Monday, December 7, 2009

The Biggest Loser

Dalam hidup ini, saya pernah melihat bagaimana beberapa sahabat sefikrah saya gugur atau kecundang dalam akademik.

Antara mereka terpaksa berhenti satu semester sebelum tamat pengajian atau terpaksa menurunkan ijazah mereka kepada diploma. Ada juga terpaksa bertukar "majoring" daripada engineering kepada apa-apa ijazah selagi mereka dapat belajar di universiti.

Dalam pengalaman saya, pernah diberhentikan sewaktu semester pertama ijazah adalah suatu pengalaman yang memalukan dan teramat kecewa. Jadi saya memahami perasaan orang-orang ini.

Dalam hal saya ini adalah kelemahan sendiri dan bukannya salah sibuk dengan jemaah.

Namun demikian, taktala saya melihat sahabat-sahabat saya kadang-kala mungkin kita juga bertanggungjawab atas sikap leka mereka sehingga mengabaikan akan akademik.

Memberi amanah satu demi satu dengan alasan tiada orang lagi yang layak menyebabkan kerja- kerja luar yang dipikulnya bertimbul seakan bukit.

Akhirnya mereka menjadi salah satu penyumbang kepada kemundurungan statistik akademik orang-orang jemaah. Yang sedihnya ada yang meletup umpama gunung berapi dan menyalahkan semua orang disekeliling.

Hanya masa dan sokongan sahabat serba-sedikit dapat meredakan ledakan yang hampir memusnahkan penat-lelah naqib dalam membawanya ke dalam usrah.

Oleh sebagai sahabat kita harus sentiasa muhasabah kita apakah peranan kita, mementingkan diri sendiri dan membiar sahabat kita terus berkeliaran tanpa bimbingan atau membawanya kembali ke jalan yang betul.

Tetapi apa yang paling berkesan hati ke hati...

Apa jua yang menimpa kita sudah ditakdirkan, walaupun fitrah manusia memberitahu akan lemahnya kita menerusi tangisan atau hibanya perasaan tetapi Allah mengetahui bahawa kita mampu untuk meneruskan kehidupan kita walaupun hilangnya apa yang kita sayangi atau tewas dalam perjuangan.

Mungkin di mata dunia kita adalah loser tetapi Allah sentiasa memberi sesuatu sebagai ganti di kemudian hari. Tatkala tibanya waktu itu bersyukur kepada Tuhanmu Yang Maha Penyayang....

-Rasulullah SAW pun menangis ketika kematian anaknya Ibrahim... It's okay to cry, because we all just human but then we still have our life to go on.

No comments: