Monday, November 30, 2009

Fiber To The Home @ FTTH

Ini adalah kali keempat saya memasuki kelas Fiberhome FTTH active.

Lecturer yang dari China ini berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tetapi dialeknya sukar difahami.

Namun saya tetap kagum dengan teknologi mereka yang dibangunkan dengan bahasa sendiri.

Satu- persatu teknologi fiber mereka diceritakan akan konsepnya dan dalam setiap kelas saya akan mempelajari suatu yang baru. Alangkah baiknya jika orang Malaysia sendiri yang membangun teknologi tersebut. Mengikut perkiraan saya dalam teknologi fiber, Malaysia ketertinggalan sepuluh tahun berbanding negara-negara maju.

Antara faktor-faktornya adalah kos teknologi tersebut yang terlalu mahal pada waktu itu dan kemampuan tempatan untuk menyediakan "contain" untuk servis seperti IPTV.

Kini dengan sokongan dan perkongsian kerajaan, akhirnya teknologi FTTH akan memasuki premis perumahan selewat-lewatnya Mac 2010.

Sasaran kerajaan dengan kemampuan jalur lebar berkelajuan tinggi ini, ekonomi dapat diransang dan meningkatkan pendapatan perkapita individu di negara ini.

Suatu peluang yang baik kepada sesiapa yang ingin membuat "side-income".

p/s Therefore try to brainstorm on how the speed of 50Mbps could benefit you.
All the best=)

No comments: