Friday, December 11, 2009

Nur Kasih

Semenjak bekerja saya masih belum sempat menyimpan atau mempunyai"saving".

Walapun bujet telah dibuat tetapi sering kali "overspent". Banyak dibelanjakan untuk asset atau "traveling".

Sebentar tadi seorang sahabat berkongsi apabila kita mempunyai anak, kos tanggunan kita akan bertambah.

Saya bertanya kepadanya berapa banyak?

"Hampir lima ratus sebulan."

"Ekkk..." Dengan perbelanjaan sebegitu saya rasa tidak mampu. Nampak gaya hasrat untuk memiliki kereta terpaksa dipendam.

"But dont wory my friend, rezeki daripada Tuhan. Di sebalik kasih-sayangNya itu akan ada rezeki extra untuk insan bernama anak." tambahnya sambil tersenyum.

"Setakat ini, kami belum pernah kelaparan lagi walaupun gaji kami tidak seberapa."

Saya hanya mampu mengangguk dengan harapan kata-katanya benar.

Semoga Allah memurahkan rezeki pejuang-pejuang agama-Nya.

1 comment:

niSamiR said...

anak itu rezeki...most of the time, kalau my frens or me myself preggy, ada lah rezeki turun mencurah-curah : itu la what we said: rezeki anak..:)...