untuk pidato umum pertama saya akan sampaikan sabagai calon pilihan raya ketika itu.

Beliau bukan sahaja seorang pemimpin pelajar yang berkarisma dan aktif, malah cemerlang dalam akademik.

Disebabkan itu, beliau adalah "inspire" kepada kami yang terlibat dengan siasah di kolej.

Dari semasa ke semasa, beliau sering kali memenuhi jemputan kami bagi berkongsi ilmu dan pengalamannya.

Apabila beliau berpidato, suaranya akan lantang dan dengan spontan semua mata dan telinga akan tertumpu kepadanya.

" Macamana ko kenal dia ke?" tanya sahabatku seolah-olah dia cuba menguji fikrah dan identitiku.

"Errr.... kenal masa jadi student leader dulu, tapi aku batch selepas dia." jawapan yang cuba mematikan perbualan kami.

Semoga Allah memberkati roh anaknya dan memberi kekuatan kepada Ustaz Ramadhan dan isterinya menempuhi ujian yang berat ini.

1 comment:

Abang - Pena said...

Innalillahiwainnailaihirajiun...